17 Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami

menambat hati suami
menambat hati suami sesuatu yang sukar dilaksananakan? * photo by xaliaz

Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri..

.. namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.

Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi.

Tidak, jangan melulu menyalahkan suami.

Mungkin anda jugalah penyebabnya.

Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya.

Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:


1. Mengambil berat tentang penampilan suami

Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya.

Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.

Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.

Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari.

Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu.

Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.

Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari.

Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.

Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.

Ini bukan hendak menjadikan anda hamba.

Sesetengah isteri memang merasakan begitu.

Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis,

Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”


2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil

Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?

Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu.

Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’.

Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru.

Minta dia tunggu sebentar.

Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.


3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami

kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan.

Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.

Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman.

Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.

Rugi ke senyum?


4. Layan suami seperti raja

Sesetengah suami suka dilayani seperti raja.

Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali.

Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.


5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami

Lelaki kadang-kadang suka dipuji.

Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya.

Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami.

Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu.

Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”

Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.


6. Jangan berleter!

Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya.

Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga.

Mana ada suami yang suka isterinya berleter.


7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan

Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing.

Ini pun ada disebut dalam hadis.

Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.

Thabit al-Banni berkata,

Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya.

Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan.

Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu.

Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”

Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur.

Baca artikel ini berkenaan menambat hati suami melalui perutnya.


8. Tingkatkan ilmu pengetahuan

Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi.

Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi.

Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa.

Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri  yang berstatus begini.

Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.


9. Jangan terlalu kuat membangkang

Jangan kuat membangkang pendapat suami.

Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang.

Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu.

Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.

Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja.

Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri.

Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami.

Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.

Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat.

Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.


10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran

Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran.

Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku.

Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.


11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan

Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.

Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.


12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif

Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.

Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi.

Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya.

Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini.

Berikan warna-warna yang digemari oleh suami.

Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.


13. Elakkan gangguan

Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu.

Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur.

Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal.

Kecilkan suara tv.


14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada

Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada.

Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri.

Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat.

Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.


15. Jangan kuat merajuk

Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah.

Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.

Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk.

Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?


16. Beri pendapat bila ditanya sahaja

Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan.

Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram.

Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.


17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami

Selalu merangsang prestasinya.

Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu.

Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi.

Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.


Penutup:

Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami.

Semuanya memainkan peranan yang penting.

Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.

Mungkin saranan-saranan diatas dirasakan tidak sesuai dan sukar dilaksanakan oleh anda.

Mungkin juga anda merasakan tidak adil kerana mengapa wanita sahaja yang harus membuat semua ini?

Mungkin ada terdapat satu dua point diatas anda tidak bersetuju kerana anda juga penat bekerja seperti suami.

Jangan risau, artikel seterusnya saya akan menulis pula peranan seorang suami kepada isterinya dalam rumahtangga Islam.


Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri yang ingin disuarakan kepada kami.

Tinggalkan pandangan anda diruang komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

108 thoughts on “17 Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami”

  1. Sy lakukan apa yg trtera tapi suami tetap brhubung dgn wanita lain d belakang sy,bohongi sy..smua sy tahu tapi sy simpan dan pedam,sy telan sbb sy syangkan rmhtangga sy dan stiapnhr brdoa smoga Allah lindungi Masjid yh sy bina ini dari sbrng kemusnahan..

    Reply
  2. Alhamdulillah setakat ni kami bahagia dgn saling memahami antara satu sama lain…suami agak busy dgn Keje …kadang” x sempat nk makan malam bersama buru” pergi kerja panggilan kecemasan dri bossnya …doakan kami kekal bahagia dunia akhirat ?? Aamiin

    Reply
  3. Bapa saya selalu marah ibu saya.Dan saya berasa sangat kesian.Apa perlu saya buat.??? .Saya sangat sedih.Hmm….

    Reply
  4. Kebelakangan ni, suami makin xmesra seperti dulu.. Saya nmpk perubahan dia tapi bila disoal dia nafikan sedangkan saya dpt merasakan ada sesuatu yg dia sembunyikan… ‘Dlm ikatan perkahwinan, tiada rahsia antara kami’. Itu yg dia pesan selepas akadnikah.

    Reply
    • sama la,suami dingin dn pernah 1 hr tu dia smpai katakan bwa haluan masing2..shrian sy nangis,sy solat meraung mohon dgn Allah smoga MASJID yg sy bina ini x runtuh bg2 saja..Alhmdulilah blk kerja,suami pujuk dan minta maaf..skrg ni stiap solat sy doa semoga hati suami x brbelah bagi dan setia pada sy dan perkahwinan kami yg kami dirikan kerna mncari keredhan Allah..smoga Allah perkenankan doa sy,Aamiin..

      Reply
  5. Kerana penulis nya, lelaki.. Haha.. Wahai isteri, buat lah sebaiknya untuk mendapat keredhaan Allah..

    Reply
  6. Assalamualaikum wbt
    boleh ulas tentang tip menjaga suami yg mhidap sakit keronik
    berkahwin menerimanya seadanya dan terima suami sebagai pesakit kronik sebelum bnikah.terimalah kasih

    Reply
  7. Alhamdulillah. My wife has all above mentioned qualities.. I’m the one who work day n night for living and I’m the one who always wash clothes, wash dishes as well as cleaning toilet at home. Always being compared with her ex bfs. In 9 years being told thousands time that I’m dark skinned… I still don’t know why she had chosen me as a life partner since she likes handsome and wealthy man. Habit using FB in the bedroom hurt me most.
     
     

    Reply
  8. salam… sy ada masalah dimana suami sy seorg yg x suke bermanja..apatah lg nk gosok rambut utk sy dpt pahala..nk tdur ats dada,nnt dia berpaling punggung…kalau bersama untung nasib smggu skali..tp kali ni 1bulan tdo berpaling punggung… sy tkut ada org lain tp sy check selalu alhmdllh tiada meragukan… kdg mlm2 sy nangis sorg2… sy solat pon doa dekat Allah spya Allah tunjuk ala yg perlu sy buat..sblm tdo pon sy xpenah x mandi dlu..mesti wangi2 dlu… kdg sy fikir,sy x cntik mcm kwn2 dia sblm ni agaknya..sebak hati rasa ?? tp sy syukur Allah bg sy cukup sifat alhmdllh… tp sy mmg x cntik…

    Reply
  9. Assalamualaikom.bagaimana cara nya kita nk pikat hati suami kita dalam bilik tidur,setiap kali bila seorang isteri ingin dimanja banyak sangat alasan yg diberi

    Reply
    • Jangan khuatir puan, puan buat kerana allah sahaja, jangan mengharap redha manusia, harapkan redha Allah. Jgn terkesan dgn kata-kata ataupun manusia, tapi terkesan lah dgn teguran dari Allah. Teruskan je usaha murni puan tu, cuma tukar niat je nak impresskan allah bukan suami. Harap bermanfaat.

      Reply
  10. Sy isteri kedua tanpa pengetahuan isteri pertama, kadangx sikap suami sy kurang adil, sy bnyak mengalah demi mengelak pergaduhan. Tp bila dia brsama sy, dia bnyak buang masa pada main hp. Bila di tegur suami sy mula melenting, kadangx ngajuk kuar rumah nk balik ke rumah isteri pertama. Bila dia blik d rumah isteri prtama, sy xblh chat or brhbung lg dgn suami sy sebab takut katoi dgn isteri pertama.. Apa harus sy lakukan dalam situasi sebegini..???? ???

    Reply
  11. Dah taktahu nak cuba cara apa lagi. Suami tetap berkeras hati dah macam tak peduli kan saya. Nak lepaskan saya hujung bulan ni. Dah masuk sebulan saya gantung tak bertali. Bergaduh biasa dalam rumahtangga tapi kalini dia terlalu marah sampaikan dah benci katanya . Bukan sekejap masa dah 3tahun berkahwin anak sorang. Sebelum tiba masa tu saya doa dan usaha agar hati dia lembut. Doakan saya terus kuat dan sabar. آمِيـنَ

    Reply
  12. Macam extreme sangat je cara-cara ni. Kalau suami tidur tak suka anak bising, then siapa kena senyapkan anak tu? Jaga anak-anak tanggungjawab isteri je ke? Kenapa kita tak boleh kongsi pendapat? Kalau jenis suami abusive control habis, tak kan perempuan nak senyap je?
    Artikel macam ni la punca ramai perempuan yang jadi mangsa keganasan rumah tangga senyap dan salahkan diri sendiri je daripada minta tolong. Bahaya betul

    Reply
    • Tapi, bukankah kite sebagai isteri perlu menyenangkan hatinya dulu? Then, bila sudah dia senang. Dengan cara indah dan cantik ler kite tanya kat si suami tuu.. Senyum2 la bertanya keadaannya, “u memang letih sangat kan abbi? nampak ketara la dari dahi yang berkerut tu.. boleh gambar buat post dekat IG?” then gurau2 sikit bla bla bla lepas tu baru la u boleh bagitau dengan dia keadaan awak dari pagi kemalam. Tapi aku memang sikap, asal bercerita dengan suami aku.. Memang aku record voice dengan hp. So, aku dapat tau bagaimana nada aku waktu tu. then ubah keesokkan harinya.. Sebabkan… Firsttime aku dengar balik voice record aku tu, aku meroyan macam anak-anak aku ni adalah beban bagi aku… selepas hari tu, aku sayang anak-anak aku betul2. tak mau ada fikiran sepertinya mereka ni adalah beban untuk aku.. harap akak faham ye. Jangan salahkan admin yang buat artikel ni, memang sebenarnya “Syaitan” yang ingin kita melihat semuanya sebagai satu keburukan. Tengok saja suami senang, sakit hati macam nak marah. Dengar saja anak bising, dah give up nak diamkan.. Memang dari pandangan orang selain dari kite, dorang akan anggap sepertinya aku

