Benarkah Susahnya Menjadi Wanita Yang Muslimah?

wanita
wanita

Susahnya Menjadi Wanita Islam

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan susahnya jadi wanita muslimah,

Mereka  mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.

Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!


Persoalan #1

Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita.

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik.

Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi?

Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!

Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?

Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Persoalan #2

Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa?

Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga.

Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami.

Kenapa awak perlu taat pada suami?

Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Persoalan #3

Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!

Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki?

Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami.

Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya.

Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Persoalan #4

Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak!

Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.

Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”


Persoalan #5

Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita.

Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.

Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki!

Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Persoalan #6

Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah.

Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Persoalan #7

“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga?

Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai.

Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara.

Apa itu?

Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi?

Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Sebenarnya, Apa Lagi Yang Awak Mahu, Wahai Kaum Hawa?

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah.

Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti..

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

9 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Wulan
Wulan
6 tahun yang lalu

Masyaallah, bagus sangat artikelnya. Assalamu’alaikum warahmatullaah wabarakatuh, salam dari Indonesia. Kena bagi ilmu tulis artikel akhy, krna saya suka menulis????

wana
wana
8 tahun yang lalu

Bagus sangat artikel. Thanks for admin :)

gegirl
gegirl
8 tahun yang lalu

Mengapa perempuan dilihat paling ramai diNeraka (Peristiwa Israk Mikraj), padahal lelaki ramai melalaikan tanggungjawab yang menyebabkan wanita bentak & makan hati. Walhal banyak juga wanita amat redho/sabar akan perangai lelaki yg tidak baik ini. Adakah kerana isteri tidak puas hati akan perangai suami, isteri akan merungut (lumrah wanita, meluahkan perasaan…takan nak tadah apa suami buat kat isteri) maka terjerumus kan isteri keneraka? Bahkan, lihat sahaja di penjara dunia paling ramai kaum lelaki.

Berkenaan hukum faraid, isteri dapat sedikit jika kematian suami :
Benar, memang kedengarannya untuk isteri belanja seorang (tak perlu kongsi). Tapi mana ada ibu tergamak membiarkan anak2 hidup kekurangan, sara hidup lagi. Walhal bahagian anak itu purely for them. Bagaimana pula suri rumah yg tiada pendapatan. Syukurlah jika mendapat suami baru yg baik & wali2 yg sanggup memelihara anak2 yatim tersebut. Bukan mempertikaikan hukum Allah, cuma manusia hanya tau mengambil hukum yg menguntungkan mereka sahaja.

Diharap dapat memberi penjelasan ini.

eli
eli
11 tahun yang lalu

izi share ya sist… :)

eli
eli
11 tahun yang lalu

izin share ya…..? :)

cik suria
cik suria
11 tahun yang lalu

bos, ana amek article ni utk jadi baseline program ana boleh? program utk mendidik wanita bersyukur dilahirkan menjadi wanita. Doakan ana program ni berjaya.
Thanks. :)

ika_shi
ika_shi
12 tahun yang lalu

salam…mnrk blog awk..sya nk tny sikit ley??apa pndngn awk mengenai kapel??awk ad x tips atau nasiht yg boleh saya gune utk mengekalkan satu hbgn tnpe kapel??..tq ye..salam

lydia
lydia
Reply to  Muhamad Naim
10 tahun yang lalu

Ape yang dtulis mmg telah kita ketahui wanita yang telah bergelar isteri perlu taat pada suami. Tapi suami bagaimana yang perlu di taat? Sekira suami terlalu ego serta tidak boleh ditegur dan tdk blh di bw berbincang… bagaimana si isteri perlu bertahan. Sehingga memberi kesan tekanan emosi dgn tdkn suami. Dari hadis nabi ada menyebut sebaik baik lelaki adlh yang baik terhdp isterinya. Mohon sis blh memberi pencerahan.