Adakah dibenarkan pemandu lori solat qasar setiap hari?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANSeorang yang bekerja sebagai pemandu lori yang setiap hari bermusafir kerana tugasnya itu adakah boleh dia solat qasar setiap hari?
JAWAPAN
Jika sampai jarak musafirnya itu had yang diharuskan jamak solat maka harus hukumnya pemandu lori itu solat dengan qasar pada setiap hari yang ia keluar musafir pada perjalanan pergi dan balik.
Akan tetapi yang afdhalnya ialah dia solat dengan tamam yaitu tidak diqasar.
Menyebut oleh Syeikh Bajuri:
Dan (harus jamak dan qasar) orang yang sentiasa bemusafir seperti pengantar barang.
Maka jika solat dengan tamam (iaitu empat rakaat) adalah lebih afdhal kerana keluar dari khilaf mereka yang mewajibkannya seperti Imam Ahmad.”
(Hasyiah Bajuri)
Kesimpulan
Orang yang kerjanya membawa kenderaan seperti lori atau bas atau keretapi atau kapal terbang atau lainnya yang berulang-alik pada jarak yang dikira musafir harus hukumnya solat dengan qasar pada setiap hari yang ia keluar samada pada perjalanan pergi atau balik.
Yang afdhal ialah ia solat dengan tamam tanpa qasar.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..