      Reply
    • Betul.. Sya sokong jawapan akak ni. Asyik kita aje yg kena buat peranan, suami pun kena peka dlm hal ni. Lagi2 untuk suri ruma tangga sepenuh masa. Nak kluar ngn kawan, tk bole.. Katanye bole timbul fitnah, tapi bila dia kluar dengan kawan, bole aje. Kita sentiasa aje kat uma. Suami pun kena terima jugak la kalau istri berleter, apa lah sangat berleter istri nak bandingkan zuriat yg kita lahirkan dari nye..

      Reply
  13. Hai, nak tanya mCamna dgan suami yg berkawan dgan perempuan, walaupun isteri suda tau mereka berkawan tapi bolehka isteri melarang drpada berkawan atau berjumpa nya?

    Reply
  14. Kebanyakkan tanggungjawab letak atas bahu bini.. Termasuk hal untuk menceriakan suasana.. Bila dilontar topik asyik dikata bosan bosan bosan.. Takde topik takde topik.. Apa yang suami nakkan sebenarnya?? Bila ditanya diletak lagi atas bahu ni suruh kita carikan topik.. Boleh share tak topik untuk berbual dengan suami?? Hubungan kami suram gila.. Rasa macam takde laki pun ade ni

    Reply
    • aku dulu memang macam tu, nasib baik suami aku ni straight forward and dia faham camne untuk explain kat aku.. Ini simple je, aku terfikir satu ketika dulu…

      “KENAPA KAH AKU SELALU RASA MACAM NI? BOLEH KAH HILANG RASA BERAT TANGGUNG JAWAB AKU SEBAGAI ISTERI & MAMA”

      MasyaAllah, apa bila aku dengar sendiri soalan aku pada diriku waktu itu.. macam aku ni orang yang tidak pernah cukup dan tidak tahu bersyukur.. Also, kenapa pula aku berfikir tentang perkara yang buruk dan bukan pula melihat dari perspective yang baiknya pada hari tu.. Contoh aku sekarang semakin bersyukur apa bila dapat lihat suami aku balik rumah.. Sebab, macam2 berita diluar sana ada accident kereta, ada mati kena bunuh dan sebagainya. jadi, aku pun mula bersyukur dapat bermesra dengan anak-anak kerana aku masih ada suami hidup dan sehat. sebab, aku tengok jiran aku ni yang tak ada suami menjaga 3 orang anak dan dia perlu bekerja untuk membagi makan anak2nya..

      Mungkin Allah ada bagi petunjuk, kita tak ambil petunjuk itu betul2 sebab otak kite sentiasa melayan perkara negatif.

      Reply
  15. Good point, alhamdulillah. Jaga lah suami sebaik2nya, suami ni klu semua kita dah bagi kat dia segala jiwa raga diserahkan pada dia, in syaa Allah dia sendiri akan jadikan kita ni permaisuri dia.. Alhamdulillah suami akak sangat sayangkan akak.. semoga Allah memberkati hubungan kami hingga ke jannah.. aamiin

    Reply
  16. sebenarnya ada juga isteri yg dah tunaikan tanggungjwb sebaiknya tp suami masih jugak curang.cth mcm sy dah cuba perbaikki diri luar dan dlm tp suami masih x peduli n sibuk cari luar.kecewa sgt hati ini bila susah bersama sy tp bila senang sekelip mata dia lupakn sy.

    Reply
  17. sya nak tanya.. Abis kalau semua nak kluar tak kan tak boleh menanya.. kerana tu adlh hak kita utk tahu dn jaga smua.. tp tnye pun kene ada cara.. jgn tnjuk mcm control sgt.. tp mmg hak kita isteri utk nanya kan.. bkn berleter abis xkan nak pendam je sakit sendiri sbb nak tahu dia g mana dgn spe knp balik lambat.. tup2 nangis sendiri kt dlm bilik air kan.
    tp untung lah kalau si suami beritahu wlaupun x di tanya

    Reply

Leave a Comment