Hukum Perempuan Haid Baca Bismillah

Perempuan Haid Baca Bismillah

Apakah hukum perempuan haid baca bismillah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Perempuan yang sedang haid dilarang membaca ayat Quran tetapi kalau mereka nak baca bismillah seperti sebab hendak makan atau hendak lakukan sesuatu adakah diharuskan kerana setahu saya bismillah juga adalah ayat Quran?

Bagaimana pula baca ayat Qursi sebelum tidur bagi perempuan yang haid?


JAWAPAN

Memang benar perempuan yang haid dilarang membaca Quran samada surah atau ayatnya menurut pendapat jumhur ulamak akan tetapi jika membaca ayat Quran seperti bismillah dengan niat membaca zikir atau membaca doa atau mengambil berkat dengannya bukan dengan niat membaca Quran maka hukumnya adalah harus.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

فَلَوْ قَصَدَ الدُّعَاءَ أَوِ الثَّنَاءَ أَوِ افْتِتَاحَ أَمْرٍ تَبَرُّكًا، وَلَمْ يَقْصِدِ الْقِرَاءَةَ، فَلاَ بَأْسَ. وَفِي أَحَدِ قَوْلَيْنِ لِلْمَالِكِيَّةِ: لاَ يَحْرُمُ قِرَاءَةُ آيَةٍ لِلتَّعَوُّذِ أَوِ الرُّقْيَةِ، وَلَوْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ.وَإِنْ قَصَدُوا بِهَا الْقِرَاءَةَ، فَفِيهِ رِوَايَتَانِ: إِحْدَاهُمَا لاَ يَجُوزُ؛ لِمَا رُوِيَ عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ سُئِل عَنِ الْجُنُبِ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ؟ فَقَال: لاَ وَلَوْ حَرْفًا؛ لِعُمُومِ الْخَبَرِ فِي النَّهْيِ

Maka jikalau seorang yang berhadas besar berniat baca bismillah itu akan doa atau puji-pujian atau memulakan perkara kerana mengambil berkat dan tidak dia berniat akan membaca Quran maka tidak mengapa.

Dan pada salah satu qaul mazhab Maliki tidak haram membaca ayat Quran dengan tujuan meminta perlindungan atau kerana berubat sekali pun membaca akan ayat Qursi.

Dan jika mereka niatkan membaca bismillah itu akan Quran maka pada masalah ini ada dua pendapat.

Salah satunya tidak harus ia kerana riwayat daripada Ali r.a. sungguhnya dia ditanya tentang yang haid membaca Quran maka kata beliau: Tidak boleh walau pun satu ayat kerana umum hadith pada melarang.”


Kesimpulannya perempuan yang sedang haid boleh membaca bismillah kerana hendak makan atau lainnya dengan syarat dia tidak berniat membaca bismillah itu akan ayat Quran.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments