Bagaimana Mengesan Gangguan Sihir & Apakah Kaedah Berkesan Merawatnya?

merawat gangguan sihir
Bagaimana mengesan gangguan sihir?

Berapa kerap anda rasa sesuatu yang tidak kena terjadi dalam kehidupan anda?

Anda merasa lemah tubuh badan, mudah beremosi tanpa sebab, ada rasa benci terhadap orang lain, fikiran yang serabut dan sering bermimpi perkara aneh secara berulang-ulang?

Mungkin anda merasakan ini perkara biasa dan tidak perlu dilayan sangat rasa-rasa sebegini. Ia mungkin permainan perasaan, atau pengaruh dari suasana sekeliling yang sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kehidupan anda.

Mungkin ya mungkin tidak.

Mungkin anda secara TIDAK SEDAR telah terkena gangguan SIHIR.

Ia tidak mengejutkan, kerana sejak ribuan tahun lalu sepanjang sejarah manusia, sihir ilmu hitam merupakan perkara yang benar wujud, masih diamalkan dan kekal sebagai senjata halus yang digunakan secara jahat untuk merosakkan manusia.

Apa itu gangguan sihir?

Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan.

Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan yang jahat.

Gangguan sihir adalah termasuk Santau, Saka, Pukau dan dirasuk makhluk halus seperti Jin. Kesannya boleh menyebabkan mangsanya menderita sakit, rosak rumahtangga, gila dan hingga boleh menyebabkan kematian.

Gangguan juga boleh disebabkan kita tinggal satu rumah dengan makhluk halus.

Menakutkan?

Ya, sebab ia tidak mudah untuk dikesan dan diubati. Malah ia juga menjejaskan orang lain.

Namun, Kita bukanlah makhluk yang lemah.

Kita adalah hamba Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa. Kita adalah makhluk yang dikurniakan akal, nikmat iman dan kitab Al-Quran sebagai petunjuk.

InsyaaAllah, setiap penyakit ada penawarnya. Setiap musibah ada jalan penyelesaiannya.

 

Mengenalpasti 43 Petanda Terkena Gangguan Sihir

Ini adalah beberapa simptom dan gejala awal yang boleh kita kenalpasti sebagai gangguan sihir.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang disenaraikan dibawah pernah atau sedang dialami oleh anda.

Antaranya adalah:

  1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
  1. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.
  1. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
  1. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
  1. penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.
  1. Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
  1. Badan terasa bisa-bisa/gatal.
  1. Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
  1. Sukar tidur malam.
  1. Sakit pinggang tanpa sebab.
  1. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  1. Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
  1. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki, tangan selepas waktu asar.
  1. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  1. Bayi kerap menangis.
  1. Bunyi guli jatuh diatas syiling.
  1. Panas baran.
  1. Sikap berubah secara mendadak.
  1. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  1. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  1. Kerap keguguran.
  1. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  1. Mengantuk bila dengar al-quran.
  1. Bermimpi seram yang menakutkan.
  1. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
  1. Selalu ditindih ketika tidur.
  1. Selalu melihat kelibat dirumah.
  1. Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
  1. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  1. Melihat jin secara terus.
  1. Sakit mental atau gila.
  1. Sakit tulang belakang tanpa sebab.
  1. Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal
  1. Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
  1. Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
  1. Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
  1. Timbul rasa takut tanpa sebab.
  1. Sering pengsan tanpa sebab.
  1. Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
  1. Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
  1. Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
  1. Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
  1. Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.

 

Bagaimana Merawat Gangguan Sihir Terhadap Diri Dan Keluarga?

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya.

Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)” – Hadis riwayat Bukhari & Muslim

Yang penting, kita perlu berusaha untuk mengubati sesuatu penyakit yang menimpa, termasuklah bab sihir ini.

Ada beberapa kaedah atau cara yang boleh kita lakukan untuk mematikan sihir.

1. Mengesan jin didalam badan

Ini adalah kaedah awal yang boleh kita lakukan untuk mengesan jin yang bersembunyi didalam badan. Ianya mudah dan kita boleh lakukan sendiri:

  • Membaca Fatihah sebanyak 1 kali.
  • Niat & berdoa meminta Allah agar diberi petunjuk.
  • Baca Ayatul Kursi sebanyak 33 kali ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)

Antara petanda terdapat jin yang bersembunyi didalam badan kita adalah:

  • Hati berdebar-debar
  • Lupa bacaan.. tersasul… terhenti secara mendadak
  • Anda pening, mengantuk.. rasa nak pengsan
  • Rasa mual & nak muntah
  • sakit perut secara tiba-tiba
  • terasa pergerakan didalam badan.
  • Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
  • jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu

2. Membaca Ayat Rukyah

Ruqyah secara amnya ialah bermaksud jampi-jampi atau mentera .

Ruqyah secara syari’e (Ruqyah Syari’ah) ialah jampi -jampi atau mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.

Antara ayat rukyah adalah:

1. Al-Fatihah

2. Al-Baqarah Ayat 1-5

Surah al-Baqarah ayat 1-5

 

 

3. Al-Baqarah Ayat 102

Al-Baqarah Ayat 102

 

4. Al-Baqarah Ayat 163-164

Al-Baqarah Ayat 163-164

 

5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255

Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255

 

6. Al-Baqarah Ayat 285-286

Al-Baqarah Ayat 285-286

 

7. Ali-Imran Ayat 18-19

Ali-Imran Ayat 18-19

 

8. Al-’Araf Ayat 54-56

Al-’Araf Ayat 54-56

 

9. Al-’Araf Ayat 117-122

Al-’Araf Ayat 117-122

 

10. Yunus Ayat 81-82

Surah Yunus ayat 81-82

 

12. Toha Ayat 69

Surah Taha ayat 69

 

12. Al-Mukminun Ayat 115-118

Surah al-Mukminun ayat 115-118

 

13. As-Soffaat Ayat 1-10

Surah as-Shaffaat ayat 1-5

Surah as-Shaffaat ayat 6-10

 

14. Al-Ahqaaf Ayat 29-32

Surah al-Ahqaaf ayat 29-32

 

15. Ar-Rahman Ayat 33-36

Surah ar-Rahmaan ayat 33-36

 

16. Al-Hasyr Ayat 21-24

Surah al-Hasyr ayat 21-24

 

17. Al-Jin Ayat 1-9

Surah al-Jiin ayat 1-4

Surah al-Jiin ayat 5-9

 

18. Al-Ikhlas

Surah al-Ikhlas

 

19. Al-Falaq

Surah al-Falaq

 

20. An-Naas

Surah an-Nas

 

3. Berjumpa dengan Ustaz / Pengamal Perubatan Islam Yang Pakar

Berjumpalah dengan Ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk merawatnya secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih teruk.

InsyaaAllah mereka yang pakar dan lebih alim akan boleh membantu kita mengesahkan dan merawat gangguan tersebut.

Dibawahkan ini adalah video penerangan ringkas mengenai saka oleh Ustaz Sharhan Shafie:

YouTube video

 

4. Mengamalkan Mandian Gel Mandian Bidara

Ramai yang tidak tahu salah satu cara berkesan untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan sihir adalah dengan mengamalkan mandi dengan air daun bidara.

Daun bidara adalah salah satu bahan yang mempunyai bau yang sangat tidak disukai oleh jin dan makhluk halus yang lain.

merawat gangguan sihir

Daun bidara (Zizyphus Mauritiana), iaitu sejenis tumbuhan yang disebut dalam Al-Quran yang digunakan secara khusus untuk merawat penyakit-penyakit rohani seperti gangguan emosi, gangguan tidur, gangguan jin dan sihir.

Daun Bidara ini telah digunakan oleh para ulama sejak zaman berzaman sebagai bahan penting dalam merawat dan menyembuhkan orang yang terkena sihir dan membuang saka.

Mandian bidara sudah digunakan secara meluas oleh para ustaz dan pengamal perubatan yang lain sebagai salah satu bahan yang berkesan dalam merawat pesakit.

Dibawah ini saya paparkan screenshot testimoni mandian bidara dari salah seorang pengamal berubatan Darussyifa, Ustaz Tuan Aufa, dalam merawat anak kecilnya sendiri.

merawat gangguan sihir

Dengan berlakunya peredaran zaman, kini untuk mendapatkan daun bidara bukanlah sesuatu yang sukar.

Ekstrak daun bidara boleh didapati dalam bentuk gel, dimana keberkesanannya tetap terjamin.

Antara khasiat menggunakan Gel Mandian Bidara adalah:

  • Mengusir Jin & Makhluk Halus, dimana baunya cukup tidak disukai mereka
  • Merawat sakit kepala yang berpanjangan
  • Merawat penyakit tidak boleh tidur malam
  • Aromanya menangkan hati dan mengelakkan mimpi yang buruk akibat mainan makhluk halus
  • Boleh digunakan sebagai pembersih peribadi wanita.

Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai khasiat dan keberkesanan gel daun bidara disini: terapipenawarsihir.com

 

Penutup: Lindungi Diri & Keluarga Anda Daripada Bahana Sihir!

Sihir – Bukan sahaja menyusahkan kita, tetapi penderitaanya turut ditanggung oleh keluarga kita.

Ibarat barah, jika dibiarkan berlarutan ia akan semakin melarat dan menghancurkan kehidupan kita dari dalam..

..dan kejam!

Apa yang lebih diharapkan oleh anda selain dapat menyediakan dan melalui kehidupan yang baik, bukan?

Jadi, buatlah tindakan yang sepatutnya.

Didalam dunia yang penuh fitnah, kitalah seharusnya merawat dan mencegah fitnah itu daripada menghinggapi diri dan keluarga kita sendiri.

Dapatkan Gel Mandian Bidara disini: terapipenawarsihir.com

Semoga berkongsian ini memberi manfaat yang berguna kepada anda.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

26 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Din
Din
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum saya ingin kepastian betul atau tidak mengenai minyak atau air yang telah diruqyah atau bacaan akll quran tidak boleh dilangkah tq

MJ
MJ
1 tahun yang lalu

Assalam Ustaz, soalan saya ni pelik sikit.Suatu hari hati saya tiba-tiba terlintas nak terima saka tu.Masa tu saya macam tak sedar tiba-tiba rasa macam ada percakapan dalam hati ni terima saka.Masa terlintas tu saya mengucap dan istighfar sebab memang saya cakap dengan diri sendiri saya tak nak terima benda-benda yang syirik pada Allah ni.Kadang-kadang saya nak sezuatu perkara mesti ada macam suara contoh kalau kau buat ni maknanya kau terima saka tu.Adakah itu bisikan makhluk halus atau bagaimana ustaz mohon pencerahan.Saya tak nak meninggal esok dalam keadaan Allah tak terima saya.

MJ
MJ
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Terima kasih atas jawapan yang diberikan.

Sinar JD
Sinar JD
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah, perkongsian yg amat berguna. Semoga asbab perkongsian ini anda sentiasa dirahmati Allah… aamiinn YaRobb

Nazmi
Nazmi
3 tahun yang lalu

A’kum ustaz..boleh sy mnta bantuan mengenai sihir tak ustaz..sebab saya rasa ada terkena pada keluarga saya

FATIMAHRAWIYAH BT HJYAHYA ZAKARIA
FATIMAHRAWIYAH BT HJYAHYA ZAKARIA
3 tahun yang lalu

salam ustaz,bgaimana ye nak menghapuskan sihir ,contohnya..seseorg yg terkena sihir pengasih,kawan sy sejak dulu lg terkena sihir pengasih ni sehingga dia tgalkan kluarga dn semuanya ikut org yg menyihirnya,dulu dia xsedar akn keadaan ini tp sekrg dia mula sedar dn menganggap mkin benar keadaan ini..bgaimana ye ustaz nk menghapuskan sihir ini,agar kwn sy dpt hidup normal semula. hrp ustaz dpt membantu..wasap sy 011 6383 4923 puan emma. TERIMAKASIH

Sahabat
Sahabat
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..

Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..

email saya : [email protected]

Anan
Anan
4 tahun yang lalu

Boleh bagi alamat boss tq masalah rumah ….

Asmadi bin mohamed saidi
Asmadi bin mohamed saidi
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,saya sakit dada dah 7 tahun start kawin dngan isteri kedua,kepala sakit,knapa tu ustaz,pegi da banyak tempat berubat,tapi tak berjaya,semua tahu kena apa,tapi tak boleh pulihkan saya

Hasreme
Hasreme
Reply to  Asmadi bin mohamed saidi
3 tahun yang lalu

0135466246 kalu nk dirawat boleh call mie johor

Nasir
Nasir
Reply to  Hasreme
3 tahun yang lalu

Aslm ustaz blh tak brubat dari jarak jauh
Apa syarat2 nya
Tkash

Hartini
Hartini
4 tahun yang lalu

Ustad suami saya di rukiah ustad kata terkenal Ain Dan sihir tapi di sebabkan saya gelabah sb selepas di rukiah suami saya muntah darah yang Tak henti henti jadi saya takut untuk meneruskanya .selang empat Hari suami meninggal dunia .mohon di beri penjelasan supaya orang lain tidak gelabah seperti saya yang ahirnya menyesal Tak sudah..l

Zubaidah
Zubaidah
5 tahun yang lalu

PM harga GEL Mandian Bidara sebotol – hantaran ke-Singapura