Membudayakan Pemakaian Tudung Sejak Dari Usia Kanak-kanak

tudung kanak-kanak online
tudung kanak-kanak online | umbrella girl
by ~semuwasayangthia

Setuju tak kalau saya katakan bahawa wanita kelihatan lebih anggun apabila bertudung?

Benar, sememangnya wanita yang mengenakan tudung akan kelihatan sangat cantik dan sopan. Walaupun seseorang wanita itu tidak memakai tudung, keayuan wajahnya akan lebih terserlah bila bertudung.

tudung kanak-kanak online.Pernah lihat gambar pengecara popular, Wardina Saffiyah sebelum dan selepas bertudung? Jujur, dia kelihatan lebih anggun apabila bertudung. Kelihatan lebih tenang. Itu cuma salah satu contoh..

Mungkin kita boleh melihat contoh selebriti lain yang sudah bertudung seperti Irma Hasmie dan Abby Abadi. – mereka kelihatan lebih matang, ayu, tenang dan anggun.

Pastinya wanita yang bertudung lebih “dihormati” dan disegani oleh kaum lelaki mahupun oleh wanita sendiri.

Kalau mengikut sejarah perkembangan pemakaian tudung di Negara kita, pemakaian tudung dikalangan wanita kian popular pada tahun 90-an. Sebelum itu, wanita yang bertudung terpaksa mengharungi dan menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh sesat dan ketinggalan zaman.

Jangan dihairankan kerana pada waktu tersebut masyarakat di Malaysia umumnya masih jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka belum dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat.

Alhamdulillah, berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Maka bermula daripada waktu itu, pemakaian tudung semakin berkembang baik di seluruh Malaysia dan menjadi trend yang kian meningkat. Ini adalah sesuatu yang amat baik dan harus diberi galakan.

Seperti kata pepatah; “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan mempunyai anak kecil pastinya ingin melihat anak mereka membesar menjadi insan yang soleh solehah. Kanak-kanak ibarat kain putih, maka ibubapa yang mencorakkan mereka.

tudung kanak - Kanak online
tudung kanak – Kanak online

Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk membudayakan pemakaian tudung dalam kehidupan anak dan keluarga kita sejak dari kecil lagi, agar kewajipan memakai tudung ini tersemai kukuh didalam jiwa mereka. Insyaallah, ia merupakan salah satu cara membina ummah yang kuat dan patuh kepada Allah SWT kerana keluargalah merupakan tunjang kepada kekuatan sesuatu ummah.

Kebaikan adalah fitrah. Maka biasakan anak bertudung dan berasa gembira untuk bertudung. Membeli tudung yang sesuai dan cantik adalah sesuatu yang baik untuk memulakan misi ini.

Tunjukkan cermin kepada anak ketika bertudung, mengambil gambarnya bertudung dan memuji kesolehannya dalam mengerjakan perintah Allah dan katakan mereka tentu disayangi Allah. Elakkan pemaksaan terhadap anak kerana ia akan merasa tertekan untuk bertudung kerana rasa panas, berpeluh dan merimaskan.

tudung kanak-kanak online.
tudung kanak-kanak online.

Nak cari tudung comel-comel ni tak susah sekarang ni kerana tudung kanak-kanak online banyak dijual. Online shop macam TudungSiComel.com sedia menjual aneka tudung yang berkualiti dan cantik.

Cukup senang kepada ibu bapa yang sibuk dan mempunyai jadual masa yang ketat.

Lagipun menurut pemilik online shop tersebut, tujuan utama tertubuhnya TudungSiComel.com adalah sebagai usaha untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda kepada masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Apa yang menarik buat masa sekarang adalah mereka mengadakan promosi tudung pada harga “super duper istimewa”. Klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut

Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Salam ceria.. =)

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.