Darah Yang Keluar Selepas Keguguran

darah selepas keguguran

Apakah darah yang keluar selepas keguguran?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah darah yang keluar selepas seorang perempuan mengalami keguguran itu darah nifas atau darah istihadah?


JAWAPAN

Darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas selesai melahirkan anak.

Begitu juga dihukumkan darah yang keluar setelah keguguran itu sebagai darah nifas sekalipun yang keluar itu ketulan darah atau ketulan daging yang akan menjadi anak.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

Dan jika adalah yang keluar itu ketulan darah atau ketulan daging maka sungguhnya darah yang keluar selepasnya itu ialah darah nifas.”

(Kitab Asnak Matalib)

Dan telah berkata oleh Imam Taqiyuddin:

Dan seperti itu juga (dikira sebagai nifas) jikalau perempuan tersebut mengeluarkan ketulan darah atau ketulan daging yang telah memutuskan dengannya di dalam kitab Ar-Raudhah dan samada darahnya itu merah atau kekuningan dan samada pada permulaan keluarnya atau tidak.”

(Kitab Kifayatul Akhyar)

Kesimpulannya darah yang keluar selepas seorang perempuan mengalami keguguran itu ialah darah nifas maka hendaklah perempuan tersebut melakukan segala hukum yang dilakukan atas perempuan yang melahirkan anak.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments