
Ini adalah himpunan senarai niat solat untuk solat fardu dan sunat.
Halaman ini diwujudkan untuk memudahkan anda mencari rujukan niat-niat solat secara pantas.
Setiap niat solat juga dipermudahkan dengan ejaan rumi berserta niat dalam Bahasa Melayu.
Semoga membantu.
Niat Solat Fardu
Bahagian ini akan menyenaraikan niat Solat-Solat Fardu dalam arab dan rumi.
Niat Solat Zohor
Niat Solat Zohor adalah seperti berikut:

Usolli Fardoz Zuhri Arbaโa Rakaโatin Adaโan Lillahi Taala.
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Niat Solat Asar
Niat Solat Asar adalah seperti berikut:

Usolli Fardol Asri Arbaโa Rakaโatin Adaโan Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Niat Solat Maghrib
Niat Solat Asar adalah seperti berikut:

Usolli Fardhal Maghribi Salasa Rakaโatin Adaan Lillahi Taโala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.
Niat Solat Isyak
Niat Solat Isyak adalah seperti berikut:

Usolli Fardol Isyaโi Arbaโa Rakaโatin Adaโan Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Niat Solat Subuh
Niat Solat Subuh adalah seperti berikut:

Usolli Fardhas-subhi Rakโataini Adaโan Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

Niat Solat Jumaat
Lafaz niat Solat Jumaat untuk makmum ialah:

Usolli Fardol Jumโati Rakโataini Makmuman Lillahi Taala
Niat Solat Jumaat Dalam Melayu:
Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

Niat Solat Jenazah
Solat Jenazah Lelaki

Usolli โAla Hazal Mayyiti Arbaโa Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.
Solat Jenazah Perempuan

Usolli โAla Hazihil Mayyitati Arbaโa Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.
- Panduan lengkap cara mengerjakan Solat Jenazah boleh dilihat pada panduan ini: Solat Jenazah (Panduan Lengkap Rumi)

Niat Qada Solat
Niat Qada Solat Subuh

Usolli Fardhos-subhi Rakโataini Qadaan Lillahi Taโala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qadaโ kerana Allah Taโala
Niat Qada Solat Zuhur

Usolli Fardhoz-zuhri Arbaโa Rakaโatin Qadaan Lillahi Taโala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qadaโ kerana Allah Taโala
Niat Qada Solat Asar

Usolli Fardhol ‘Asri Arbaโa Rakaโatin Qadaan Lillahi Taโala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadhaโ kerana Allah Taโala
Niat Qada Solat Maghrib

Usolli Fardhol Maghribi Salasa Rakaโatin Qadaan Lillahi Taโala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qadaโ kerana Allah Taโala
Niat Qada Solat Isyak

Usolli Fardhol ‘Isyaโi Arbaโa Rakaโatin Qadaan Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qadaโ kerana Allah Taโala
- Panduan lengkap cara mengerjakan Solat Qada boleh dilihat pada pautan ini: Cara Qada Solat (Panduan Lengkap Ganti Solat)

Niat Solat Jamak & Qasar
Niat Jamak Zohor dan Asar (Jamak Taqdim)
Niat Untuk Zohor

Usolli Fardol Zuhri Qosron Rakโataini Jamaโa Takdiimin Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Niat Untuk Asar

Usolli Fardol โAsri Qosron Rakโataini Jamaโa Takdiimin Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Niat Jamak Zohor dan Asar (Jamak Takhir)
Untuk melakukan Jamak takhir, solat dimulakan dengan solat yang kedua terlebih dahulu.
Niat Untuk Asar

Usolli Fardol Asri Qosron Rakโataini Jamโa Takhirin Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Niat Untuk Zohor

Usolli Fardol Zuhri Qosron Rakโataini Jamโa Takhirin Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Niat Jamak Maghrib dan Isyak (Jamak Taqdim)
Niat Untuk Maghrib

Usolli Fardol Maghribi Salasa Rakaโatin Jamaโa Takdiimin Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Niat Untuk Isyak

Usolli Fardol Isyaโi Qosron Rakโataini Jamโa Takdiimin Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Niat Jamak Maghrib dan Isyak (Jamak Takhir)
Untuk melakukan Jamak takhir, solat dimulakan dengan solat yang kedua terlebih dahulu.
Niat Untuk Isyak

Usolli Fardol Isyaโi Qosron Rakโataini Jamaโa Takhirin Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Niat Untuk Maghrib

Usolli Fardol Maghribi Salasa Rakaโatin Jamaโa Takhirin Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Niat Solat Jamak Hari Jumaat
Menurut mazhab Syafiโe, harus dijamakkan dengan jamak takdim sahaja dan tidak harus dengan jamak takhir kerana solat Jumaat tidak mungkin dilewatkan dari waktunya.
Oleh itu, lakukan solat fardu Jumaat seperti biasa terlebih dahulu.
Kemudian, selepas selesai memberi salam, terus bangun dan berniat untuk solat jamak asar seperti berikut:

Usolli Fardol โAsri Qosron Rakโataini Jamaโa Takdiimin Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
- Panduan lengkap cara mengerjakan Solat Jamak & Qasar boleh dilihat pada pautan ini: Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)

Niat Solat Sunat
Bahagian ini akan menyenaraikan niat Solat-Solat Sunat dalam arab dan rumi.
Niat Solat Tahajjud

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rakโataini Lilaahi Taโala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala
Niat Solat Taubat

Usolli Sunnatat-Taubati Rakโataini Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala
Niat Solat Dhuha

Usolli Sunnatad-Dhuha Rakโataini Lillahi Taโalaa.
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah taโala.
Niat Solat Hajat

Usolli Sunnatal Hajati Rakโataini Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala
Niat Solat Tarawih

Usolli Sunnatat-Tarawih Rakโataini Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat Solat Witir
Witir 2 Rakaat

Usolli Sunnatal Witri Rakโataini Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.
Witir 1 Rakaat

Usolli Sunnatal Witri Rakโatan Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala
Niat Solat Tahiyyatul Masjid

Usolli Sunnata Tahiyyatal Masjidi Rakโataini Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat Solat Istikharah

