Berhijrah Kepada Menutup Aurat & Menjaga Hati Dengan Sempurna

menutup aurat
menutup aurat dan menjaga hati dengan sempurna

Aku yang dulu terlalu leka dengan dunia. Seiring dengan usiaku yang bergelar remaja. Semuanya aku nak cuba.

Ber’couple’.

Ya, aku tidak terkecuali. Aku tahu ianya salah. Tapi sebab pengaruh rakan, juga melayani perasaan serta nafsu, aku turut sama terjebak ke kancah percintaan yang sia-sia.

Ya Allah, jahilnya aku dulu.

Tapi sebenarnya perasaan ingin berubah, ingin meninggalkan perbuatan maksiat dah lama terbuku.

Cuma aku tak tahu bagaimana harus aku mulakan. Kerana aku lihat manusia sekelilingku juga melakukan hal yang sama. Tiada yang mampu membawa aku ke arah yang lebih baik.

Saat Mula Mengatur Langkah Menutup Aurat Dengan Sempurna

Pada tahun 2012, aku menerima tawaran untuk masuk ke Tingkatan 6. Mulanya aku memang tidak mahu sebab ada yang mengatakan pelajaran STPM sangat susah.

Tapi aku tiada pilihan. Aku terpaksa terima kerana aku fikir akan masa depanku. Aku kasihankan ibu ayahku yang sentiasa berharap anak-anaknya masuk ke universiti.

Jadi aku mengambil langkah untuk masuk ke Tingkatan 6.

Minggu pertama kemasukan semuanya berjalan dengan baik.

Cuma..biasalah, ‘first impression’ aku bila masuk tempat baru, aku tak suka dengan kawan-kawan baru sebab mereka ‘urban’, sombong.

Allah.. jahatnya aku berfikiran sedemikian. Walhal kenal dengan mereka sendiri pun tidak. Tapi sudah bertanggapan yang negatif.

Sehinggalah kami ditempatkan di kelas-kelas yang telah kami pilih, masih juga sama. Suasananya kekok. Kerana semuanya baru. Aku hanya berborak dengan kawan baikku sahaja.

Amat jarang untuk bergaul dengan rakan baru yang lain. Kami seolah mengasingkan diri.

Hari demi hari, minggu demi minggu, walaupun aku belajar dalam keadaan terpaksa yang kadangkalanya aku ada rasa ingin sahaja berhenti daripada Tingkatan 6 tersebut, tapi aku cuba juga untuk teruskan kerana aku tak punya pilihan lain.

Aku mula membiasakan diri dengan keadaan itu kerana aku akan berada di situ dalam jangka masa yang panjang. Jadi aku mula bergaul dan berkawan dengan orang baru yang sebelum ini tidak pernah aku mengenalinya.

Aku rapat dengan seseorang yang juga merangkap ketua kelas aku. Seorang lelaki. Aku tidak tahu bagaimana kami boleh menjadi rapat.

Kadangkala, apa-apa masalah dia suka berkongsi pada aku. Perwatakannya sederhana, baik orangnya. Aku cukup selesa berkawan dengannya.

Suatu hari, dia mencadangkan aku menjadi AJK Kelas yang baru dalam Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) kerana AJK sebelumnya menarik diri dari jawatan tersebut.

Aku dengan rasa rendah diri menerima tawaran itu. Tapi, bukan hal itu yang aku mahu ceritakan di sini.

Sejak memasuki MPP, aku jadi lebih peramah, banyak bergaul dan aku sangat rapat dengan semua ahli MPP tersebut. Aku mula mengenali seorang kawan. Perempuan. Manis wajahnya, putih bersih mukanya, lembut sahaja perwatakannya.

Aku suka melihatnya. Pakaiannya yang sopan, menutup aurat, menarik perhatianku.

Hidayah Menyapa

Semua ahli MPP bercadang untuk mengadakan konvoi raya antara ahli-ahli. Aku juga tidak ketinggalan untuk turut serta.

Sangat teruja kerana pertama kalinya aku beraya dengan kawan baru, kawan yang tidak sangka menjadi kawan aku sekarang ni. Alhamdulillah kerana aku dipertemukan dengan mereka.

Suatu hari, semasa bersiap-siap untuk pergi beraya bersama rakan MPP, aku mengenakan selendang pada hari tersebut. Aku sibuk melilit selendang sambil diperhatikan ibu di hadapan cermin di ruangtamu rumahku.

Biasanya aku buat ia agak pendek kerana nak nampak kemas dan selesa dipakai seharian.

Namun pada hari itu, aku cuba melabuhkan selendang tersebut hingga ke bawah dada kerana aku segan pada seorang kawan perempuan yang aku katakan pakaiannya sopan serta menutup aurat.

Aku juga turut mengatakannya pada ibuku yang memerhati sahaja aku yang sedang bersiap-siap.

Ya, mungkin masa tu hati aku mula diketuk oleh hidayahNya. Cuma aku sahaja yang tidak perasan. Semuanya berlaku dengan pantas sehingga aku juga tidak perasan. Tapi ianya masih segar di ingatanku kini setelah aku berhijrah.

Bermula daripada situ, aku mula mengatur langkah perlahan-lahan berhijrah.

Teman lelaki aku, aku mula tinggalkan kerana aku mulai tidak gemar dengan dirinya yang suka mengasak aku untuk hal yang sia-sia.

Aku mula menutup aurat dengan sempurna, melabuhkan tudung, mengenakan sarung tangan dan memakai sarung kaki. Memang banyak dugaannya.

Ada juga yang mengata itu ini. Tapi aku abaikan.

Aku terus berjalan pandang ke hadapan tanpa menoleh. Aku perlukan perubahan bagi diri aku. Perubahan yang baik. Yang membawa aku menuju Allah.

Aku mula menyempurnakan solat fardhu ku yang sebelumnya banyak aku tinggalkan, perbetulkan bacaan serta pergerakannya. Ibadah sunat juga banyak aku lakukan.

Aku juga lebih suka mendengar nasyid serta zikir. Lagu-lagu yang lagha semua aku ‘delete’ daripada ‘playlist’ telefonku. Gambar-gambarku yang tidak menutup aurat sempurna di media sosial telahku ‘delete’.

Begitu juga status-statusku yang lagha. Kini aku banyak post perkara islamik.

Dan kini, Alhamdulillah, aku masih di atas landasanku mencari redha Ilahi kerana aku ingin menggapai syurgaNya. Masih lagi belajar dan terus belajar.

Alhamdulillah aku dikelilingi orang yang baik-baik. Apa-apa masalah aku cuba untuk cari Allah dulu.

Aku yakin, bila kita berubah kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Alhamdulillah untuk hidayah Allah ini. Perempuan yang aku ceritakan itu mungkin pengantara bagi aku untuk aku mendapat hidayahNya.

Aku sangat bersyukur dan aku doakan supaya kami terus istiqamah dlm perjalanan kami. Semoga kita berjumpa di syurga nanti.

Aku harap kalian jadikan ini sebagai pengajaran. Aku juga doakan kalian disapa oleh hidayahNya. Doakan aku supaya terus istiqamah.

– Kiriman oleh sahabat kita yang ingin dirahsiakan identitinya. Semoga bermanfaat :)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

17 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
ukhti asmida
ukhti asmida
8 tahun yang lalu

in sha allah..moga2 kita terus di beri hidayah oleh allah untk terus bristiqamah..Ya Muqallibal Qulub..amin..

piqah
piqah
8 tahun yang lalu

Nak berubah utk menutup aurat dgn lebih sempurna ni susah…hati kena kuat utk terima semua kata2 negatif dari org sekeliling y sentiasa cari salah kita..

fasion syar'i
fasion syar'i
8 tahun yang lalu

Menutup aurat bisa melindungi diri dari kejahatan dan pelecehan.

Krista
Krista
8 tahun yang lalu

Assalamulaikum
Alhamdulillah saya lebih ingin memantapkan hati saya untuk berhijrah dan menjahui segala larangannya.. cerita di awal hampir mirip dengan kehidupan saya dulu.. semoga saya akan tetap memegang teguh hati saya agar tidak tergoda dengan hal-hal lain yang bisa melunturkan niat suci saya ini.. aminnn Ya Allah..

Izzati Anis
Izzati Anis
8 tahun yang lalu

Alhamdulillah,, banyak dugaan sebenarnya apabila kita hendak berhijrah. Banyakkan bersabar :’)

Ell
Ell
8 tahun yang lalu

Semoga kita semua diberi hidayah dan istiqmah di jalan yang benar

imtiyaz ilham
imtiyaz ilham
8 tahun yang lalu

assalamualaikum..:) semoga terus diberi hidayah..doakan saya juga agar tidak putus asa dengan hijrah ini..

nor hasniza
nor hasniza
9 tahun yang lalu

Alhamdulillah…
Cerita yg sgt mberi inspirasi kpda dri sya untuk trus berhijrah.. inshaa Allah… thanks

Putri Khanzah
Putri Khanzah
9 tahun yang lalu

Terimakasih sharingnya, pengetahuan bertambah dari sebelumnya. Sungguh sebuah kebaikan bagi kakak penulis. Pacaran Memang Tidak Baik

ayat ayat syifa
ayat ayat syifa
9 tahun yang lalu

ye sy stuju…sama samalah kita bersihkan hati kita,moga pengakhiran kita mjdkan kita jauh lebih baik dri seblumnya.