Hukum Kirim Salam, Adakah Dibolehkan Dalam Islam?

Hukum Kirim Salam

Apakah hukum kirim salam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Biasanya dalam masyarakat kita berlaku amalan kirim salam melalui seseorang kepada seorang yang lain.

Adakah boleh mengirim salam seperti itu dan adakah mesti disampaikan kiriman salam itu kepada orang yang ditujukan salam tersebut?


JAWAPAN

Hukum kirim ucapan salam adalah disunatkan oleh seorang kepada seorang yang tidak hadir seperti berkata yang mengirim salam itu ‘sampaikan salam kepada sifulan’ atau ‘sampaikan ucapan assalamualaikum’ kepada si fulan.

Maka jika orang yang dikirimkan baginya ucapan salam itu bersetuju nescaya wajib dia sampaikan kiriman salam tersebut apabila berjumpa dia dengan orang yang dikirimkan baginya salam itu kerana menyampaikan salam yang dikirim kepadanya itu sudah menadi satu amanah.

Tersebut pada Kitab I’anah At-Talibin:

Disunatkan menyampaikan salam bagi orang yang tidak hadir dan wajib atas yang dikirimkan itu menyampaikannya kerana sungguhnya ia adalah amanah.

Dan wajib menunaikkannya apabila dia bersetuju dengan menyampaikan amanah tersebut.

Ada pun jika dia menolak untuk menyampaikannya maka tidak wajib dia sampaikannya dan begitu juga tidak wajib dia sampaikan jika dia diam sahaja.”

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini


Pautan berkaitan topik salam:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments