Membina Tabiat Baik Sebagai Muslim: 7 Prinsip Untuk Istiqamah

Tabiat baik

Setiap hari, kita melakukan ratusan tindakan tanpa benar-benar berfikir. Bangun tidur, mencapai telefon, memberus gigi, atau melayari media sosial. Kajian menunjukkan bahawa lebih 40% tingkah laku harian manusia berlaku secara automatik, bukan hasil keputusan sedar.

Inilah yang dinamakan tabiat dan ia membentuk siapa diri kita sebenarnya.

Sebagai Muslim, kita sering bercita-cita untuk melazimi amalan yang mendekatkan diri kepada Allah: membaca al-Quran, menjaga solat berjemaah, berzikir selepas solat, atau bersedekah secara konsisten.

Namun, azam itu mudah pudar kerana kesibukan, keletihan, atau gangguan dunia yang tidak berkesudahan.

Dalam artikel ini, anda akan pelajari 7 prinsip membentuk tabiat baik berasaskan gabungan bimbingan para ulama Islam dan sokongan kajian psikologi tingkah laku moden.

Prinsip-prinsip ini akan membantu anda mengubah amalan baik menjadi tabiat kekal yang mendekatkan diri kepada Allah dan membina kehidupan yang lebih teratur, tenang dan bermakna.

Baca Sepenuhnya

Kaedah Memupuk Sabar Dalam (Rumusan Kitab Al Sabr)

Sabar memang mudah dilafazkan, tetapi realitinya… ia sangat sukar untuk diterjemahkan dalam kehidupan.

Kita tahu sabar itu penting. Kita juga tahu Allah memuliakan orang yang bersabar. Tapi mengapa setiap kali diuji, hati tetap gelisah? Mulut mula merungut, jiwa memberontak, dan kadang-kadang… iman terasa longgar.

Jika anda pernah berada di titik itu, merasa gagal untuk bersabar dalam ujian hidup, maka panduan ini ditulis khas untuk anda.

Ia bukan sekadar koleksi dalil dan definisi. Dalam artikel ini, kita akan menyelami apa itu sabar yang sebenar, mengapa ia begitu penting dalam Islam, dan bagaimana cara memupuknya sedikit demi sedikit walaupun hati terasa sukar.

Mungkin di akhir bacaan ini, anda akan melihat ujian itu bukan lagi beban, tetapi jambatan menuju redha Allah. InsyaAllah.

Baca Sepenuhnya

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al-Mulk

Pelajaran surah al mulk

Surah Al-Mulk adalah peringatan besar yang sebenar untuk jiwa. Ia mengingatkan kita tentang gambaran besar kehidupan ini — mengapa kita diciptakan, siapa yang memiliki kekuasaan sebenar, dan apa tujuan utama kita di dunia ini.

Surah ini memberikan perspektif baru terhadap kehidupan, ujian yang kita hadapi setiap hari, serta hakikat akhirat yang pasti.

Baca Sepenuhnya