Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?

putus cinta
Bagaimana mengubat rasa putus cinta?

Istilah ini sering kita dengari bukan?

Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini.

Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta.

Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini.

Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”.

Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?

 

Sakitnya Rasa Putus Cinta!

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya.

Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat..

.. namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit bukan?

Ya, saya juga seperti anda.

Pernah melalui semua ini.

Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini.

Putus cintaΒ itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian.

Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?

KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.

Cinta itu satu fitrah.

Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini.

Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi.

Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.

Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini.

Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari.

Bukan kah ini satu pembaziran?

Inilah fenomena cinta masa kini.

Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita?

Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan?

Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu.

Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.

Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam.

Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

 

Kemudian, Apa Perlu Buat Jika Putus Cinta?

Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit.

Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi.

Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?

Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?

Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji.

Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah.

muslimah high classTetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita.

Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.

Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau.

Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah.

Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah.

Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah.

Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.

Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita.

Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu.

Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita.

Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.

Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini.

Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu.

Tapi, jangan pula berlarutan.

Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.

 

Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan

Sedih dan kecewa itu perkara biasa.

Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya.

Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua.

Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya.

Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan.

Semua ini tak mudah.

Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?

Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?

menyakitkan hati

Seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita.

Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”.

Ya, ikhlas lah.

Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini.

Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan.

Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.

Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita.

 

Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita?

Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya?

Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.

Jika anda bertanya, Mengapa?

Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui.

Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya.

Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.

Jagalah hubungan kita dengan Allah, banyakkan zikir.

Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita.

Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan.

Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita.

Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai.

Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.

Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga?

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Demi Cinta

Ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.

Peganglah pada janji-janji Allah.

Dia sentiasa dekat dengan kita.

Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Β Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

β€” Surah At-Talaq ayat 2-3.


Artikel ini adalah perkongsian daripada Haziyatul Najihah Hasin ke inbox emel kami. Semoga memberi kebaikan dan manfaat kepada semua..

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

147 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum, pada pagi Jumaat 12.11.2021, dia call saya dan bagitahu yang esuknya (sabtu) dia akan jadi suami orang. I’m Speechless

Nadia
Nadia
3 tahun yang lalu

Saya bru putus cinta sebulan lepas. Gaduh benda yg simple. Dia tuduh saya tak hormat dia. Layan nk xnk. Tahun lepas kitorg penah putus atas sebab yg sama. Tapi saya merayu dekat dia. Mintak peluang. Tapi dia ckp nk kawan2 je. Bila saya dh mula terima hakikat. Sebulan lepas tu dia dtg mintak kembali semula. Disebabkan saya syg lagi. Sya terima dia. Tapi dia kantoi sbb chat dgn bekas ex dia yg lama. Bila sya tnya kenapa buat mcm tu. Dia kata hanya nk sakitkan hati Saya je wktu putus aritu. Tapi saya terima je alasan dia. Tapi bila dh lama sikit. Sya mintak ig pasword dia. Dia marah2 saya. Sedangkan selama ni kami mmg kongsi pasword ig fb. Ttibe dia tuka tak bgitahu. Last2 saya dpt thu dia follow ex dia dekat ig. Dan ex dia Block saya dekat ig. Dh tahun ni. Kami putus atas sebab yg sama. Dia kata saya xberubah perangai. Padahal saya dh cuba jdi yg terbaik utk dia. Dia maki2 saya. Bila sya dh tak tahan dn mintak putus. Dia ckp okay. Dan bru2 ni saya nmpk dia post gmba ex dia dekat ig em. So selama ni bila sya tanya ad chat dgn ex lagi ke. Dia ckp tak maknanya dia tipu lah em. Patutlah benda kecik dia besarkan. Cari salah saya. Serius saya syg sgt2. 5 tahun kami bercinta. Dulu dia byk kali kantoi chat pompuan lain. Semua saya terima je. Bagi peluang. Last2 dia kembali kepada ex dia yg lama hm. Sekarang saya cuba untuk lupakan dia. Bia org buat kita mcm2. Allah ada. Doa byk2. Harap terus tetap tabah hadapi ujian ni.

Angga
Angga
3 tahun yang lalu

Assalamuallaikum saudaraku. Saya Angga dari Indonesia. Semua yang saudara katakan membuma hati saya. Alhamdulillah saya terlahir sebagai Islam namun belum benar diri ini menjalankan islam. Sedikit saya curhat, saya berpacaran 6 tahun lebih bahkan hampir menyentuh 7 tahun. Semuanya berjalan baik baik saja bahkan kita sudah merencanakan masa depan, sampai akhirnya hubungan kita kandas di awal tahun 2021 ini. Pasangan saya memutuskan hubungan ini atas dasat ingin menjadi lebih baik. Sungguh berat hati ini melepaskan dirinya namun setelah beberapa hari berlalu saya berusaha menghilangkan kesediahan saya dan berusaha memantapkan hati saya bahwa Allah rindu dan lebih cinta terhadap saya. Berbagai bacaan agar hati ini kembali ke jalan Allah swt. saya baca dengan maksud agar iman islam saya tetap menyala di balik dosa yang telah saya perbuat, dan Alhamdulillah saya menemui tulisa saudara yang membangkitkan saya. Jujur hati ini masih sakit namun tulisan saudara mengingatkan saya kembali bahwa Allah swt. lah yang telah mengatur semuanya. Jazakallah khairankatsiran. Semoga tulisan saudara menjadi pahala jariyah. Aammiinn.

MAZLINA
MAZLINA
3 tahun yang lalu

saya juga baru putus seminggu yang lalu setelah sebulan mengenali dia.. padahal masa last jumpa 21/12/20 haritu kami elok saja.. selepas malam tuu dia terus diam seribu bahasa hingga la satu hari saya saya ternampak dia letak gambar ws dgn bekas gf dia.. betapa hancur dan kecewanya hati saya.. mesej semua tak reply.. so saya anggap dia tk ikhlas dengan saya.. saya ambik keputusan untuk undur diri drpd terus rasa sakit dan ditipu oleh bayang2 ex-gf dia .. akhir 2020 adalah pengakhiran segalanya dan saya ingin mulakan 2021 dgn sesuatu yang baru.. now saya dlm fasa untuk bangkit semula setelah seminggu dua dalam kesakitan (meskipun agak susah kerana semua benda sekeliling mengingatkan saya pada dia).. semoga allah kuatkan saya untuk bangkit semula..

Last edited 3 tahun yang lalu by MAZLINA
Su
Su
3 tahun yang lalu

Saya dlm persediaan untuk ditinggalkan . Dia krja jauh sngapore . Since pkp sy mmg x dpt jmpa dia . Bulan 3 tahun dpn ckup lah setahun sy x jmpa dia . Sy brtunang bln 8 haritu . Tp dia tkde , fmly niat dtg mrisik tapi tk sngka brtunang . Dan bnde jd x drancang . Dlm mse 14 hari sy settlekan smuanya . Kami mmg plan nk brtunang bln 3/21 lepas dia balik malaysia . Tp bnde jd awal dlu . Tp 4 hari kami gduh besar .selama 5 tahun brcinta dia x pnh kasar dgn sy. Dia x pnh mrh sy . Cuma skali kantoi chat pmpuan lain dan sy bg dia pluang sbb sygkan dia . Dan skrg dia dgn sy dh lama x jmpa . Dlm kami gaduh 4 hari besar dia ckp dia tk mmpu nk truskan hbungan , tp dia ckp dia syg sy . Sy tk rse dia mmpu hncurkan hbungan smta2 tawar hati melainkan dia ad org lain blkang sy . Kami gduh sbb sy mntk pswrd ig dan fb . Selama ni antra kami tkde rhsia . Lepastu dia tukar pswrd tu . Brkali sy mntk dia tk bg . Akhirnya pda 4 hari lepas sy ugut dia yg snggup ke dia ptus dgn sy smta2 xnk bg . Trus dia marah dia ckp sy ckp bnde bodoh . Dlm 5 tahun frst time dia brkasar dgn sy mcm tu . Trus dia block sy . Dan lepas 4 hari sy pjuk dia td . Dia ckp x dpt truskan sbb dia tkut sy sakit trseksa dan kcewa . Alasan apakah itu ? Sy thu dia ad org lain klau x ,xkan mudah mcm tu dia nk buang sy . Selama ni dia smdri ckp yg dia takit hilang sy . Xpelah sy trima sgalanya . Doakan sy kuat ya .

Alif Zafran
Alif Zafran
3 tahun yang lalu

Saya asyik pelik apa yg perlu buat kalau gf saya asyik merajuk tanpa sebab and tibaΒ² minta putus cinta….saya kene sbr ke

K
K
Reply to  Alif Zafran
3 tahun yang lalu

Putuskan saja…tak payah sabar

nurul
nurul
4 tahun yang lalu

saya juga ditinggalkan tanpa sebab yang munasabah.Dulu saya dan dia hubungan kami sangat bahagia jarang bergaduh dan dia juga lelaki yang sangat baik kepada saya.Dia juga adalah cinta pertama saya kerana dulu saya hanya suka seseorang tapi tidak bercinta.Tetapi disebabkan dia mempunyai ramai kawan perempuan yag rapat dengan dia saya takut nk keluar dengan dia disebabkan kawan perempuan dia.Kawan perempuan dia akan menganggap saya sebagai perampas kawan mereka.Pernah suatu ketika kawan perempuan dia bercerita buruk tentang saya kepada orang lain.Saya berasa malu.Jadi saya bertanya kepada dia tentang kenapa kawan-kawan perempuan dia buat saya macam ini.Tetapi dia tidak percaya dengan kata-kata saya dan menggangap saya tipu.Disebabkan hal ini dia meminta break kepada saya tetapi saya berusaha mempertahankan hubungan ini dan kami pun dah berbaik balik.Namun malang tidak berbau setelah berbaik beberapa bulan dia telah memutuskan hubungan ini tanpa sebarang sebab yang munasabah.Saya begitu tertekan dan agak kecewa kerana selama ini dia sering membalas mesej saya hanya sepatah sahaaja;))))))) Apa-apa pun saya akan menjadikan ini sebagai pengajaran kepada saya walaupun saya masih tidak boleh lupakan dia…….

