Hukum Solat Dengan Pakaian Ketat

solat dengan pakaian ketat

Apakah hukum solat dengan pakaian ketat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya seorang wanita yang bertugas di pejabat swasta.

Ketika solat zuhur atau asar ada sebahagian jemaah perempuan solat dengan memakai seluar yang ketat tetapi menutup aurat.

Soalan saya adakah sah solat mereka?


JAWAPAN

Di antara syarat sah solat bagi kaum wanita ialah memakai pakaian yang menutup sekelian badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.

Jika seorang perempuan solat dalam keadaan menutup semua badannya kecuali muka dan dua pergelangan tangannya walau pun seluar atau bajunya ketat maka solatnya adalah sah.

Hanya perbuatan memakai pakaian ketat dalam solat itu makruh bagi perempuan jika tidak dilihat oleh lelaki ajnabi.

Ada pun jika dilihat oleh lelaki ajnabi maka perbuatannya itu adalah haram dan solatnya tetap sah.

Berkata Syeikh Abu Bakar Ad-Dimyati:

Memadai yakni sah solat berpakaian yang menampakkan bentuk badan seperti seluar yang ketat akan tetapi hukumnya khilaful aula bagi lelaki.

Dan ada pun perempuan dan khunsa wanita maka dimakruhkan akan berpakaian ketat itu bagi keduanya.”

(Kitab I’anah At-Talibin)

Kesimpulan

Sunat solat dengan memakai pakaian yang longgar bagi lelaki dan perempuan.

Perempuan dimakruhkan solat dengan memakai pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badan jika dia solat ditempat yang tidak ada lelaki ajnabi melihat dan solatnya itu sah.

Ada pun jika perempuan solat dengan memakai pakaian yang ketat di tempat yang boleh dilihat oleh lelaki yang ajnabi maka hukumnya haram.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments