Amalan Semasa Mencari Malam Lailatul Qadar

Amalan Semasa Mencari Malam Lailatul Qadar

Adakah dituntut kita mencari malam lailatul qadar dan apakah amalan yang hendak kita lakukan jika bertemu dengannya?

JAWAPAN

Berkata Dr Syeikh Salim Alwan Mufti Australia :

يستحب طلب ليلة القدر لما روى أبو هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : { من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه }

والمستحب أن يقول فيها : اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني ، لما روي { أن عائشة رضي الله عنها قالت : يا رسول الله أرأيت إن وافقت ليلة القدر ماذا أقول ؟ قال تقولين : اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني }

( فرع ) اعلم أن ليلة القدر يراها من شاء الله تعالى من بني آدم كل سنة من رمضان ، كما تظاهرت عليه الأحاديث وأخبار الصالحين بها ، ورؤيتهم لها أكثر من أن تحصر.

( فرع ) قال صاحب الحاوي : يستحب لمن رأى ليلة القدر أن يكتمها ويدعوا بإخلاص ونية وصحة يقين بما أحب من دين ودنيا ، ويكون أكثر دعائه للدين والآخرة

مفتي دار الفتوى في أستراليا

Ertinya: “Disunatkan mencari malam lailatul qadar kerana hadith yang telah meriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda: Barangsiapa mendirikan yakni beramal akan malam lailatul qadar semata-mata kerana iman dan harapan nescaya diampunkan baginya akan apa yang telah lalu daripada dosanya.”

Dan yang disunatkan ialah berkata pada malam itu: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي ertinya : Ya Allah sungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia dan Engkau sangat suka memberi ampun maka ampunkanlah daripadaku kerana hadith yang telah diriwayatkan bahawasanya Aisyah r.a. telah berkata: Wahai Rasulullah apa pendapatmu andainya aku mendapat lailatul qadar maka apa yang perlu aku ucapkan? Sabdanya : Kamu ucaplah : اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني .

Ketahui olehmu sungguhnya malam lailatul qadar itu telah melihatnya oleh siapa yang Allah kehendaki dari kalangan manusia setiap tahun di bulan Ramadhan sebagaimana telah nyata atasnya oleh banyak hadith dan cerita orang-orang soleh dengannya dan melihat mereka itu akan lailatul qadar itu tersangat banyak berlaku sampai tidak dapat dihitung banyaknya.

Berkata pengarang kitab Al-Hawi : Disunatkan bagi siapa yang melihat akan lailatul qadar supaya dia sembunyikannya dan berdoa dengan ikhlas dan niat yang betul serta yakin akan doa yang bangsa agama dan dunia dan adalah lebih membanyakkan doanya bagi agama dan akhirat.”

— Majlis Agama Islam Australia via Ust Azhar Idrus

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments