Bolehkah solat jamak qasar ketika pergi melancong?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANKalau kita pergi melancong atau makan angin adakah boleh kita lakukan solat jamak dan qasar?
JAWAPAN
Keharusan melakukan solat jamak dan qasar bagi musafir tidaklah disyaratkan perjalanan itu untuk melakukan ibadah sahaja, bahkan perjalanan yang bukan bertujuan melakukan ibadah juga diharuskan keduanya seperti berniaga dan melancong dan lainnya asalkan tidak bertujuan melakukan maksiat.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
Bahawasanya melancong atau makan angin itu adalah satu tujuan yang dibenarkan syarak yang bertujuan pada kebiasaannya kerana merawat diri dan seumpamanya seperti menghilangkan kebosanan dalam diri dan menaikkan semangat dan lain dari yang demikian itu.”
(Fatawa Fiqhiyah Kubra)
KESIMPULAN
Melancong dan berjalan-jalan melihat negeri orang bukan perkara yang di larang oleh syarak oleh kerana itu harus orang yang melancong atau makan angin apabila destinasinya sampai dua marhalah atau lebih ia melakukan jamak dan qasar sembahyang.
wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Tinggalkan Komen Anda..