7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1.1K Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Shaa
Shaa
7 bulan yang lalu

Terima kasih kepada dia yang telah berjaya membuka hati saya ? Dan buat saya percaya dan menunggunya .. dan saya berdoa kepada Allah semoga di beri petunjuk akhirnya satu persatu dan dia selalu menyakitkan hati dan perasaan saya :) Allah je tahu apa yang saya rasa ..saya maafkan dia buang ego beri banyak peluang tapi dia masih sakitkan hati saya ..sumpah saya kecewa dengan dia kerana lebih pentingkan hati dan perasaan dia sahaja .

Si Pendiam
Si Pendiam
9 bulan yang lalu

Dia mengajar saya utk jatuh cinta dikala dia mencintai yang lain.Dia juga ajar tentang patah hati.Layan mcm acuh tak acuh.Curang dalam diam.Menyakiti dalam suram.Sosokan seakan pendiam dan ayu tapi pendiamnya seakan ubi berisi.Cinta tidak boleh dipaksa dan tidak mesti memiliki.Cinta hadir saat manusia dalam kesedihan yang sedang mengharapkan harapan manusia tapi manusia lupa cinta pada pencipta.Apa yang saya pelajari ketika bercinta,jgn terlalu memberi harapan yang tinggi kerana akan dikecewa kemudian hari.Ingat,jadi la baik dimata org yang tepat.KIta tidak salah mencintai ssorg tapi kita mencintai org yg salah.

Nor
Nor
9 bulan yang lalu

Saya masih lagi bercinta.. Masih lagi menyayangi nya.. Tapi sangat sakit bersamanya.. Saya sudah cuba solat doa. Ke masjid pergi kuliah tapi saya masih lagi tak punya kekuatan untuk melupakan nya. Hari hari saya menagih cinta dari nya.. Hari hari saya wsup.. Saya video call.. Dia menjawab tapi macam marah2. Saya datang jumpa dengan nya dia tidak seperti sebelum ini.. Dia benar benar tidak me layan saya.. Ya allah saya benar benar tidak kuat untuk lupakan dia.. Saya tak boleh nak kerja.. Saya dah berenti kerja.Saya sangat tertekan dan tidak mampu untuk berfikir lagi. Saya tinggal kan keluarga untuk dia.
Dia kuat cemburu. Kalau bekas suami saya wsup saya tentang anak2 pun dia marah merajuk.. Tapi kini kenapa dia tak pedulikan saya lagi.. Hilang semua sikap baik nya terhadap saya. Kalau 3minggu yang lalu sikap peduli mengambil berat, penyayang. Kasih pada saya sangat ditunjukkan.. Kenapa kini dia berubah sangat2.. Apa harus saya buat lagi.

Nor
Nor
1 tahun yang lalu

Bagi ku mencintai dan dicintai itu lumrah namun tidak semua hubungan mendapat tempat sampai berhujung pelaminan kadang kita harus lebih matang lagi menerima ujian Allah SWT ini mungkin dia bukan lah yang terbaik maka dengan sebab itu Allah SWT memisahkan kamu berdua melalui orang tua anda sendiri ingat Allah is the best planner insyaallah aamiin

Muhammad Taufiq
Muhammad Taufiq
Reply to  Nor
8 bulan yang lalu

Sye bru rsa skit hri ni

Eliatun
Eliatun
1 tahun yang lalu

Bagaiman cara kita agar tidak terllu mencintai suami kita

Saiful
Saiful
1 tahun yang lalu

Saya juga ambil masa hingga 5tahun untuk move on n sangat struggle dalam tmpoh yg lama telah mmbuatkan hati sya trtutup untuk bercinta lagi..
Tetapi Allah Maha Penyayang..dngn RAHMAT dan NIKMAT dari-Nya, keceriaan hidup sya BERSINAR kembali..Alhamdulillah..,
Dan sekarang hati sya trbuka luas untuk tempatkan seseorang wanita yg ikhlas boleh trima sya..
HARAP DIPERTEMUKAN dngan seorang wanita yang SUDI BERKONGSI HIDUP dunia n akhirat..Aminn~~~~

Masih single & Sedang mencari…….

Hana
Hana
Reply to  Saiful
4 bulan yang lalu

Sama kisah awak dan saya😭

Ally
Ally
2 tahun yang lalu

Mulanya hanya bersahabat lama kelamaan makin sukakan si dia..dia tahu tapi dia ckp jgn terlalu berharap..dia juga yg bagi harapan..lalu dia pergi tanpa khabar berita..di saat cuba melupakan si dia..dia kembali dlm hidup setelah lama menghilangkan diri..


Last edited 2 tahun yang lalu by Ally
Firdaus
Firdaus
2 tahun yang lalu

Tak direstui keluarga ,harap ada hikmah disebaliknya,inshallah

Ben
Ben
2 tahun yang lalu

Terima kasih, ini mmg cara baik

mohmad khairuddn
mohmad khairuddn
3 tahun yang lalu

hi mana saya mohamad khairuddin bin anuar saye ade pengalaman macam orang yang
saya suka tapi orang yang saye suka sangat sangat tak nampak yang saya ni orang yang setia dan dier ingatkan saye suka memainkan dan sakitkan orang lain tapi tak.

saya punya orang saye tidak suka menyakitkan atau meninggalkan orang yang saya suka kalau saya suka seseorang itu saya akan bersama hingga akhir hayat saye
dan kau susah senang tetap bersama dan tak akan tinggal kan sesiape pon