Usolli Sunnatal Istikharati Rakโataini Lillahi Taala
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum ustaz. Ketika solat isyak, saya tak boleh niat semasa takbir, maka saya niat sebelum takbir dan melafazkan takbir dengan betul. Ketika pada rakaat ketiga, lintasan hati kata perkataan isyak x masuk dalam niat, tp sy abaikan sbb mungkin bisikan syaitan. Tapi saya yakin ada perkataan isyak dalam niat solat td. Tp keyakianan sy tu x pasti sama ada cepat atau lambat. Selepas solat pun sy yakin dah niat isyak, cuma samar2 sbb hanya gerakan hati je. Solat saya sah ke ustaz jika biarkan keraguan niat itu, dan kalau keyakinan tu lambat, adakah batal solat saya?
Waalaikumussalam puan,
Solat puan sah dan tidak perlu diulang.
1/ Niat sebelum takbir:
Asalkan ketika mula lafaz โAllahu Akbarโ hati puan sedar sedang mahu solat fardu Isyak empat rakaat kerana Allah, niat sudah mencukupi. Niat memang tempatnya di hati, bukan pada lafaz semata-mata.
2/ Lintasan di rakaat ketiga:
Bisikan โperkataan Isyak tak masukโ itu termasuk dalam was-was. Puan sendiri kata masih yakin telah niat Isyak, cuma samar. Dalam keadaan ini, kita ikut kaedah:
3/ Keyakinan datang lewat:
Tidak memudaratkan. Yang penting: ketika takbiratul ihram tadi, memang sudah terdetik di hati โaku sedang solat fardu Isyakโ. Keyakinan yang datang kemudian cuma menyedarkan apa yang memang sudah berlaku, bukan mencipta niat baru.
Wallahu aโlam.
Assalamualaikum ustaz. Jika semasa solat, sy yakin niat solat dh betul. Lepas solat jadi ragu sama ada saya ada niat โsahaja akuโ atau โakuโ atau tidak. Tp yakin dah niat โsolat fardu asarโ, cuma sy x brp ingat ada niat perkataan aku atau tidak. Sah ke solat sy ustaz. Ke kena ulang or qada semula solat?
Waalaikumussalam puan,
Solat puan sah dan tidak perlu diulang.
Abaikan was-was dan teruskan ibadah dengan yakin. Wallahu aโlam.
Assalamualaikum ustaz. Ketika solat maghrib, belum rakaat pertama tiba-tiba dah azan isyak. Dan solat maghrib yang dilakukan ini dikira qada kan ustaz? Adakah perlu perbaharui niat solat fardu kpd qada jika kita teruskan solat, atau tidak perlu?
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Dalam situasi ini, jika seseorang memulakan solat Maghrib dan azan Isyak berkumandang sebelum rakaat pertama selesai, solat Maghrib tersebut masih sah dan tidak perlu diqadakan. Ini kerana solat Maghrib telah dimulakan dalam waktunya, dan selagi niat telah betul dan solat dimulakan dalam waktu Maghrib, solat itu tetap dikira sebagai solat dalam waktunya.
Berkenaan dengan niat, tidak perlu memperbaharui niat solat fardu Maghrib kepada qada, kerana solat yang dilakukan itu masih dianggap solat dalam waktunya, walaupun azan Isyak berkumandang semasa solat. Niat solat fardu Maghrib yang telah dimulakan dalam waktu Maghrib adalah mencukupi.
Kesimpulannya, tiada keperluan untuk memperbaharui niat solat kepada qada dan solat Maghrib yang sedang dilakukan itu sah.
Wallahu a’lam.
Tuan,bolehkah saya dapatkan nota2 doa, wirid & cara solat yg lengkap dlm bentuk cetakan atau adakah tuan bukukan? JIKA ada saya berminat nk beli. Memandangkan saya lbh senang utk merujuk menggunakan buku berbanding telefon
Walaikumsalam Hajah Wan Zaleha,
Buat masa sekarang, pihak saya tidak mengeluarkan apa-apa bentuk cetakan. Saya memohon maaf berhubung perkara ini.
Assalamualaikum saudara,
Terima kasih alhamdulillah saudara telah byk membantu saya dlm soal sembahyang syukur apa yang saudara sampaikan ini saya guna kan untuk 5 waktu dan solat taubat lah yang paling saya hargai kerana saudara telah berkongsi ilmu dengan saya. Saya doakan allah tempatkan saudara disisi orang2 yang beriman semasa di alam barzakh nti.
Sekali lagi terima kasih byk2 saudara,
Assalamualaikum
Farudee Nurjab
Waalaikumsalam,
Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati mendengar bahawa panduan dan ilmu yang dikongsikan dapat membantu tuan dalam ibadah harian, terutamanya dalam solat lima waktu dan solat taubat. Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua dan memberikan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.
Terima kasih atas doa yang baik, dan saya doakan agar saudara/saudari juga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT, serta diberikan kekuatan dan keikhlasan dalam melaksanakan segala ibadah. Amin, ya Rabbal Alamin.
Jika ada sebarang pertanyaan atau memerlukan panduan lanjut mengenai apa-apa aspek dalam Islam, jangan segan untuk bertanya. Saya sentiasa sedia untuk membantu.
Terima kasih sekali lagi, dan semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah dan terima kasih
Niat solat sunat sebelum solat fardhu ๐๐๐
Tuan boleh rujuk pada panduan ini: https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-rawatib/
terima kasih. kalau boleh, mohon betulkan niat solat asar dalam rumi.
Baiklah, saya akan buat pembetulan segera. Terima kasih ya.