Sering Ragu-Ragu Membuat Keputusan?

pilihan
All of us has a choice. To go as all or go on Your own way, don’t follow the crowd! Make the right decision =)

Hidup adalah pilihan. Setiap pilihan pasti ada risikonya.

Kekuatan kita adalah pada pertimbangan yang matang.

Jangan menjadikan diri sebagai seorang yang bersikap ragu-ragu, kerana mereka yang bersikap ragu-ragu hanya akan membuahkan rasa bingung.

Dan semua orang juga akan sepakat bahawa menjadi bingung itu tidak baik dalam kehidupan.

Pelajarilah setiap tawaran yang datang dalam dalam hidup.

Walau apapun aspek kehidupan yang dicakupinya, baik pekerjaan, persekolahan, pernikahan dan bahakan perkara-perkara yang mudah seperti belanja di pasar semuanya pasti akan menawarkan pilihan yang menuntut kita untuk bijak dalam memilih.

Belajarlah untuk berfikir dari segala aspek, lantas menjadi dewasa dengan sudut pandang yang berbeza.

Mencuba untuk memahami pilihan orang dan berani menentukan pilihan sendiri adalah salah satu sikap yang harus ada pada kita untuk meneruskan kehidupan dengan lebih yakin. 

 

Jangan Ragu & Belajar Menjadi Lebih Komited

Ada banyak janji yang telah kita buat. Salah satunya adalah janji terhadap diri sendiri.

Namun sejarah mungkin mencatat bahawa dalam banyak-banyak janji yang di lafazkan dalam hidup manusia, janji terhadap diri sendirilah yang sering diabaikan.

Egolah yang selama ini menjadi penyebab.

Ingatlah betapa janji adalah hutang dan hutang harus dibayar waima janji pada diri sendiri. 

Oleh itu, marilah kita belajar untuk cuba menepati apa yang sudah dijanjikan.

Jangan cuba melupakan, atau sengaja untuk tidak ditepati, kerana itu tidak cukup mengasyikkan. 

Didiklah jiwa untuk setia dengan janjinya.

Biarkan diri kita merasai kehebatan lantaran telah berjaya menepati janji sampai mati.

Tidak perlu ada pengkhianatan, atau pembohongan terhadap janji yang mungkin akan membuat sakit hati.

Live well or live hell, you choose – Hlovate  

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments