5 Tips Bijak Membeli Pakaian Musim Sejuk Secara Murah Dan Menjimatkan

pakaian musim sejuk murahMusim sejuk merupakan satu saat yang sangat dinantikan.

Ini kerana antara destinasi percutian luar negara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah negara-negara yang mempunyai iklim sejuk seperti Korea.

Setiap hujung tahun, terutamanya pada musim sejuk (winter) pastinya kita dapat melihat berduyun-duyun orang kita keluar bercuti ke tempat-tempat sejuk ini.

Tarikan utamanya pastilah untuk merasai sendiri suasana suhu sejuk dan bermain salji.

Namun satu perkara yang menjadi ‘beban tambahan’ kepada kita semua untuk menikmati winter dengan aman adalah kos untuk memiliki pakaian musim sejuk serta aksesorinya adalah sangat mahal.

Dan ramai juga dikalangan kita melakukan pelbagai kesilapan besar dalam pembelian terutamanya bagi yang baru pertama kali ke luar negara.

Jadi, bagaimana kita boleh membeli pakaian musim sejuk secara murah dan menjimatkan?

Membeli pakaian sejuk yang sesuai dan menjimatkan boleh menjadi tugas yang mencabar, jika anda tidak tahu di mana dan apa yang harus dilihat.

Walau bagaimanapun, anda tetap boleh kelihatan cantik dan bergaya semasa percutian musim sejuk tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk pakaian musim sejuk!

Di sini saya senaraikan 5 tips berguna dan penting bila membeli pakaian musim sejuk:

1. Jangan berbelanja tanpa melihat senarai keperluan

Jika anda melakukan perbelanjaan tanpa mempunyai senarai keperluan, anda pasti berakhir dengan berbelanja lebih daripada yang anda rancang pada mulanya.

Apa yang terbaik adalah senaraikan item keperluan asas musim sejuk seperti jaket, seluar, pakaian dalam, stoking, scaft, kasut, sarung tangan dan sebagainya.

Jika anda telah mempunyai senarai pembelian, InsyaaAllah anda tidak akan melebihi had budjet dan mengelakkan pembelian yang tidak sepatutnya.

Dengan cara ini, anda akan lebih menjadi pembeli yang bijak, lebih terancang, yang mana tidak membazirkan wang terhadap item yang tidak diperlukan.

Percayalah, jika anda melihat kembali pakaian-pakaian anda selama ini, anda pasti terkejut melihat sebeberapa banyak item pakaian yang terdapat dalam almari anda!

 

2. Fokus kepada harga dan Kualiti

Pakaian musim sejuk dari jenama terkenal bukanlah murah.

Ia selalunya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti bahan buatan, ketebalan dan gaya. Semakin berjenama, semakin mahal pakaian musim sejuk tersebut.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan item pakaian musim sejuk yang bagus dan berkualiti untuk semua ahli keluarga anda jika anda bersungguh-sungguh mencari diskaun dan special offer.

Tidak semestinya harga murah tidak berkualiti.

 

3. Tinjau Online Shop terlebih dahulu

Pada zaman ini, lanskap perniagaan telah berubah.

Kemunculan banyak kedai atas talian menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna seperti anda – jadi ambil peluang ini untuk menjimatkan wang!

Selalunya anda boleh mendapat banyak diskaun dan kupon penjimatan bila hampirnya dengan musim cuti sekolah.

Apa yang hanya anda perlu lakukan adalah luangkan sedikit masa melayari internet untuk mendapatkan harga yang terbaik.

Antara online shop menjual pakaian dan pelbagai aksesori musim sejuk yang dicadangkan adalah PakaianMusimSejuk.Com

 

4. Beli item yang benar-benar sesuai dengan badan anda

pakaian musim sejuk yang sesuaiIni adalah point yang paling penting dan perlu diberi perhatian terutamanya kepada mereka yang pertama kali ke tempat sejuk.

Suhu yang sejuk bukanlah perkara yang main-main. Silap percaturan, pemilihan pakaian yang tidak sesuai boleh membuatkan anda deman dan jatuh sakit.

Apa guna bercuti bila sakit dan hanya mampu terperap dalam bilik, bukan?

Di sini ada beberapa panduan untuk memilih pakaian musim sejuk agar benar-benar sesuai dengan anda:

Seluar

Gunakan seluar yang diperbuat daripada material yang tebal. Contohnya fabrik jenis jeans.

Dan seboleh-bolehnya mempunyai ciri wind proof (kalis angin) kerana mampu menghalang udara sejuk dari ‘menggigit’ kulit kita.

Ciri kalis air juga satu tambahan bijak terutamanya bila pergi ke kawasan bersalji tebal seperti kawasan pergunungan, di mana seluar kita boleh basah bila-bila masa sahaja.

Selain itu anda memerlukan tight atau thermal wear dari jenis long john pada bahagian dalam supaya dapat mengekalkan suhu pada kulit anda.

Baju dan pakaian dalam

Seeloknya pakai baju dari jenis kapas yang tebal atau longjohn pada bahagian dalam. Kemudian barulah lapisi dengan baju anda. Selepas itu, barulah pakai winter coat atau jacket anda.

Jaket dan Coat

Fabrik untuk jaket dan coat yang terbaik adalah dari jenis cashmere, tetapi ia adalah sangat mahal.

Namun anda tidak perlu risau kerana fabrik yang diperbuat daripada wool juga menawarkan kualiti dan perlindungan yang baik kepada anda, tapi pada harga yang lebih murah.

Ketebalan lapisan ini adalah penting. Pilih yang bersesuaian dengan anda.

Selain itu, kesalahan utama yang sering berlaku dalam kalangan orang Malaysia dalam memilih winter coat adalah saiz. Selalunya orang kita suka mengambil saiz yang besar dan longgar dengan harapan kononnya lebih selesa.

Jaket atau coat yang dibeli seharusnya fit dan muat-muat dengan badan anda.

Jaket yang besar tidak akan memberi kepanasan kepada anda kerana udara sejuk dapat masuk dan berkumpul pada ruang yang longgar.

Selain itu, pastikan juga jaket dan coat anda mempunyai poket pada bahagian tepi kerana ia adalah tempat paling selesa untuk memanaskan tangan tatkala kesejukan.

Kasut dan boot

Pastikan kasut anda tebal dan kalis air.

Ini penting terutamanya jika anda pergi ke kawasan yang bersalji. Jika kasut anda tidak kalis air dan menyebabkan kaki anda basah, pasti ia akan membuatkan anda ‘merana’. Pasti mood anda akan terus hilang.

kasut winter salji musim sejuk
Pastikan kasut anda mempunyai tapak yang baik supaya dapat memberi cengkaman yang kuat diatas salji yang licin!

Kasut atau boot yang mempunyai tapak yang tebal dan tinggi adalah satu kemestian untuk berjalan diatas salji yang tebal kerana ia mengelakkan salji masuk ke dalam kasut.

Juga pastikan tapak kasut anda mempunyai cengkaman yang sangat baik untuk mengelakkan anda tergelincir bila melalui ‘black ice’.

Nampak remeh, tetapi saya pernah menyaksikan orang terseliuh akibat tergelincir kerana terpijak black ice. Jadi sila serius mengenai keselamatan anda.

Topi dan Skarf

Topi dan scarf bagi saya agak mustahak kerana ia akan membantu badan kita memperlahankan kehilangan haba melalui kepala.

Apa yang penting pastikan ia cukup tebal untuk memberi keselesaan kepada anda.

Anda juga boleh mengetahui lanjut tips-tips pemilihan pakaian musim sejuk  yang dikongsikan oleh Puan Rahimah di sini: 3 Tips Bagaimana Memilih Pakaian Musim Sejuk Yang Betul.

 

5. Jangan beli pakaian musim sejuk mengikut trend fesyen terkini

Setiap trend fesyen mempunyai saat yang tertentu, sama ada dari segi corak dan design.

Selepasnya berlalunya fesyen tersebut, pakaian selalunya akan hanya terperap di dalam almari, atau diberikan kepada orang lain sahaja.

Jika anda selalu membeli pakaian mengikut trend terkini, agak mustahil untuk mendapatkan item tersebut pada harga murah dan menjimatkan wang.

Sebaliknya, saya cadangkan supaya mengabaikan trend fesyen terkini tetapi sebaliknya mencari item yang nampak sepadan dengan gaya anda.

Walaupun mungkin bukan fesyen terkini, tetapi fesyen lama yang disuaikan supaya sepadan dengan gaya penampilan anda pasti tetap menarik untuk pakai.

Apa yang lebih menarik, kebanyakkan item-item ini selalunya lebih murah pada akhir musim.

Pihak peniaga selalunya tidak mampu untuk menyimpan stok item-item lama dan pasti membuat tawaran diskaun akhir musim yang menarik– inilah waktu yang sesuai untuk berbelanja!

Walaupun begitu, berhati-hati bila membeli belah pakaian musim sejuk untuk anak-anak yang masih kecil kerana mungkin saiz mereka membesar tahun hadapannya.

 

Terakhir, Gunakan Sarung Tangan Mesra Smartphone dan Kamera..

Antara aktiviti yang paling penting semasa melancong pastilah mengambil gambar.

Pasti semua orang tidak mahu mensia-siakan segala kenangan dan memori indah semasa bercuti di luar negara yang pastinya jauh berbeza dengan negara kita.

sarung tangan touch screen

Namun masalah utama yang sering dihadapi oleh semua orang adalah mengambil gambar menggunakan sarung tangan merupakan satu tugas yang sangat sukar.

Ini terutamanya jika kita memakai sarung tangan yang diperbuat daripada pvc atau material yang tebal. Ia akan membuatkan skrin smartphone tidak responsive atau kurang peka dengan jari kita.

Malah, jika menggunakan kamera DSLR sekali pun, ia tetap sukar kerana jari kita sukar untuk menekan butang shutter dengan sempurna.

Akhirnya, kita semua terpaksa menanggalkan sarung tangan dan menahan kesejukan semata-mata mengambil gambar.

Tentu tidak seronok bukan?

Namun sebenarnya terdapat penyelesaian kepada masalah ini. Gunakan sarung tangan musim sejuk yang mesra touch screen.

Kenapa saya sarankan sarung tangan ini?

Antara kelebihan utamanya adalah:

  • Direka khas untuk kegunaan telefon pintar
  • Sesuai untuk semua jantina
  • Tetap berfungsi sebagai pelindung tangan yang baik daripada sejuk
  • Sangat responsive dan peka dengan skrin smartphone
  • Tidak terlalu tebal dan sangat selesa dipakai.

Adakah sarung tangan touch skrin ini mahal?

Tidak, anda boleh mendapatkan sarung tangan touch skrin ini dengan harga serendah RM14.90 sahaja di Kedai PakaianMusimSejuk.Com


Semoga panduan ini dapat membantu anda berjimat dan berbelanja dengan lebih bijak.

Jika ada sebarang kemusykilan, tinggalkan komen anda pada ruangan di bawah. Saya sedia membantu anda, insyaaAllah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zarina Shabbir
Zarina Shabbir
4 tahun yang lalu

Penerangan yang cukup complete bagi cara pemakain pakaian sejuk. Saya teringat macam penjual kat satu kedai baju sejuk di Jalan TAR – Sharafali’s yang explain setiap baju sejuk dan materialnya sekali untuk trip saya ke Hokaido Jepun.
Kalau boleh saya nak tambah pengalaman kat Jepun tu pastikan kalau tempat ais jangan pakai baju sejuk wool kat luar tapi lapisan tengah (sweater) sebab bila basah lambat kering . Jaket luar sebaiknya datripada kain Microfibre atau jenis ringan tapi kalis air.

Azha bin Ismail
Azha bin Ismail
5 tahun yang lalu

Adakah sesuai jika saya memakai jaket kulit untuk musim salji.

Khatijah abdullah
Khatijah abdullah
6 tahun yang lalu

Trbaik info ini.Nok tahu pakaian utk ke Turki feb 2019..jgka musim sejuk lg

irine
irine
6 tahun yang lalu

salam sis. boleh bagi cadangan tak pakaian apa yang sesuai utk musim autunm.

pei san
pei san
6 tahun yang lalu

terima kasih pada panduan ni….

hazreen
hazreen
6 tahun yang lalu

aslm,kalau sy pakai seluar trek kain trikot sbg pakaian inner adakah ia membantu dlm menhangatkan badan

hadi
hadi
7 tahun yang lalu

Bagus artikel ni panduan cukup lengkap untuk mendapatkan pakaian musim sejuk pada harga murah. Panduan yang sangat membantu untuk mereka yang bercadang melancong pada musim sejuk atau salji.

Heriyanto
Heriyanto
7 tahun yang lalu

ooh jadi itu pakaian sejuk murah ya! tips yang bagus sekali nih!

Handphone dan Elektronik Termurah nih dari shopee!