Single.Bertunang.Berkahwin – Setiap Hubungan Itu Ada Halangannya

 

bertunang
Bertunang | Promise ring by hilarymaex33

Buat tatapan para pembaca yang single.. bertunang dan berkahwin..

Single
“Ah! bosan tol single,hp xde org text,hp baling ke laut je r!!”

Bertunang
“Ah! nak kawen belum cukup modal!!”

Berkahwin
“Mana dengan bil-bil, mana dengan makan hari-hari, belanja transport anak-anak pula!!!”

Bila kita renung semula, setiap apa yang berlaku dengan kita semuanya ada sebab yang tersembunyi dan kita tidak ketahui. Mungkin orang yang berkahwin sekarang merasakan mereka inginkan kehidupan yang single. Tapi orang yang bertunang pula tak sabar nak kahwin.

Namun pernah ke tidak kita berfikir kenapa setiap hubungan itu ada halangannya masing-masing?? Kenapa kita? mengapa kita?

Sebab Allah nak uji sejauhmana kita bersabar, jadi seorang yang ikhlas. Hanya Allah yang tahu sama ada kita sudah bersedia atau tidak!

Tapi sejujurnya Allah sangat tidak menyukai hambanya yang memilih untuk sentiasa berseorangan “single”.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

surah ar Rum ayat 21 

Pasangan Bertunang

Ingin saya ingatkan di sini Allah mencipta kita berpasangan terpulang pada kita untuk memperbetulkan bagaimana. Bagi pasangan yang bertunang belajar untuk saling menerima dan memahami.

Konteks lebih tepat bukan hanya menerima dan memahami pasangan sahaja tetapi juga keluarga pasangan. Walaupun hakikatnya sukar tetapi belajar untuk memahami dan saling menghormati itu penting.

 

Bagi lelaki, jangan hanya inginkan perempuan memahami keluarga lelaki tetapi menjadi satu kewajiban lelaki untuk memahami keluarga perempuan juga.

Bukan apa, jadi bakal suami ini kita perlu tunjukkan keikhlasan dan tanda kita menghormati keluarga perempuan agar ibubapa perempuan lebih berkeyakinan kita mampu untuk menjaga dan mendidik anak mereka.

Begitu juga dengan perempuan, JANGAN bila sudah mempunyai keluarga yang baru keluarga yang membesarkan dan mendidik kita dari kecil ditinggalkan. Walaupun dalam apa keadaan sekalipun.

 

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

surah an nisaa’ ayat 36 

 

Bagi yang telah berkahwin, apa sekalipun ujian dan cubaan Allah berikan bersabarlah dan ikhlas menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hidup ini tidak sempurna dan yang sempurna hanya Allah.

Kita hanya mampu menjadi perancang tetapi rancangan Allah sebaik-baiknya rancangan. Allahualam. In sha Allah keluarga sakinah itu datang dari diri kita sejauhmana kita mengkehendakinya sejauh itu kita perlu berusaha kepada-Nya.

****

Hidup jangan seperti mendaki gunung tapi separuh jalan, melihat lautan hanya pada permukaan. Tapi jadilah manusia yang mendaki gunung hingga ke atas kerana pandangannya Ya Allah indahnya ciptaan-Nya. Begitu juga lautan, bila kita masuk ke dasarnya, Ya Allah…

Begitulah rencah kehidupan hanya dipandang tanpa penghayatan sama dengan hidup tanpa pedoman! fikirkan…

 

****

Artikel ini adalah perkongsian artikel daripada  (Blog Effa | Emel) ke inbox akuislam.com. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca, Insyaallah =)

Sebarang komen dan pandangan daripada pembaca terhadap artikel adalah sangat dialu-alukan pada ruangan dibawah 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

11 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
bob
bob
9 tahun yang lalu

Saya sudah bertunang dan merancang untuk berkhawin tahun depan..tetapi baru2 ini bakal isteri saya telah membuat keputusan untuk tidak akan berkhawin pada masa terdekat kerana die telah menerima tawaran sebagai polis berpangkat..dan ia mengatakan juga ia akan fokus pada kerjayanya dan tidak mahu berkhawin..saya sungguh kecewa dengan apa keputusan yang dibuat itu..sekarang saya umpama tergantung..tidak tahu kesudahan tetapi saya redha dengan apa yang terjadi

Yani
Yani
9 tahun yang lalu

Salam..saya telah berkenalan dgn seseorg dan dia telah menjadi tunangan org bukan atas pilihan hati. Kami masih saling berhubung lagi seperti biasa dan tiada ape yg berubah. Adakah tindakan saya salah? Kami saling berharap akan berlaku keajaiban agar kami dipertemukan jodoh..

athira
athira
10 tahun yang lalu

Sekarang saya rasa agak hampa. 6 bulan lalu saya kenal seorang lelaki. Bulan lalu, dia ajak bertunang 3 bulan lagi. Saya terkejut sebab kami masih baru kenal. Tapi dia yakinkan saya, semuanya baik baik saja, jadi saya setuju. Saya rasakan dia betul serious dengan saya. Tapi 3 hari lepas, dia tanya pendapat saya kalau kami bertunang tahun depan sahaja. Dia tiba tiba rasa gementar. Apa maksud dia ye? Saya rasa hampa. Rasa macam dia masih ragu ragu dengan saya. Saya tak tahu, mungkin saya terlalu banyak berfikir hingga fikir yang bukan bukan. Saya diamkan diri waktu dia bagitahu saya, call dia saya tak jawab, msj dia saya tak balas. Saya habiskan masa berfikir apa yang sebenarnya dia rasa. Tapi saya masih tak tahu. Dia msj, jgn tinggalkan dia. Dia tak boleh kehilangan saya. Tapi kalau dia sayang saya, kenapa dia masih ragu ragu?

effa arabi
effa arabi
Reply to  athira
10 tahun yang lalu

Ni hnya pandangan sy…mohon jgn terasa….buat istikarah….tp jgn cpt buat kptsn utk memilih…jika bkn dia…pasti ada yg lbih baik…..

nurul
nurul
Reply to  athira
9 tahun yang lalu

Assalammualaikum. Bg saya. Lelaki yg mmberi pelbagai alasan ini ada sesuatu yg die sorokkan. Mengikut pengalaman.

siti
siti
10 tahun yang lalu

sy masih single..sy jenis xkawan dgn lelaki..kerna itu skrg masih single..patutkan sy merendahkn harga diri ni..artikel ini kurang bagus, kerna buka kami yg single ni memilih utk single, tp xde yg dtg…xde yg sesuai..

Siti Juma
Siti Juma
Reply to  siti
10 tahun yang lalu

Saya merasai pe yg kamu rasa siti..dan kerna saya tk pernah melalui alam percintaain saya dipermainkan..kdg2 tertanya mengapa ia berlaku terhadap ku..

mas
mas
Reply to  siti
9 tahun yang lalu

Saya setuju dgn cik siti..
Sy tak fikir ayat “Allah sangat tidak menyukai org yg memilih utk single” itu wajar. Kalau mmg begitu pandangan Allah, maka saya fikir Dia tidak adil terhadap sy dn rakan2 seperti sy – kami tidak bercinta, walaupun cinta monyet, kerana kami pemalu. Dan tiada yg meminang kami kerana “tak nampak” kami – perlukah kami buat billboard utk iklankan diri kami?

Berhati2 mengarang ayat.
Saya yakin Allah tak berpandangan begitu terhadap golongan spt sy dan cik siti kerana Dia aturkan keadaan kami begini atas sebab2 yang sangat munasabah, sekurang2nya sbg ujian kpd kami dan kpd org2 yang tak pernah berada di tempat kami..

as
as
Reply to  siti
9 tahun yang lalu

saya sama seperti kalian. tak pandai berkawan dgn lelaki mahupun punya kawan lelaki… bukan sebab memilih untuk single mahupun anti lelaki… Tapi tiada yang mendekati. Hanya Allah Maha Mengetahui

nanie
nanie
10 tahun yang lalu

alhamdulillah sy da rasa zaman bercinta, bertunang dan berkahwin. sekrang allah uji pula dengan perpisahan. bagi nanie, bila allah uji kta,pasti ada kesilapan yg kita buat dulu,. nanie banyakkan perbaiki diri dan muhasabah diri sndiri sblm nak mnyalahkan org lain.

salam ukhuwah dr nanie :)

effa
effa
Reply to  nanie
10 tahun yang lalu

yelah pertama kita kena muhasabah diri, kemudian perbaiki dan istiqamoh.. tipu kalau saya tak lalui..tapi kita kena ada cara untuk perbetulkan keadaan tu kan?.. setiap yg berlaku tu selalunya datang dari kita.

salam ukhuwah dr Effa.. terima kasih ^_^