Cara Memikat Hati Lelaki Dunia Akhirat ( InsyaAllah )

pikat-lelaki-idaman

Cara Menilai Hati Lelaki Yang Diminati

Siapalah tak nak, lelaki yang hatinya baik, sudah lah tampan, alim pula tu, lemah lembut, kerja pun elok dan sebagainya tuh.

Dan siapa pula nak lelaki yang penagih, menipu dan segalanya juga tu walaupun hensem.

Siapalah yang tak nak lelaki yang elok serba serbinya kan..

Yang kalau di bawa ke hati kita pun cinta, di bawah kenal bersama keluarga pun terima, di bawa kepada kawan kawan pun rasa senang sahaja hati.

Persoalannya,

Bagaimana Nak Mencari Dan Memikat Lelaki (Calon Bakal Suami) Yang Diminati?

Ok,

Lelaki tu mesti sembahyang, hormat orang tua, bersedekah dan sebagainya.

Masalahnya macam mana pula kita nak tahu dia tu sembahyang? hormat dengan orang tua lagi? Sedangkan kalau bersedekah pun, tangan di sebelah pun tak perlu tau.

Untuk Perempuan Pikat Lelaki itu Senang

Betul tu, untuk perempuan memenangi mana mana hati lelaki idaman, baik di facebook atau di tempat kerja itu, mudah.

Kerana memang lumrah lelaki tu akan jadi lemah.

Tapi belum tentu lelaki yang dipikat akan menjamin masa depan yang baik.

Untuk itu,

Disini kami ada berikan beberapa tips hebat untuk anda menilai sama ada lelaki itu baik di dunia dan akhirat. Ia bukan lah penjamin, tapi insyaAllah kepada sesuatu yang lebih baik.

1. Singgah sembahyang semasa keluar bersama

cara menarik perhatian lelaki

Keluar bersama adalah satu topik yang agak sukar untuk kami bicarakan, dan kita pun tahu bila berdua bersama pasti apa yang akan juga turut serta kan.

Jadi eloklah di bawa bersama kenalan atau pun adik untuk sertai.

Dan antara yang paling simple untuk anda kenali sama ada dia betul betul yang terbaik, tunggu sama ada, ada tidak dia cadangkan untuk singgah sembahyang.

2. bangun pagi pukul berapa

Sudah menjadi kewajipan si lelaki untuk sembahyang subuh tanpa ada sebarang halangan.

Kalau anda mesej mereka whatsapp atau sebagainya cuba check dia bangun pukul berapa. Jangan terus serang tau, tanya dahulu. Kenali dahulu. Lelaki ada juga yang tak suka di paksa, ada juga lelaki yang tak suka di tanya hal remeh.

Langkah yang terbaik adalah, tanya sahaja bangun pagi pukul berapa.

3. hubungan dengan ibu bapa

Terumanya Ibu, saya sendiri pernah alaminya apabila ada seorang ibu yang berceritakan perihal anak perempuannya yang berkejar semasa ibu nya pergi untuk tinggalkan anak di asrama.

Nangis nangis anaknya, dan dalam hati saya mudah. Kalau anak saya macam tu, saya gembira. Kerana hubungan ibu dengan anak kuat.

Ini bukan kajian daripada mana mana, tapi kalau seseorang insan, baik lelaki atau perempuan, hubungan dengan ibunya baik, mesra hormat. InsyaAllah peribadinya pun baik juga.

Percayalah, ia bukan datang dari kajian mana mana pakar, tapi kebiasaanya yang telah saya lihat sepanjang saya hidup.

hubungan lelaki dengan ibu bapa

4. soal agama

Sebagai perempuan, nanti insyaAllah akan ke jinjang pelamin dan bersama seumur hidup, tanggungjawab beragama bukan kepada si perempuan, maka pengetahuan agama pada diri lelaki itu penting. Cuba test dia dengan cara cara solat jamak sebagainya. Yang sekaligus perbualan anda lebih baik kerana jadikan perkara ini isi untuk anda bersembang.

Tipsnya, jangan terlalu memaksa. Bukan semua lelaki boleh terima.

5. cara dia bertutur dan mengawal sifat amarah

off topik sekejap, pasti ramai yang perasan ada satu video di facebook, di mana perempuan, girlfriendnya di pukul oleh boyfriendnya apabila gfnya ni ternampak bfnya tadi keluar dengan perempuan. Lelaki tu naik angin kerana gfnya memaksa memaksa. Sudah lah selingkuh lagi diperlakukan begitu.

Nasihatnya, tolong jangan share video seperti itu, itu aib orang lain.

Begitu juga dengan video video yang lain, pergaduhan sesama perempuan atau apa sahaja yang hanya merosakkan peribadi anak anak kita.

Untuk subtopik ini, setiap hubungan pasti akan ada salah faham. Cuba nilai bagaimana pasangan anda, bagaimana dia meluahkan sifat amarahnya.

Hati hati, nanti dalam rumah anda dengan dia, anda akan berhadapan dengan nya sorang.

InsyaAllah lelaki yang baik, beriman tidak akan berlaku ini kan.

Apa apa pun, nak pikat lelaki jangan hanya menilai daripada apa yang anda mesti ubah sahaja, seperti pandai berhias, cantik sahaja.

Sekarang ni, anda nak pikat lelaki, rule yang biasa orang katakan “cermin diri tu sendiri dulu“, tak sesuai untuk digunakan pada perempuan yang nak pikat hati lelaki.

Nilai dahulu si lelaki yang anda nak pikat, terutamanya dari segi peribadi diri.

Baru mulakan “jarum” :)

Bukan senang untuk menilai peribadi seseorang yang anda suka, baik atau tidak. Baik pun, baik yang macam mana. Yang tak baik pula, adakah selamanya begitu?

Wallahhualam. Semoga Allah memberikan kita jodoh baik didunia dan di akhirat.

Kami harap dengan 5 tips di atas tadi, anda mampu memikirkan sesuatu untuk menilai mereka.

Dan katakan anda sudah pun menjumpai calon yang anda rasakan baik untuk dijadikan suami, insyaAllah.

Kami ada beberapa tips untuk anda mulakan langkah :)

Tips Untuk Pikat Lelaki Idaman

Jangan lupa iringi Solat Sunat Istikharah untuk memohon petunjuk. Dan juga solat sunat dhuha untuk memohon rezeki.

Bukan yang berniaga sahaja yang mesti solat sunat dhuha ya :)

minta petunjuk darinya

Tip Pertama – Jadi pendengar dan penyokong yang setia

Perempuan dari segi fizikal nya nampak lemah, tapi yang lemah lemah ni lah yang menjadi pembantu kuat semangat banyak laki laki. Dan kalau laki laki yang memang sentiasa ada yang menyokong, siapa lah yang tak suka.

Untuk keluarga berikan sokongan malu lah pula, untuk harapkan kawan laki dikata sentimental pula.

Tip Kedua – kenali pesaing anda

Mungkin ini teknik kotor sikit.

Tapi bukan bermaksudnya untuk berdendam

Kalau memang lelaki tu insyaAllah boleh membahagiakan kita dunia akhirat.

Apa salahnye berebut kan.

Dengan mengenali pesaing anda mungkin sedikit sebanyak dapat anda nilai apa yang boleh anda buat untuk perbaiki “prestasi” anda.

Pasti ramai yang ada lihat Kuch Kuch Hota Hai, kenapa Kajol lari naik train?

Sebab pasrah. Yang dirinya tak akan dapat menyaingi Rani.

Tip Ketiga – menanam dalam diri – jika aku tak dapat pasti ada yang lebih baik, sentiasa redha

Yang Kajol tadi, dia tengah redha lah tu bila naik train.

Tapi itu lah cerita, lastnya dapat lah juga kan.

Dalam hubungan realiti ada macam tu juga, bukan semua yang kita rancang ingin bersama dengan seseorang tu akan pasti. Rileks, sabar. Pasti ada nanti.

So, tips ketiga ini lebih kepada bersandarkan kepercayaan kita akan rezeki. Kalau itu yang ditakdirkan kita mesti terima.

Yang penting percaya, kalau Allah tarik rezeki aku dengan seseorang ini, pasti Allah nak simpan dan taruh rezeki yang aku dapat sekarang ni dengan pertemuan yang jauh lebih baik lagi.

Tip Keempat – pandai memasak, bagi mereka try masakan anda.

pikat lelaki dengan masakan

Try lah masak satu gulai bagi dia.

Tapi jangan bagi tahu family, nanti ada pula yang meluat kan.

Tak pe lah, biarlah family meluat. Tapi si lelaki yang terima makan ni mesti kembang.

Yang satay atas tu tak perlu, melampau sangat kan. Nanti lain pula yang terbakar.

Tip Kelima – jangan terlalu mengongkong

jangan terlalu mengongkong

Untuk tip pertama tadi ialah memberi sokongan. Lelaki memang sukakan ini. Namanya “sokongan padu”

Tapi kalau sokongan berpadu padu buat laki jadi rimas.

Maka elok lah cool down sedikit. beri sedikit masa.

Jangan terlampau nak itu nak ini. Tengok juga kepada kemampuan mereka.

Dan jangan pula kalau tak dituruti rasa tak sayang pula. BRIM bukan setiap bulan.

Tip Keenam – Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya

Seperti contoh:

Bila si laki rasa yang anda ni mudah untuk mereka ceritakan apa apa. Yela, anda beri sokongan, tak mengongkong. Mesti mereka akan berasa senang kan.

Dan bila ini berlaku, mesti pasti akan juga senang untuk ceritakan masalah mereka contohnya.

Bila mereka cerita, jangan pula cerita dekat orang lain. Macam hubungan suami isteri, baik buruk pasangan kita biar dalam rumah je, jangan bawa keluar.

Walaubagaimanapun untuk bincang melalui kepercayaan ia satu topik yang luas.

Nak bercinta kena ada ilmu, bukan mesti ada perasaan sayang sahaja.

INGAT, hanya monyet yang cinta monyet.

Belajar Kenali Lelaki Daripada Pakar

Dengan ilmu dan Rezeki sahaja akan membantu anda bahagia ke akhir hayat.

Dan ilmu itu untuk dapatkannya samada ada anda belajar daripada pengalaman, yang bermaksud anda terpaksa harungi pahit manisnya dahulu baru boleh faham. Atau pun anda belajar daripada pakar yang memahami psykology dalam pemikiran dan perbuataan seseorang.

Yang rezeki itu pula memang ia kurniaan Allah, tapi insyaAllah kalau kita berusaha ke arah yang lebih baik, maka Allah akan kurniakan rezekinya.

Antara karangan yang terbaik ialah ebook yang dihasilkan oleh pakar motivasi Dr HM Tuah Iskandar. Panduan untuk memikat si lelaki

Dengan ebook ini juga anda akan dapat mengenali jauh lebih detail dengan sikap dengan perangai si laki laki.

Beliau ada berikan anda ilmu pengetahuan yang anda patut tahu untuk bukan sahaja memikat lelaki, malah juga untuk menilai sama ada lelaki yang anda ingin pikat itu sesuai atau tidak.

Anda juga akan dapat tips bagaimana anda kesan sama ada hubungan anda dengan si dia serasi atau tidak.

Kalau tips di atas mungkin lebih kepada perbuatan, dengan ebook ini anda juga akan diberikan contoh ayat ayat yang memikat si laki laki.

Sekali lagi ini ebook yang dimaksudkan, Cara Pikat Lelaki dari Pakar

Apa apa pun, carilah yang beriman.

Nota: artikel ini adalah perkongsian daripada Tuan Syed. Semoga penulisan beliau memberi manfaat kepada mereka yang ingin mencari teman hidup. InsyaaAllah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

31 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ashikin
Ashikin
5 tahun yang lalu

mcm mne ye dgn kes sy… beberapa mnggu ni sy bz sgt dgn kje smpai sy abaikan tunang sy..smpai tunang sy nk putuskan hubungan..ape yg ptut sy buat tuk amek hti die balik ye?

kwn baik p.cik forever
kwn baik p.cik forever
7 tahun yang lalu

Semua tips utk memikat lelaki idaman pernah jd kt sy..he was my friend..a really good one..But now he was happyly married to someone else..so my reaction was like tips no 3..after he was married i decided not to disturb him but it was really difficult as i keep missing him..i miss his jokes, i miss the way he tease me, i miss his advises and everything about him..so, everytime i teringat kt dia, i’ll pray that he is really happy with his lovely wife..and i can’t wait to see his junior..i hope his junior will also be as good as his father..as for me, i’ll always be his bff n whenever he needs me, insya’Allah i’ll always there for him..i’ll always pray for a his happiness and i miss u p.cik..heeee..anywy thanks admin for sharing this article..this is a good sharing..keep it up with a good work k ;)

find internet service
find internet service
8 tahun yang lalu

The monthly charge includes the rental of your wire modem, unlimited Net gain access to, Ethernet card, and also any
sort of software.

Ojek Cinta
Ojek Cinta
8 tahun yang lalu

tips dalam artikel diatas merupakan sesosok laki-laki yang sangat diharapkan menjadi seorang imam yang baik bagi istri yang shalehah. seperti kata pepatah, lelaki baik untuk wanita baik begitu pula sebaliknya, lelaki kurang baik hanya untuk wanita yang kurang baik juga.

Sienna
Sienna
8 tahun yang lalu

Wah,,,,,bestnya. Klau sya nak dapatkn org yg sy cintai,,,sy dpt…yg kena sy sbar sebab sy x faham dgn dy. Sy kena bsbar byk jerr.maybe sibuk.

Syuhada
Syuhada
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Sy dh buat pembayaran utk ebook tu tp blom dpt lg la. Dia tulis kalau bayar guna PayPal akan dpt ebook tu serta merta tp lps dh refresh byk kali pon blom dpt lg. Mcm mana ye?
Email sy: [email protected]

Syed
Syed
Reply to  Syuhada
8 tahun yang lalu

Hi Syuhada,
Tq. Saya akan follow up dengan advertiser.

Nanti saya akan email ye

Syed
Syed
Reply to  Syed
8 tahun yang lalu

Hi Syuhada.

Dah dapat kan..tq

puteri aisha
puteri aisha
8 tahun yang lalu

Alhamdulillah…produk yg sy oder dh sy jamah smlm.mmg menyelerakan.trima ksi saudara syed.sy sanjung tinggi idea saudara.jutaan trima ksi jgk pd pakar motivasi Dr Hm Tuan Iskandar Al-Haj.sesungguhnya nilai ilmu i2 tinggi berbanding wang ringgit yg kita laburkn(beli).sangat2 mahal hargannya dr perkataan berbaloi.mmg rugi kalau xtgo.benarlah apa yg dimaksudkn “stiap hambanya ada kelebihan(penarik@kecantikkan)nya yg unik.pastu ada.cuma kita hdup nedh terbiasa lebih suka pandang pd kelebihan org lain.terima kasih skali lg buat pakar motivasi kerana berjaya menyegarkn mata yg dh lama terpejam.semoga Allah sentiasa memberi keberkatan atas anugeraNYA i2 pd kita smua.Amin…

Syed
Syed
Reply to  puteri aisha
8 tahun yang lalu

Sama. Maaf juga. Puteri antara yang terawal dapatkan, tapi antara yang terakhir pula yang baca.. :)

puteri aisha
puteri aisha
8 tahun yang lalu

Orait.tq saudara syed.oke sy cuba relek kn emo ne..jgn risau

puteri aisha
puteri aisha
8 tahun yang lalu

Tq.mengenai pembelian ebook yg sy wat hri tue.guna wspp kn mudh n cpt tuk kita brhubung.lg pn fon sy bolh wspp je wat masa ne.harp saudara syed faham situasi sy.

Syed
Syed
Reply to  puteri aisha
8 tahun yang lalu

ye puteri.

saya sudah faham kenapa benda ni boleh berlaku. tak per, saya sudah follow dengan dealer. harap diorang boleh tolerate. tak pe, puteri relex dulu.

puteri aisha
puteri aisha
8 tahun yang lalu

Maaf saudara syed.fon sy de msalah sikit.kita guna wspp je..bolh ke?

Syed
Syed
Reply to  puteri aisha
8 tahun yang lalu

Mengenai apa tu ya Puteri

Ini no saya 011 164 23689