Hukum Mendengar Dan Menonton Video Muzik Wanita Seksi

Menonton Video Muzik Wanita

Apakah hukum mendengar dan menonton video muzik penyanyi wanita yang seksi dan mendedahkan aurat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya hendak tahu hukum menonton video klip muzik yang banyak di you tube atau televisyen yang sebahagiannya menayangkan perempuan yang berpakaian seksi dan tarian yang menjolok mata?


JAWAPAN

Hukum mendengar muzik yang ada sertanya perkara yang haram seperti perempuan yang tidak menutup aurat atau seumpamanya adalah haram.

Tersebut pada Majlis Fatwa Jordan :

Bermula muzik itu apabila beserta dengan perkara yang diharamkan seperti perkataan yang keji yang menyuburkan perkara yang hina dan mematikan budi pekerti atau gambar-gambar video yang membuka aurat maka tiada syak sungguhnya ia diharamkan bahkan tiada khilaf di kalangan ulamak pada yang demikian itu berdalilkan dengan pengharaman muzik apabila beserta dengan segala yang keji seumpama minum arak sebagaimana yang datang pada hadith yang sahih yang telah meriwayatkannya oleh Imam Bukhari sungguhnya Nabi saw bersabda : Sungguh akan ada nanti dari kalangan umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina dan dan sutera dan arak dan muzik dan sungguh pasti akan ada kaum yang pergi ke tepi bukit yang tinggi lalu para pengembala dengan kambingnya mendatangi mereka lantas berkata : Kembalilah kepada kami esok hari.

Kemudian pada malam harinya Allah membinasakan mereka dan menghempaskan bukit itu ke atas mereka sedang yang lain diubah kejadian mereka menjadi kera dan babi sampai hari kiamat.”

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments