Bagaimana ayat dan selawat syifa?
Panduan ini adalah berkaitan dengan selawat syifa dan beberapa ayat syifa yang digunakan dalam perubatan cara Islam.
Apa yang menarik:
Beberapa doa dan amalan untuk mengubati beberapa jenis penyakit turut disertakan untuk rujukan anda.
Jika anda memerlukan topik ini, mari kita mulakan..
Pengenalan
Bagaimana jenis perubatan yang dibenarkan dalam Islam?
Islam tidak melarang manusia berusaha dan berikhtiar dengan berjumpa pakar, bomoh atau mengubati penyakit dengan pelbagai cara.
Asalkan kaedah perubatan itu tidak membawa kepada unsur-unsur mensyirikkan Allah seperti penggunaan jin, sihir dan sebagainya.
Segala ikhtiar lahiriah ini harus disusuli pula oleh doa dan harapan pada Allah agar menyembuhkan segala macam keuzuran dan gejala penyakit-penyakit kerana pada hakikatNya Dialah yang Maha Penyembuh.
Hanya pada Engkau sahajalah kami sembah dan hanya pada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan.
— Surah al-Fatihah ayat 5
Bacaan Selawat Syifa
Selawat syifa biasa digunakan untuk tujuan pengubatan dan memohon kesembuhan penyakit.
Selawat syifa juga dikenali sebagai selawat tib.
Perkataan ‘Tib’ dalam selawat Syifa adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.
Bacaan selawat syifa adalah seperti berikut:
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad tibbil-qulubi wadawaa-iha, Wa ‘afiyatil abdani wa syifa-iha, wanuu-ril absori wa dhiya-iha, wa ‘ala Aalihi wasohbihi wasallim.
Maksudnya:
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, (begitu juga selawat ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (ke atas mereka).
Ayat Syifa (Ayat Penyembuh)
Enam ayat al-Quran ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit.
Rahsia ayat-ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW.
Ayat-ayatnya adalah:
1. Ayat 14 Surah at-Taubah
Dan Dialah (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati-hati orang yang beriman”
2. Ayat 57 Surah Yunus
Dan penyembuh (penawar) bagi apa yang (penyakit-penyakit yang berada) di dalam dada”
3. Ayat 69 Surah an-Nahli
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar bagi manusia
4. Ayat 82 Surah al-Isra’
Dan kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
5. Ayat 80 Surah asy-Syu’ara
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”
6. Ayat 44 Surah Fushshilat
Katakanlah: “Al-Quran itu ialah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.
Ayat Penawar (Ruqyah)
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada bahaya angin ahmar (strok), penyakit yang paling besar, dan daripada tiap-tiap penyakit di dalam jiwa, darah, daging, kulit, urat dan tulang.
Tiada tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau apabila Engkau telah menetapkan sesuatu, cukuplah Engkau mengatakan, ‘Jadilah’ maka terjadilah ia.
Panduan Menawar Penyakit
- Baca Bismillahi rahmanir-rahim (1 kali)
- Baca selawat syifa atau mana-mana selawat (1 kali)
- Baca doa di atas dan hembuskan pada secawan air lalu diminum
- Diamalkan secara tetap dan terus-menerus sebelum masuk tidur. InsyaaAllah mujarab bagi segala penyakit di dalam badan.
Doa Penyembuh Penyakit
Berikut ini diturunkan doa dan amalan untuk mengatasi beberapa jenis penyakit yang sering melanda manusia.
Demam Panas
1. Pertamanya, dibaca surah al-Fatihah (sekali) 2. Kedua, dibacakan selawat tib atau selawat penyembuh (syifa) sekali.3. Ketiga, dibaca doa ini:
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung dengan Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka1
Cara Merawat:
Dihembuskan pada segelas air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.
Demam Campak
Untuk menurunkan panas badan pesakit dan mengeluarkan segala campak di badannya, sila cuba amalan berikut:
1. Baca surah al-Fatihah (1 kali)Cara Merawat:
Tiupkan pada air sejuk atau air kelapa muda lalu diberi minum kepada pesakit.
Peringatan
Jika campak tidak juga keluar (sehingga habis) dengan kaedah ini, ulangkan ikhtiar ini tetapi dengan susunan bacaanya (1), (3) dan (2)
Sakit Kepala
Maksud:
Dengan nama Allah sebaik-baik nama. Dengan nama Allah Tuhan bumi dan langit. Dengan nama Allah yang namaNya membawa berkat dan menjadi penawar. Dengan nama Allah yang tidak akan memudaratkan bersama namaNya sesuatu yang berada di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Luka
Untuk menghentikan darah yang mengalir disebabkan luka, bacakan ayat ini sambil menekan tempat yang luka.
Wasy-Syamsu Tajrii Limustaqarill-laha Zalika Taqdiirul ‘Aziizil ‘Alimm
Maksudnya:
Dan matahari itu berlari kepada tempat pertambatan baginya, demikian itu takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui
— Surah Yasin ayat 38
Bisul
Untuk mengecutkan bisul, pegang tempat yang berkenaan dan bacakan:
Allahumma Yaa Musog-ghirol Kabbiros Soghir, Soghir Maa Bii
Maksudnya:
Ya Allah, wahai Tuhan yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkan apa yang tumbuh (bisul) pada badanku ini.
Bengkak
Rasulullah SAW mengamalkan doa di bawah ini semasa mengubati bengkak di kepala Asma’ bt Abu Bakar.
