Apakah hukum berjimak selepas darah kering tapi belum mandi wajib?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANKalau darah haid saya sudah berhenti pada hari ketujuh tetapi belum lagi mandi hadas adakah harus bersama dengan suami?
JAWAPAN
Bersetubuh diharamkan ke atas suami isteri ketika isteri sedang haid samada pada awal darah atau pada penghujung darah.
Begitu juga haram persetubuhan setelah darah berhenti tetapi belum lagi melakukan mandi hadas.
Yang menjadikan tidak lagi haram persetubuhan suami isteri ialah dengan berhenti darah haid dan mandi hadas.
Firman Allah Taala:
Maka jauhilah isteri-isteri kamu ketika sedang haid dan jangan kamu sekelian jimak akan mereka itu sampailah mereka mandi hadas.”
(Al-Baqarah : 222)
Telah berkata Imam Ibnu Kathir:
Dan sungguhnya telah ittifak ulama atas bahawa isteri itu apabila telah berhenti darah haidnya tidaklah halal ia sampailah mandi ia dengan air atau bertaymmum.”
(Tafsir Ibnu Kathir)
Dan berkata Imam Al-Bahgawi:
Dan kebanyakkan ulamak berjalan atas diharamkan selama belum lagi mandi atau tayammum ketika ketiadaan air dari kerana sungguhnya Allah Taala gantungkan keharusan jimaknya itu dengan dua syarat yaitu berhenti darah dan mandi.
Firman Allah ‘sampai suci mereka itu’ artinya suci dari darah haid. ‘Maka apabila telah bersuci mereka itu’ artinya telah mandi hadas mereka itu maka bersamalah mereka.”
(Tafsir Al-Baghawi)
Kesimpulan
Isteri yang haid atau nifas adalah haram bersama dengan suaminya sehinggalah adanya dua perkara iaitu berhenti darah dan mandi hadas.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
nak tnya kalau dh kering haid dan saya sudah mandi hadas tetapi saya bru perasan ada lagi darah kotor sedikit jadi hukumnya macam mana ? Dan saya perlu mandi hadas kedua-duanya. ?