Setuju tak kalau saya katakan bahawa wanita kelihatan lebih anggun apabila bertudung?
Benar, sememangnya wanita yang mengenakan tudung akan kelihatan sangat cantik dan sopan. Walaupun seseorang wanita itu tidak memakai tudung, keayuan wajahnya akan lebih terserlah bila bertudung.
Pernah lihat gambar pengecara popular, Wardina Saffiyah sebelum dan selepas bertudung? Jujur, dia kelihatan lebih anggun apabila bertudung. Kelihatan lebih tenang. Itu cuma salah satu contoh..
Mungkin kita boleh melihat contoh selebriti lain yang sudah bertudung seperti Irma Hasmie dan Abby Abadi. – mereka kelihatan lebih matang, ayu, tenang dan anggun.
Pastinya wanita yang bertudung lebih “dihormati” dan disegani oleh kaum lelaki mahupun oleh wanita sendiri.
Kalau mengikut sejarah perkembangan pemakaian tudung di Negara kita, pemakaian tudung dikalangan wanita kian popular pada tahun 90-an. Sebelum itu, wanita yang bertudung terpaksa mengharungi dan menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh sesat dan ketinggalan zaman.
Jangan dihairankan kerana pada waktu tersebut masyarakat di Malaysia umumnya masih jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka belum dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat.
Alhamdulillah, berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.
Maka bermula daripada waktu itu, pemakaian tudung semakin berkembang baik di seluruh Malaysia dan menjadi trend yang kian meningkat. Ini adalah sesuatu yang amat baik dan harus diberi galakan.
Seperti kata pepatah; “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”
Bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan mempunyai anak kecil pastinya ingin melihat anak mereka membesar menjadi insan yang soleh solehah. Kanak-kanak ibarat kain putih, maka ibubapa yang mencorakkan mereka.
Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk membudayakan pemakaian tudung dalam kehidupan anak dan keluarga kita sejak dari kecil lagi, agar kewajipan memakai tudung ini tersemai kukuh didalam jiwa mereka. Insyaallah, ia merupakan salah satu cara membina ummah yang kuat dan patuh kepada Allah SWT kerana keluargalah merupakan tunjang kepada kekuatan sesuatu ummah.
Kebaikan adalah fitrah. Maka biasakan anak bertudung dan berasa gembira untuk bertudung. Membeli tudung yang sesuai dan cantik adalah sesuatu yang baik untuk memulakan misi ini.
Tunjukkan cermin kepada anak ketika bertudung, mengambil gambarnya bertudung dan memuji kesolehannya dalam mengerjakan perintah Allah dan katakan mereka tentu disayangi Allah. Elakkan pemaksaan terhadap anak kerana ia akan merasa tertekan untuk bertudung kerana rasa panas, berpeluh dan merimaskan.
Nak cari tudung comel-comel ni tak susah sekarang ni kerana tudung kanak-kanak online banyak dijual. Online shop macam TudungSiComel.com sedia menjual aneka tudung yang berkualiti dan cantik.
Cukup senang kepada ibu bapa yang sibuk dan mempunyai jadual masa yang ketat.
Lagipun menurut pemilik online shop tersebut, tujuan utama tertubuhnya TudungSiComel.com adalah sebagai usaha untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda kepada masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya.
Apa yang menarik buat masa sekarang adalah mereka mengadakan promosi tudung pada harga “super duper istimewa”. Klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut
Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Salam ceria.. =)
Tinggalkan Komen Anda..
sungguh pendekatan mendidik anak untuk ber hijab sangatlah manusiawi dalam artikel ini sehingga anakpun dengan senang hati nantinya akan berjilbab anak dan kita berarti telah melakukan tugas atau misi yang berhasil
Sebenarnya, budak-budak, kalau ibu dia pakai tudung, mesti dia pun nak pakai tudung… kanak-kanak akan nampak, ibu dia adalah wanita yang pertama tercantik didunia.. :) Ini berdasarkan pemerhatian pada anak-anak saudara…hihi…But for me, saya tak bersetuju sangat nak memaksakan kanak-kanak (<6 tahun) bertudung..mungkin bila dah masuk alam sekolah rendah baru boleh slowly suruh dan lebih tegas bila mereka mula memasuki usia 10-12 tahun.. that's what my parents did to me.. dan, ye, mungkin pada awalnya kelihatan seperti memaksa, tapi the effect will last forever..nak dapatkan hidayah, bukan kena tunggu je, hidayah perlu dicari, dan kadangkala, perjalanan mencari hidayah itu perlukan keterpaksaan.. dari keterpaksaan, lama-lama akan wujud keikhlasan… Just my tuppence worth.. Maaf kalau ada clash pendapat dengan sesiapa..
Ya, betul. Ibu bapa adalah role model kepada anak-anak. Seperti juga solat, selalunya anak-anak kecil terikut untuk solat bila melihat ibu bapa mereka selalu bersolat.. Usia itu mmg seharusnya begitu, below 6 yrs tak perlu paksa sgt sbb mereka masih belum dapat berfikir.. cuma beri galakan sajalah..
Absolutely sy bersetuju dengan awk =)