Dengan berlapikkan kain, Baginda memegang kepala pesakit sambil membaca 3 kali ayat berikut:
Maksudnya:
Dengan nama Allah, hilangkan daripadanya keburukan dan kejahatannya, dengan doa Nabi-Mu yang baik dan berkat, serta mempunyai kedudukan di sisi-Mu. Dengan nama Allah.
Penyakit Sawan & Gangguan Syaitan
Maksudnya:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan, makhluk yang mempunyai racun, dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan.
Cara merawat:
Dibaca 3 atau 7 kali lalu dihembuskan ke atas ubun-ubun kanak-kanan
Doa Awet Muda & Kecergasan
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung denganMu daripada timpaan bala bencana, kecelakaan dan nasib yang buruk. Ya Allah, sesungguhnya aku (insan) lemah, maka kuat dan segarkan diriku, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.
Memohon Kesihatan Tubuh Badan
Dibaca pada waktu pagi dan petang.
Allahumma ‘Afinii Fii Badani, Allahumma ‘Afini Sam’i, Allahumma ‘Afinii Fii Basori. Allahumma Inni A’uzubika Minal Kufri Walfaqri, Allahumma Inni A’uzubika Min ‘Azaabil-Qobri, Laa Ilaaha Illa Anta
Maksudnya:
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba. Ya Allah, hamba berlindung denganMu daripada kekufuran dan kepapaan. Ya Allah, hamba berlindung denganMu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada tuhan melainkan Engkau.
Penutup: Mohonlah Kesembuhan Daripada Allah
Hakikat pertolongan dan pelindungan adalah daripada Allah SWT, sesuai dengan firmanNya:
Cukuplah Allah menjadi wakil (pelindung) kami yang sebaik-baiknya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dari Maha Besar.
Justeru, manusia perlu memusatkan segala permintaan dan pertolongan pada Allah SWT yang Maha Agung lagi Maha Pencipta.
Oleh itu, sebagai insan yang sentiasa berusaha menghampiri martabat takwa, segala masalah yang dihadapi khususnya yang berkaitan dengan permasalahan rohani dan jasmani perlu kepada penyelesaian dengan memohon belas ihsan dan pertolongan Allah SWT sebagai khaliq atau Pencipta makluk itu sendiri.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada semua.
Rujukan
Rujukan bagi selawat syifa, ayat-ayat dan doa penyembuh ini adalah daripada Ust Dato’ Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum wrb.
Semoga kita semua berolehi kebaikan drp ruangan yang tuan hasilkan ini dan perolehi pahala amal jariah sebagaimana tuan, bilamana disebar luaskan.InsyaAllah.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang sangat bermakna. Semoga tuan juga sentiasa dirahmati Allah SWT, diberkati dalam setiap usaha, dan turut menerima ganjaran pahala atas niat baik menyebarkan ilmu. Sama-sama kita berusaha ke arah kebaikan dan berkongsi manfaat dengan umat Islam yang lain.
InsyaAllah, semoga ruangan ini menjadi asbab pahala berterusan buat kita semua. 😊
Assalamualaikum…mohon izin dari tuan utk saya copy selawat syifa supaya senang saya hafal….dan mohon halalkan semua amalan dan doa dalam penulisan tuan utk saya amal dan hafal.
terima ksh
Wa’alaikumussalam,
Alhamdulillah, silakan. Saya sangat berbesar hati jika selawat Syifa’ dan amalan-amalan lain yang dikongsikan dapat membantu tuan dalam beribadah. Semoga Allah SWT mempermudahkan usaha tuan untuk menghafal dan mengamalkan selawat serta doa-doa tersebut, dan semoga setiap amalan ini membawa keberkatan dan kebaikan. Terima kasih atas niat yang baik, dan saya halalkan semuanya untuk manfaat tuan.
Alhamdulillah….terima ksh tuan
Saya mohon untuk mengamalkan doa dan bacaan-bacaan yang terkandung dalam tulisan tuan dan mohon halal ilmunya
Alhamdulillah, terima kasih atas niat yang baik. Dengan senang hati saya halalkan ilmu yang dikongsikan. Semoga doa dan bacaan-bacaan tersebut memberi manfaat kepada tuan dan mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT. Semoga Allah memberkati usaha tuan dalam mengamalkan setiap doa dan zikir.
Selawat dan tulisan padanya tidak selari..keliru
ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
Satu ruangan yang terbaik. Mudah umtuk semua mendapat syafaat. Dapat mengetahui berbagai penyakit yang serius dan dapat mencuba mengubati nya sendiri.
Assalamualaikum..Mohon Doa & amalan utk menghilangkan gatal-gatal pada badan
Assalamualaikum .boleh Saya dapatkan ayat atau dia untuk menghilangkan gatal gatal bagi merawat ibu saya..terimaksih.
Ayat dalam ni kesemuanya ada dalam kitab tulisan tangan seorang ustaz dari Indonesia yang kini bermastautin di selangor, Malaysia. Alhamdulillah.
-:HerbPointSurvivor:-
Saya nak mohon kongsi terimakasih
TOLONG HANTAR KAN DENGAN SAYA AYAT AYAT AL QURAN UNTUK TUJUAN PENYEMBUHAN PENYAKIT…..Terima kasih Saya amat amat memerlukan untuk pengubatan Isteri Saya yg sedang tidak berapa sihat..