Hukum Beri Salam Masuk Rumah Sendiri

Beri Salam Masuk Rumah Sendiri

Apakah hukum beri salam untuk masuk rumah sendiri?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Betul ke ustaz kalua kita hendak masuk ke rumah kita sendiri pun sunat kita beri salam?

Kalau orang tak ada sunat juga ke beri salam atau tidak sunat?


JAWAPAN

Disunatkan apakala hendak masuk ke rumah sendiri atau ke rumah orang dimulakan dengan memberi salam.

Jika masuk ke rumah sendiri maka salam tersebut bagi ahli keluarga kita dan jika rumah orang maka salam tersebut bagi tuan rumah.

Firman Allah Taala :

Maka apabila kamu sekelian hendak masuk akan rumah-rumah hendaklah kamu sekelian memberi salam kepada penghuninya sebagai satu kehurmatan dari sisi Allah lagi diberkati serta kebaikkan.”

(An-Nur : 61)

Jika pulang ke rumah ketika keluarga sudah tidur maka disunatkan tidak menguatkan ucapan salam supaya tidak mengganggu orang yang telah tidur.

Telah diriwayatkan dari Miqdad bin ‘Amr bin Al-Aswad r.a. katanya :

Adalah Nabi saw datang pada waktu malam maka memberi salam akan salam yang tidak membangunkan orang yang tidur dan mendengarkan orang yang jaga.”

(Hadith riwayat Bukhari)

Berkata Imam Nawawi :

Ada pun jikalau hendak memberi salam ke atas orang yang sedang jaga yang ada di sisi mereka yang sedang tidur maka disunatkan bahawa memperlahankan suaranya sekira-kira mendengarkan orang yang tidak tidur dan tidak sampai membangunkan yang sedang tidur.”

(Kitab Al-Azkaar)

Dan jika di dalam rumahnya tidak ada penghuni maka disunatkan juga memberi salam atau mengucapkanالسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين ، السلام على أهل البيت ورحمة الله .

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:

Jika tiada seorang di dalam rumah maka hendaklah mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين ، السلام على أهل البيت ورحمة الله .”

(Tafsir Al-Baghawi)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments