Hukum Beri Salam Hanya Pada Orang Yang Dikenali Sahaja

hukum beri salam

Apakah hukum beri salam hanya pada orang yang dikenali?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Ada setengah orang Islam mereka hanya memberi ucapan salam kepada orang yang mereka kenali sahaja tetapi tidak memberi salam kepada orang yang mereka tidak kenal sekali pun orang itu orang Islam.

Apakah hukumnya amalan seperti ini?


JAWAPAN

Islam menyuruh umatnya menyebarkan salam seluas-luasnya dengan maksud apabila berjumpa dengan orang Islam maka ucapkanlah salam samada orang itu orang yang dikenali atau tidak dan samada orang itu sahabat atau bukan dan samada kaum kerabat atyau sebaliknya.

Tujuan menyampaikan salam diantaranya ialah menanam perasaan kasih sayang sesama saudara seagama maka apabila saling berkasih sayang umat Islam akan bersatu dan kuat.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a. beliau berkata:

Seorang lelaki telah bertanya akan Rasulullah saw : Islam manakah yang terbaik?

Nabi saw bersabda: “Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang kamu tidak kenal.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada pun sikap memberikan ucapan salam hanya kepada kenalan sahaja bukanlah diajar oleh Rasululllah saw bahkan inilah di antara tanda dunia sudah hampir dengan kehancurannya.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya Rasulullah saw telah bersabda:

Sungguhnya setengah daripada alamat-alamat akan berlakunya hari kiamat bahawa seorang itu memberi salam kepada seorang yang lain tetapi tidaklah dia memberi salam melainkan kerana dia kenal sahaja.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Telah berkata Syeikh Ahmad Nu’san:

Wahai saudara yang mulia tidak sempurna iman seorang mukmin dan tiada baik keadaannya pada iman melainkan dengan berkasih sayang.

Dan memberi salam itu satu sebab dari segala sebab kemesraan dan satu kunci yang menarik rasa cinta.

Dan pada mengucap salam itu teguhlah kemesraan antara sesama Islam.

Dan pada mengucap salam itu latihan bagi jiwa dan melazimkan rasa rendah diri dan membesarkan penghurmatan kepada sekelian orang Islam.”

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments