Bagaimana Cara Masuk Kerja Kerajaan Secara Mudah?

cara senang masuk kerja kerajaan
Bagaimana cara yang betul masuk ke kerja kerajaan?

Bagaimana cara masuk ke kerja kerajaan?

Apakah panduan daftar masuk ke SPA secara betul?

Dan adakah berbaloi berusaha bermati-matian untuk masuk ke kerja kerajaan?

Kelebihan dan keburukan bekerja disektor kerajaan

Saya telah bekerja di kedua-dua sektor ini, swasta dan kerajaan.

Dalam artikel ini, saya akan menjelaskan kelebihan dan kekurangan bekerja dikedua pihak, iaitu pihak swasta dan kerajaan.

Secara ringkasnya, kerja kerajaan ada sedikit kelebihan dari sudut ketenangan jiwa. Mengapa?

Baca Sepenuhnya

Bisnes Internet – Perniagaan yang indah khabar dari rupa!

panduan bisnes onlineMereka yang berjaya dengan bisnes internet melakukan dua perkara dengan cemerlang:

Pertama, mereka meletakkan 100% usaha & fokus mereka dalam menjayakan apa yang dibuat.

Kedua, paling penting, mereka belajar & mengenalpasti apakah kaedah dan faktor yang memberikan mereka hasil.

Tetapi anda mungkin tertanya-tanya:

“Apakah strategi bisnes internet yang benar-benar berkesan?”

InsyaaAllah hari ini saya akan mendedahkan beberapa perkara yang ‘tak beberapa’ enak mengenai bisnes internet ini.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Merawat Masalah Penyakit Kulit (Dan Gangguan Sihir) Secara Berkesan?

daun bidaraApa yang ajaib mengenai tumbuhan yang bernama ‘Bidara?

Kelebihan, keajaiban dan khasiat tumbuhan ini bukanlah ditemui secara tidak sengaja kerana Bidara (Zizyphus Mauritiana) telah disebut dalam Al-Quran dan kitab terdahulu sebagai tumbuhan yang mampu merawat pelbagai penyakit, termasuklah berkaitan dengan gangguan jin dan sihir.

Selain itu, khasiat yang terdapat padanya juga cukup mujarab untuk mengubati penyakit kulit seperti psoriasis, eczema, kegatalan, jerawat dan sebagainya.

Oleh kerana Bidara adalah sangat berguna dalam merawat, maka tidak hairanlah ia mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan pengamal perubatan tradisional dan moden.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Mengesan Gangguan Sihir & Apakah Kaedah Berkesan Merawatnya?

merawat gangguan sihir
Bagaimana mengesan gangguan sihir?

Berapa kerap anda rasa sesuatu yang tidak kena terjadi dalam kehidupan anda?

Anda merasa lemah tubuh badan, mudah beremosi tanpa sebab, ada rasa benci terhadap orang lain, fikiran yang serabut dan sering bermimpi perkara aneh secara berulang-ulang?

Mungkin anda merasakan ini perkara biasa dan tidak perlu dilayan sangat rasa-rasa sebegini. Ia mungkin permainan perasaan, atau pengaruh dari suasana sekeliling yang sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kehidupan anda.

Mungkin ya mungkin tidak.

Mungkin anda secara TIDAK SEDAR telah terkena gangguan SIHIR.

Baca Sepenuhnya

Cara Memikat Hati Lelaki Dunia Akhirat ( InsyaAllah )

pikat-lelaki-idaman

Cara Menilai Hati Lelaki Yang Diminati

Siapalah tak nak, lelaki yang hatinya baik, sudah lah tampan, alim pula tu, lemah lembut, kerja pun elok dan sebagainya tuh.

Dan siapa pula nak lelaki yang penagih, menipu dan segalanya juga tu walaupun hensem.

Siapalah yang tak nak lelaki yang elok serba serbinya kan..

Yang kalau di bawa ke hati kita pun cinta, di bawah kenal bersama keluarga pun terima, di bawa kepada kawan kawan pun rasa senang sahaja hati.

Persoalannya,

Bagaimana Nak Mencari Dan Memikat Lelaki (Calon Bakal Suami) Yang Diminati?

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Menjemput Jodoh Dalam Masa Terdekat?

Menjemput Jodoh Dalam Masa Terdekat
Bagaimana kita boleh menjemput jodoh dalam masa terdekat? * Foto oleh inchenaim

Apa yang anda rasakan bila selalu menjadi ‘punching bag’ kerana masih belum berkahwin?

“eh, kau bila nak kahwin ni?”

“Jangan asyik kerja je, nanti tak bersuamilah kau jawabnya!”

Dan banyak lagi ayat yang membuatkan kita berkecil hati.

– Sakitnya hati Tuhan sahaja yang tahu!!

Adakah mereka semua tidak faham bahawa jodoh itu adalah anugerah Allah? Yang mana kita sendiri tidak dapat mengawalnya.

Siapa yang mahu hidup membujang dan keseorangan sehingga akhir hayat.. tiada siapa yang mahu dilewatkan jodohnya.

Tiada siapa yang mahu digelar ‘anak dara tua

Baca Sepenuhnya

Servis Pemeriksaan Dan Penghantaran Bateri Kereta Secara Percuma Ke Seluruh Selangor & Kuala Lumpur!

servis penghantaran bateri kereta percumaSeperti hari-hari biasa, anda bangun awal pagi untuk ke tempat kerja.

Anda bergegas turun, ambil beg dan menuju ke kereta anda.

Setelah masuk ke dalam kereta, memperbetulkan tempat duduk, anda memulas kunci untuk menghidupkan enjin…

…dan enjin kereta anda tidak mahu hidup!

Pantas mata anda tertumpu ke bahagian dashboard untuk mencari sebarang indicator. Satu hembusan nafas panjang disulami kekecewaan terlepas dari dalam diri.

– Ianya masalah bateri!

Apa yang anda akan buat jika ‘musibah’ ini benar-benar berlaku kepada anda?

Baca Sepenuhnya

7 Kesilapan Besar Dalam Hubungan Suami Isteri

hubungan-suami-isteri
Dalam hubungan suami isteri, ia memerlukan kita mencari ilmu yang cukup bagi melengkapkan keharmonian rumah tangga..

Percayalah bila saya kata, rasa suka itu akan berkurang dengan berlalunya masa.

Tiga tahun pertama mungkin kita merasakan bahawa pasangan kita itulah segala-galanya.

Tapi tahun-tahun yang seterusnya,  kita sudah merasa hambar dan semakin bosan rumah tangga kita.

Sifat hati fitrahnya berbolak-balik bersama masa.

Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut, tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja.

Terlalu menjaga dikata mengongkong, terlalu memberi kebebasan dikatakan tidak sayang.

Apa yang tidak kena sebenarnya dalam rumah tangga kita?

Dimana silap kita yang mungkin kita terlepas pandang?

Baca Sepenuhnya