Hukum Jawab Azan Dalam Tandas

jawab azan dalam tandas

Apakah hukum jawab azan dalam tandas?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ketika kita sedang berada dalam tandas dan terdengar azan masuk waktu sembahyang adakah boleh kalau kita jawab azan tersebut?

Kalau jawab dalam hati bagaimana pula hukumnya?


JAWAPAN

Hukum menjawab azan ketika sedang qadha hajat adalah makruh samada di dalam tandas atau di padang sepertimana dimakruhkan berzikir dan berbual dan menjawab salam.

Tetapi jika dijawab azan tersebut dalam hatinya maka tidaklah makruh.

Berkata Imam Nawawi:

Dimakruhkan berzikir dan berbual pada ketika qadha hajat samada ia sedang berada di di padang atau di dalam binaan (tandas) dan bersamaan yang demikian itu sekelian zikir dan percakapan melainkan percakapan yang darurah sehingga berkata ashab kami: Apabila seseorang bersin nescaya tidaklah menyebut Alhamdulillah dan tidak ditasmitkannya dan tidak dijawab akan salam dan tidak dijawab akan muazzin yang azan dan adalah yang memberi salam itu tersalah dan tidak mustahak oleh jawabnya.

Dan perbahasan dengan sekelian ini ialah makruh tanzih bukannya haram.

Maka jika bersin oleh seseorang lalu dia menyebut Alhamdulillah dalam hatinya dan tidak menggerakkan lidahnya maka tidaklah mengapa.”

(Kitab Al-Azkaar)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments