
Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan.
Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat.
Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung.
Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
Islam melarang tidur secara meniarap
Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”
— Hadis riwayat Tarmizi
Sabda Baginda SAW yang bermaksud:
“Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.”
— Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan.
Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Bagaimana Tidur Cara Nabi Tersebut?
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan.
Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan.
Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik.
Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan.
Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.
Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah.
Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
Assalamualaikum….
Bole beri penerangan tentang hidup berpoligami ..
Dan contoh contoh hidup harmoni zaman ini..
Terima kasih
Waalaikumussalam Tuan Abdul Razzaq,
Terima kasih atas pertanyaan tuan. Islam mengharuskan poligami dengan tanggungjawab menunaikan hak dan berlaku adil terhadap isteri-isteri. Jika bimbang tidak mampu berlaku adil, al-Quran membimbing supaya berkahwin seorang sahaja. (Surah an-Nisa’, ayat 3)
Dalam kehidupan harian, perkara yang perlu dijaga termasuk nafkah, tempat tinggal, pembahagian giliran serta kebajikan anak-anak. Perasaan dan kebimbangan setiap isteri juga perlu didengar dengan hormat.
Contoh amalan yang membantu ialah menetapkan giliran dengan jelas, menunaikan nafkah secara konsisten mengikut hak dan keperluan, berbincang apabila ada perubahan rancangan, serta mengelakkan perbandingan yang menyakitkan hati antara isteri.
Keharmonian memerlukan kejujuran, kesabaran dan tanggungjawab yang berterusan. Jika tuan mempunyai situasi tertentu yang ingin ditanyakan, boleh jelaskan secara umum tanpa mendedahkan aib atau maklumat peribadi keluarga.
Semoga Allah membimbing kita dalam menjaga amanah rumah tangga.
Terima kasih
Terima kasih atas link ini sy rasa banyak mafaat tentang islam
Alhamdulillah :-)
“Berkata ‘Abbad ibn Tamim: Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)
Hadis ini menunjukkan nabi juga ada tidur sambil menyilangkan kaki.
ALHAMDULILLAH..dgn membuka akuislam ni…hamba semakin yakin dgn apa yg di lakukan setiap hari
nasib baik saya baca article ni,sbb meniarap adalh kebiasaan saya,sms tidur mahupun santai..thank you
tq 4 sharing…
Mungkin boleh dinyatakan sumber hadis berkenaan zikir sebelum tidur. Allahuakbar dizikir sebanyak 34 kali berdasarkan hadis yg saya baca.