Syarat Wanita Keluar Bekerja

syarat wanita keluar bekerja

Apakah syarat wanita keluar bekerja?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Bagi seorang wanita Islam yang hendak keluar bekerja apakah peraturan atau syaratnya supaya dapat ia menjaga sempadan dan batas hukum syarak dan keluarnya itu tidak menyebabkan kemurkaan Allah?


JAWAPAN

Ulamak telah menetapkan peraturan ke atas mana-mana perempuan Islam yang hendak bekerja diluar rumah yang mana diringkaskan atas tiga syarat:

  • Pertama

الالتزام باللباس الشرعي الكامل – الجلباب الواسع الفضفاض

Ertinya : Sentiasa dengan pakaian yang mengikut syarak yang sempurna dan memakai tudung yang luas dan longgar.

Firman Allah

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖوَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖوَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ

Ertinya :

Dan jangan kaum perempuan itu mendedahkan perhiasan mereka kecuali yang zahir sahaja dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka atas segala dada mereka dan tiada mereka mendedahkan perhiasan mereka itu melainkan bagi suami-suami mereka…”

(An-Nur : 31)
  • Kedua

الإذن من الزوج إن كانت متزوجة، ومن الوالد إن لم تكن متزوجة

Ertinya:

Dengan izin suami jika perempuan yang sudah berkahwin dan izin bapa jika dia belum berkahwin.Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya : Sungguhnya isteri Khas’am r.a. telah datang kepada Nabi saw dan bertanya:

يا رسول الله: ما حق الزوج على زوجته؟ قال: حقه عليها ألا تخرج من بيتها إلا بإذنه فإن فعلت لعنتها ملائكة السماء وملائكة الرحمة وملائكة العذاب حتى ترجع

Ertinya :

Wahai Rasulullah! Apa hak suami yang wajib atas isteri?

Sabdanya : Hak suami atas isteri itu bahawa dia tidak keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suami. Maka jika dia keluar tanpa izin suami nescaya melaknat akan dia oleh malaikat di langit dan malaikat rahmat dan malaikat azab sampai dia kembali.”

(Hadith riwayat Al-Bazzar dan Abu Ya’la dan Al-Haithami)
  • Ketiga

عدم الاختلاط بالرجال أو الخلوة بهم

Ertinya : Ketiadaan bercampur dengan lelaki atau bersunyi dengan lelaki.

Telah diriwayatkan dari Umar r.a. sabda Nabi saw:

ألا لا يخلُوَنَّ رجلٌ بامرأة إلا كان ثالثهما الشيطان

Ertinya :

Tiadalah seorang itu bersunyian dengan perempuan kecuali adalah orang ketiganya ialah syaitan.”

(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi dan Nasaie)

Inilah tiga syarat utama orang perempuan yang hendak keluar dari rumah samda dengan tujuan bekerja atau lainya dan ada beberapa lagi syarat yang sebut oleh fuqahak dalam kitab-kitab mereka dan tiga syarat di atas adalah yang paling utama.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini


Berkaitan:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments