Hukum Aqiqah

Hukum Aqiqah

Apakah hukum aqiqah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Ustaz boleh tak terangkan serba ringkas tentang akikah? Terima kasih.


JAWAPAN

Arti aqiqah ialah:

ما يُذبح عن المولود شكرًا لله تعالى بنية وشرائط مخصوصة

Ertinya:

Haiwan yang disembelih dari kerana anak yang baru lahir sebagai tanda syukur akan Allah Taala dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.”

Bermula hukum aqiqah ini ialah sunat muakkad yang telah mengerjakannya oleh Rasulullah saw.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.:

Sungguhnya Nabi saw telah aqiqahkan akan Hasan dan Husain r.a. setiap seorang seekor kibash.”

(Hadith Riwayat Abu Daud & An-Nasaaie)

Masa melakukan aqiqah itu ialah sejak anak itu dilahirkan maka jika disembelih haiwan sebelum anak itu dilahirkan nescaya tidak sah aqiqah dan jadilah ia sembelihan biasa.

Yang afdhal ialah disembelih pada hari yang ketujuh dari kelahirannya.

Jika tidak sempat sembelih pada hari yang ketujuh maka afdhal pada hari yang keempat belas dan jika tidak sempat maka pada hari yang ke dua puluh satu.

Dan jika tidak sempat juga maka sembelih pada mana-mana hari yang dia sempat.

Yang afdhal ialah dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan di sisi jumhur ulamak.

Tetapi jika disembelih seekor sahaja kambing untuk anak lelaki nescaya sah dan tidak perlu diulangi lagi.

Dan sah jika disembelih akan lembu atau kerbau atau unta dan setiap satu bahagian bersamaan seekor kambing maka yang afdhal bagi anak lelaki ialah dua bahgian padanya dan sah anak lelaki dengan satu bahagian sahaja.

Disunatkan pada daging aqiqah itu seperti disunatkan pada daging korban yaitu disedekahkan kepada faqir miskin dan dihadiahkan kepada sahabat handai dan dimakan oleh tuan aqiqah.

Dan harus disimpan akan daging aqiqah untuk dimakan kemudiannya.

Tetapi yang afdhal ialah dimasak akan daging aqiqah kemudian disedekahkannya dan dimakan oleh tuan aqiqah dan sahabat handai.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments