Perjuangan Untuk Berubah Diri Sendiri — Sesuatu Yang Paling Sukar!

Banyak orang yang mengeluh, sulitnya untuk mengubah orang lain. 

Tetapi tahukah wahai saudaraku, bahawa yang paling sulit sebenarnya adalah untuk mengubah diri sendiri.

Bila diri sendiri sukar diubah, apatah lagi  mahu menuntut orang lain untuk berubah?

Perjuangan Untuk Berubah Memang Sukar

Masalahnya, ada juga orang yang sudah ingin berubah, tetapi keadaannya belum membenarkannya untuk berubah.

Ada juga yang sudah mula untuk mengubah perangai  negatifnya, mengubah sifat buruknya, tetapi langsung tidak mendapat penghargaan dan perhatian dari orang terdekat dengannya.

Akibatnya, dia merasa sia-sia berubah diri.

Ada yang berubah secara mendadak dan ada juga yang berubah secara perlahan-lahan.

Ada juga yang berani  mencari perhatian dari sekitarnya, maksud hatinya mahu memberitahu pada dunia kalau dia sudah berubah. Tetapi cemuhan dan kata-kata  sinis yang dihadapinya.

Ada yang akhirnya trauma untuk berubah kerana dikatakan hipokrit.

Kenapa kita harus mencemuh seseorang dahulunya  freehair, sekarang berubah memakai tudung?

Kenapa mahu disindir orang yang dahulunya tidak solat, sudah rajin mengunjungi rumah Allah?

Kenapa?

Yang ingin saya sampaikan di sini adalah, kita harus “Menghargai” perjuangan Untuk Berubah dirinya, dengan memberikan kesempatan padanya untuk memperbaiki dirinya.

Berikan sokongan moral, dan dorongan kepada mereka yang ingin memperbaiki diri, memperbaiki hubungan dengan Tuhan dan seterusnya ‘hubungan’ yang kurang harmoni menjadi hubungan yang jauh lebih mesra.

Berikan kesempatan bagi mereka yang ingin menjalin kembali tali-tali persahabatan yang telah putus.

Mudah untuk mencari musuh, tetapi sulit untuk mencari sahabat.

Mudah mencari pasangan hidup baru, tetapi sukar mempertahankan pasangannya sendiri.

Mudah mencari cinta nafsu, tetapi sulit mencari cinta yang ikhlas.

Mudah menyalahkan orang lain, tetapi sukar melihat kesalahan sendiri.

Mudah untuk berpisah, mengapa sukar untuk ‘bersatu’ lagi?

 

Mudah memberi ‘label’ pada seseorang, tetapi mengapa sukar mencabut ‘label’ yang sudah diberikan?

Bila anda seorang pejuang, maka akan sangat mengerti erti sebuah pengorbanan.

Bila anda adalah seorang yang senang berkorban, maka anda akan sangat mengerti erti menjadi ‘korban’ itu sendiri.

Apapun pengorbanan dan  perjuangan anda, semua itu tidak akan sia-sia.

Dan ingatlah, bila orang-orang masih sukar menerima anda, dari sudut lain, pasti banyak yang menanti kebaikan anda.

Yang paling penting, Allah sentiasa menerima segala pengorbanan hambanya kearah kebaikan.

Itulah adalah sebaik-sebaiknya, berubah kerana Allah. 

Ingat, Allah melihat pada usaha yang dilakukan, bukan natijahnya.. yang penting usaha! :)

Bila  sahabat, pasangan anda yang lalu, tidak dapat kembali disisi lagi, jangan khuatir,  pasti masih banyak orang yang ingin menerima anda menjadi  sahabat, saudara, ataupun pasangan anda.

Jangan menyerah.

Tiada seorang pejuang yang mudah menyerah. kuatkan semangat  perjuangan untuk berubah

Semoga semua orang yang berhubungan dengan kita, akan dapat menghargai perjuangan kita untuk melangkah ke arah yang lebih terang, baik, damai, dan tenang.. 

Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang.

Tidak perlu dengar “apa kata orang” tetapi dengarlah “apa kata hati kita sendiri”

Ingat, Allah melihat pada usaha yang dilakukan, bukan natijahnya..

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

14 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
?
?
3 tahun yang lalu

?

Insan terhina
Insan terhina
4 tahun yang lalu

Doakan saya suhaimi bin sulaiman soo berubah sepenuhnya dari mat dadah kepada hamba2 disisi allah s.w.t .. Saya mungkin pernah buat semua benda jahat.. Sampai tahap dan masanya innsyaallah akan kembali kepada Allah,, maaf klau berbicara

trackback
Kenapa Kita Sukar Bertahan dan Istiqamah Untuk Buat Perkara Baik? – Sayang Sabah
7 tahun yang lalu

[…] Oleh itu bagaimana untuk kita kekal istiqamah dan konsisten dalam membuat perubahan? […]

ahmad mujahid
ahmad mujahid
7 tahun yang lalu

Terima.kasehh banyak2 kpd admin…..moga diberi keberkatan drp usaha yg ringkas ini

trackback
Kenapa Kita Sukar Bertahan dan Istiqamah Untuk Buat Perkara Baik? – Dakwah Maya
7 tahun yang lalu

[…] Oleh itu bagaimana untuk kita kekal istiqamah dan konsisten dalam membuat perubahan? […]

trackback
Kenapa Kita Sukar Bertahan dan Istiqamah Untuk Buat Perkara Baik?
7 tahun yang lalu

[…] Oleh itu bagaimana untuk kita kekal istiqamah dan konsisten dalam membuat perubahan? […]

Hamba Allah
Hamba Allah
8 tahun yang lalu

Assalammualaikum ya Akhi , Akhi boleh tolong ana? Ana merupakan seorang homoseksual or gay . Ana kini dalam tahun menduduki Spm dalam aliran sains . Hasrat ana ingin berubah sudah lama senjak form 4 akan tetapi ana tidak dapat lawan hawa nafsu . Sekiranya Akhi mempunyai masa , ana ingin bertanyakan pelbagai soalan .
Terima kasih .

Hamba Allah
Hamba Allah
Reply to  Hamba Allah
5 bulan yang lalu

assalamualaikum ustaz saya pon berada di fasa yg sama harap ustaz dapat bantu kami

Rizqi
Rizqi
9 tahun yang lalu

Postingannya sangat bermanfaat , Alhamdulillah , sedikit demi sedikit menyadarkan diri kita

nurhalilah
nurhalilah
10 tahun yang lalu

seronok mendengar sahabat2 inginkan perubahan(penghijrahan) dalam hidup..bila lagi kalau buat sekarang…ada juga yang menyalahkan kedua org tua mnjd pnyebab anak2 jahil dlm agama….tapi…kalau kita dh besar boleh berfikir secara rasional kan ustaz?……tapi kn ustaz..kalau kt malaysia ni tidak melakukan suasana islamik sy rasa lagi teruk..tpi alhamdulillah sekarang suasana islamik sedikit sebanyak memberi perubahan….

jaja
jaja
11 tahun yang lalu

as salam.. sy seorang wanita yg mmg da lama free hair, hnya btudung ketika ke kelas sj.. kua dengan kwn2 mmg slalu free hair je.. sy mmg tk jaga aurat.. tpi ssungguhnya sjak akhir2 ni sy trasa nk brubah btol2.. sy btol2 nk brubah.. sy nk bhijab spenuh masa.. tak nak kejap pakai kejap buka dah.. thanks utk smua info yg mbantu dlm blog nie.. sy harap smua tolong doakan sy istiqamah dlm prubahan nie.. trima kaseh..