Selawat Ibrahimiyah

selawat ibrahimiyah

Bagaimanakah Selawat Ibrahimiyah?

Ini adalah panduan lengkap mengenai Selawat Ibrahimiyah beserta sejarah dan kelebihannya.

Apa yang menarik, selawat ini juga turut dipermudahkan dengan ejaan Rumi untuk membantu mereka yang sukar membaca skrip jawi.

Semoga bermanfaat.

Teks Selawat Ibrahimiyah

Teks selawat Ibrahimiyah adalah sebagaimana berikut:

teks selawat ibrahimiyah

Allahumma salli ‘ala MuhammadinWa ‘ala ali MuhammadinKama sallaita ‘ala Ibrahima, wa ‘ala ali Ibrahimawa barik ‘ala Muhammadinwa ‘ala ali MuhammadinKama barakta ‘ ala Ibrahima, Wa ‘ ala ali IbrahimaFil a’lamina innaka hamidun Majid. 


Maksud Selawat Ibrahimiyah:

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Sejarah Selawat Ibrahimiyah

Setelah Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS, kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam AS adalah لا إله إلا الله محمد رسول الله (lā ʾilāha ʾillā llāhu muḥammadun rasūlu llāhi) lalu Nabi Adam bertanya kepada Allah SWT tentang siapakah Muhammad?

Lantas Allah SWT menjawab beliau (Muhammad SAW) adalah penutup segala Nabi dan Rasul dan paling mulia di antara mereka semua (Rasul).

Umat Nabi Muhammad juga diberi banyak kemulian berbanding umat-umat yang lain.

Diceritakan bahawa Nabi Adam AS berkata:

Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Mekah. Sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat.

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah SWT menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, meskipun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan telanjang.

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya.

4. Aku berbuat kesalahan di Syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT, Nabi Adam AS memohon kepada Allah SWT agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad.

Namun demikian, Allah SWT menolak permintaan Nabi Adam AS.

Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti Nabi Musa AS.

Sehinggakan Allah sendiri menegur sikap nabi Allah Musa AS agar redha dengan apa-apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.

Dalam banyak-banyak Nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad, hanya ada seorang Nabi sahaja yang Allah SWT perkenankan permohonannya tetapi bukan semua, hanya sebahagian daripada permohonan itu Allah SWT terima.

Beliau adalah Nabi Ibrahim AS.

Secara dasarnya, Allah SWT tidak memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim AS untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, tetapi Allah SWT menjanjikan kepada Nabi Ibrahim AS, yang Nabi Muhammad akan lahir daripada salasilah atau keturunan Nabi Ibrahim sendiri dan nama Nabi Ibrahim akan meniti di bibir-bibir umat Nabi Muhammad SAW.

Ini bermaksud nama Nabi Ibrahim AS akan selalu disebut-sebut oleh Rasulullah SAW.

Maka, atas sebab itulah kita SUNAT untuk menyebut nama Nabi Ibrahim AS dalam solat lima waktu, iaitu semasa bacaan tahiyat akhir.

Sebab Disunatkan Selawat Ke Atas Nabi Ibrahim

Antara sebab lain dikhususkan selawat kepada Nabi Ibrahim AS dan ahli keluarganya dalam solat ialah:

1. Kerana beliau berkata kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Mikraj: Sampaikan salamku kepada umatmu, sedangkan para Nabi yang lain tidak berbuat demikian. Oleh sebab itu, kita diperintahkan berselawat kepadanya dan ahli keluarganya sebagai balasan atas kebaikan dan kemuliaan.

2. Diceritakan, tatkala Nabi Ibrahim AS selesai membina Baitullah, beliau duduk bersama ahli keluarganya lalu menangis dan berdoa, maksudnya:

Wahai Tuhan kami, sesiapa daripada kalangan orang tua umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka ahli keluarganya menyebut: Amin

Berkata Nabi Ishaq AS pula, maksudnya:

Wahai Tuhan kami, sesiapa daripada kalangan orang yang pertengahan umur umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

Kemudian berkata Nabi Ismail AS, maksudnya:

Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan orang muda umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

Berkata pula Sarah, maksudnya:

Wahai Tuhan kami, sesiapa daripada kalangan wanita umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakan kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

Kemudian berkata pula Hajar, maksudnya:

Wahai Tuhan kami, sesiapa daripada kalangan pendokong umat Muhammad SAW yang menunaikan haji, dikalangan perempuan dan lelaki, maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

Oleh kerana mereka berbuat demikian, maka kita diperintahkan supaya berselawat ke atas mereka sebagai balasan kepada mereka.

Petikan Kitab Hasyiah al-Syeikh Muhammad al-Syanawaniy Ala Mukhtasar Ibn Abi Jamrah, Dar Fikr, 2000, hlmn 329

Kelebihan Selawat Ibrahimiyah

Apakah kelebihan selawat Ibrahimiyah?

Terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi SAW telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.

Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA.

Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:

selawat ibrahimiah

  Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad, Kama Sollaita ‘Ala Aali Ibraahim Innaka Hamidun Majid 

selawat ibrahimiah 2

  Allahumma Baarik ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad, Kama Baarakta ‘Ala Aali Ibraahim Innaka Hamiidun Majid  

Maksudnya:

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawapan kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda.

Maka adalah logik untuk dikatakan lafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat.

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:

Apa yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.

[Fathul Bari: 11/66].
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Kamil bin Mohamad
Kamil bin Mohamad
1 tahun yang lalu

ALHAMDULILLAH

Norzunita
Norzunita
1 tahun yang lalu

Apakah beza membaca ‘sayyidina’ dalam selawat ini

Norzunita
Norzunita
1 tahun yang lalu

Pnjelasan ilmu yg sgt2 berguna

Mohamad Ali Hassan
Mohamad Ali Hassan
2 tahun yang lalu

Assalamu’alaikum. Saya lihat ada perbezaan antara teks yang ditulis di awal artikel dengan teks daripada hadith yang ditulis di akhir artikel. Teks yang dimaksudkan ialah “fil ‘aalamin” yang ada dalam teks di awal artikel tetapi tiada di akhir artikel. Harap dapat penjelasan tentang perbezaan ini.

Mohamad Ali Hassan
Mohamad Ali Hassan
2 tahun yang lalu

Assalamu’alaikum. Saya lihat ada perbezaan antara teks selawat yang ditulis di awal artikel dengan teks dalam hadith sahih al-Bukhari yang ditulis di akhir artikel. Teks di awal artikel menyebut “… ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim”, walhal dalam hadith sahih al-Bukhari cuma ditulis “…’ala aliIbrahim”. Harap dapat penjelasan tentang perbezaan tersebut.

Aliah
Aliah
2 tahun yang lalu

Assalamulaikum ustaz, kalau solat tahiyat akhir sampai alhumma solli ala muhammad waala ali muhammad…dan tidak selawat keatas nabi ibrahim apa hukumnya?

Aliah
Aliah
Reply to  Aliah
2 tahun yang lalu

Dan apakah sah solat?

Azelin
Azelin
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih atas penerangan berkaitan selawat Ibrahimiyah ini. Sgt jelas dan teratur. Tetapi boleh tak ustaz jelaskan lagi bila dan apakah selawat yang dikatakan untuk Isyak AS, Ismali AS, Sarah dan Hajar? Sekian terimakasih.

Athirah
Athirah
Reply to  Azelin
3 tahun yang lalu

Waalaikummussalam,walaupun saya bukan ustaz/ustazah (saya pun pembaca blog ni juga). Setahu saya Isyak AS, Ismail AS, Siti Sarah dan Hajar adalah keluarga Nabi Ibrahim.Siti Sarah adalah Isteri pertama Nabi Ibrahim dan puteranya ialah Nabi Isyak.Manakala Hajar pula isteri kedua Nabi Ibrahim dan puteranya Ialah Nabi Ismail.Jadi,sebagaimana kita dapat lihat dalam selawat ibrahimiyah ada menyebut “keluarga Ibrahim”.So,itulah selawat yang dikatakan untuk Ishak AS, Ismali AS, Sarah dan Hajar

#Sekadar perkongsian
#hopefully dapat membantu