kepada mereka yang masih dalam fasa move on percaya lah ada lagi jodoh yang terbaik untuk anda semua…percaya diri dan percaya ALLAH

dayana
dayana
4 tahun yang lalu

Saya baru ditinggalkan hari ini. Sebenarnya sudah seminggu tetapi saya masih in denial. Hubungan kami sangat bahagia, jarang bergaduh dan dia lelaki yang sangat baik. Saya anggap dia sebagai hikmah dari tuhan selepas dikecewakan dengan teruk 2 tahun lalu. Saya amat mempercayai dia adalah yang terbaik untuk saya malah dia sudah datang berjumpa kedua ibu bapa saya dan memberikan saya cincin tanda. Tetapi benarlah, manusia berubah. Dia meninggalkan saya pada hari anniversary kami sendiri. Malah, kami langsung tidak bergaduh, tiada apa-apa tanda. Tiba tiba sahaja dia mengatakan bahawa dia sudah tawar hati dan mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan. Namun saya sudah dapatkan closure saya sendiri kerana saya sedar bahawa tiada guna merayu pada orang yang tidak sudi. Breaking up sucks but staying in a relationship in which you are no longer loved and appreciated is worse. Saya masih punya harga diri. Sedih memang sedih tapi saya tahu saya tidak boleh menyeksa diri sendiri sedangkan sudah jelas dia tidak sayangkan saya. Langsung tiada hormat pada diri saya sehingga tidak beri apa-apa penjelasan seolah saya tidak ada makna pada dirinya. Saya bersyukur tuhan selamatkan saya dari lelaki pengecut dan tidak matang. To those heavy hearts who are reading this, kuatkan hati dan know your worth. Sedikit cliche but it’s the truth. Banyakkan berdoa. Masa untuk kita re-claim diri sendiri dan focus on your own growth.

anonymous
anonymous
4 tahun yang lalu

Saya baru sahaja ditinggalkan malam Jumaat,dan mengetahui kebenaran pada hari Jumaat yang mulia.Semuanya kerana saya terlalu percaya dan termakan kata-kata manis dia sampaikan kalau rasa kopi itu pahit,taruk mulut dia pun boleh sebab manis sangat?.Memang betul orang kata,don’t judge a book by its cover.Muka baik sesuci malaikat belum tentu hatinya seputih susu.Bahkan,dia siap boleh pasang 4 orang pada masa yang sama.Memang terkilan.Semuanya berkat dua orang rakan saya siasat hal ini dan wajah sebenar dia terbongkar pada hari itu juga.Semuanya disebabkan memilih wanita yang kaya melebihi wanita yang cerdik.Cinta memang membutakan,apatah lagi harta.Mujur mereka berdua tahu,kalau tidak entah apa jadi pada saya akan datang nanti.Rahmat Allah itu luas.Dia lebih menyayangi saya lebih dari lelaki itu?.

Apa-apapun,ia menjadi satu pengajaran bagi saya sampai bila-bila.

Last edited 4 tahun yang lalu by anonymous
Aisyah
Aisyah
4 tahun yang lalu

Alhamdulillah terima kasih untuk artikel ini. Saya sangat memerlukannya. Saya juga baru putus cinta. 5 tahun perkenalan, dia memilih org lain yg baru dikenali selama 2 bulan. Dan selama 2 bulan, rupanya dia curang di blkg saya dgn wanita itu. Saya ingatkan dia putuskan saya hanya kerana kami duduk berjauhan, dan ibunya tidak mahu dgn org yg jauh. Tapi rupa rupanya, dia sudah menjalin hubungan dengan wanita lain. Patut lah semudah itu dia melafazkan kata putus. Sakit dan perit hanya Allah yang tahu. Setiap malam saya nangis, saya tak makan, saya tak boleh tidur. Asalkan tutup mata je, saya duk terbayang dia, kenangan bersama dia. Saya kecewa, sedih, terkilan diperlakukan sebegitu. Adakah saya sudah tiada nilai di mata dia? Alhamdulillah saya mempunyai kawan2 yg supportive, yg selalu mengingatkan saya kepada Allah. Yang banyak memberi kata2 semangat. Dan skrg saya masih di fasa mencuba menerima ketentuan Allah. Walaupun kadang2 saya masih bersedih, tapi perlahan lahan saya cuba untuk bangkit. Saya tahu, saya tak boleh biarkan diri saya terseksa mcm ni. Ini semua ujian drpd Allah agar saya lebih dekat kepada-Nya. Harap semua doakan saya. Saya sedang berusaha utk melupakan dan memperbaiki diri. Saya doakan anda semua juga terus berjuang dan jangan putus asa.