Mempunyai kelebihan merupakan suatu kurniaan Allah yang patut di syukuri.
Namun itu, tidaklah menjamin membuatkan orang atau sahabat disekeliling kita menjadi suka akan kelebihan kita itu.
Kadangkala kelebihan yang dimiliki seseorang menjadi sasaran kedengkian dan iri hati orang di sekitar hidup kita.
Sifat buruk ini boleh terjadi pada setiap manusia dalam pelbagai perkara.
Antara lain, perasaan Iri hati kepada jiran setaman yang mempunyai kereta baru, iri hati kepada rakan sepejabat yang lebih berjaya, teman yang lebih bijak, bergaya, rupa yang cantik atau kacak.
Dan lain perkara lagi.
Pada artikel ini, Insyaallah saya ada beberapa tips yang boleh dilakukan dalam menghadapi manusia-manusia yang iri hati kepada kita.
Diantaranya adalah:
1. Menjaga Sikap Dan Ucapan
Kita perlu bermuhasabah diri kita yang menyebabkan kenapa sahabat atau orang disekeliling kita merasa iri hati kepada kita.
Kadangkala kita tidak menyedari bahawa ucapan atau sikap yang kita tunjukkan membuat orang lain sakit hati, sedih atau marah.
2. Mengelakkan Diri
Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat atau orang yang iri hati dan terpancing emosinya, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.
Jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.
Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.
3. Berbincang Dari Hati ke Hati
Ajak orang tersebut bercakap dari hati ke hati.
Tanyakan apa yang membuatkan dia terasa hati, dan jangan lupa untuk memohon maaf apabila kita salah dalam sikap dan ucapan kita.
Kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan.
4. Mengelakkan Iri Hati Dengan Berdoa
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.
Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang yang merasa iri hati kepada kita dilembutkan hatinya dan dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat iri itu merupakan penyakit hati.
Semoga apa yang dikongsikan dalam artikel ini dapat membantu saudara-saudari pembaca blog ini menghadapi masalah sedemikian. Jika ada kekurangan, saya memohon maaf dan apa yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.
Sebarang penambahan atau komen pada langkah-langkah diatas amat dialu-alukan =)
Tinggalkan Komen Anda..
biasalah tu org dengki2 ni. Sakit hati bila tengok org lain lebih. Slalu yg jadi target ni prmpuan cantik. Cantik pun salah haha. Busuk hati betul ?
Baru 7 bln kije, 3 kali di audit dan semua akan tuju ke tempt saya. Segala kesalahan ditanggung saya org baru. Kesalahan kecil di perbesarkn senior. ? senyum ajalah yg menariknya mmg semua tempat dia pergi org ada yg kata mulut nya seperti longkang, berdoa pd Allah moga Allah cpt menyanyanginya… Supaya org lain aman sejahtera. Penyakit hati amat berbahaya lebih lg jika sehingga yg tua mengalaminya, mungkin hebat sangat saya ini sehingga di iri… ???
Alhamdulillah d kp saya pas banget deketan dgn rumah ibunda saya ada tetangga yg sangat dengki dan irri hati sangat zolim banget terhadap kluarga saya mulutnya itu Uda ngga bisa d jaga setiap kluarga saya lewat sllu kluar kata2 hina da mulutnya itu meluarkan luda untuk meludai kluarga saya… apa sih hukum ya untuk tetangga sprti diya saya berharap semoga Allah yg membalaskan ya nanti wasalam dr hamba Allah
sy sedang alaminya ditempat kerja.. tidak tahu ap yg tidak puas hati kpada sy., skrg sy hnya berdiam diri, sy dimaki hamun sy di laman sosial (FB).. sy xburuk2 kn mereka kpda org lain.., sy difitnah., perlu atau tidak sy bersemuka kepada mereka?.
berhenti kerja
sama la, saya banyak diam kakadang2 tu tak tahan dgn sindiran
Saya kurang setuju kalau yg buruk datang dari diri kita sendiri. Kecuali sudah terbukti bahwa kita buruk. Jadi jangan menyalahkan diri sendiri. Yang salah ya salah. Itu bisa dari diri sendiri atau orang lain. Gitu loh!!!
Kalau lah memang balasan itu datang sekejab setelah kejadian salah yg kita lakukan maka lunas sudah perbuatan kita Tapi ini kan tidak demikian mudahnya,
kadang ada dosa yg buat kita lupa sampai suatu hari datang balasannya,
Dan kita dapat perbaikinya dengan banyak istighfar, bertawakal, dan bertaqwa kepada Alloh SWT maka akan ditunjukkanNya jalan terbaik untuk kita tersenyum.
Asslamuallaikum.sy lelah rasanya menghadapi tetangga sy..pagi siang sore dan mlm hanya suara2 sumbang yg di perdengarkan,yg mana tujuan tetangga sy untuk bs merendahkan hidup sy..sy berharap gmna memiliki tetangga baik,sling memaklumi sesma…
x logik org yang didengki (diiri hati) perlu bercakap soal hati ke hati kepada pendengki itu, kerana pendengki sebenarnya hatinya telah busuk. Sifat iri hati adalah sifat mazmumah… dan orang yang dengki harus bertaubat dan kikis sifat buruk tersebut!
Kadangkala kita juga perlu slow-talk dengan orang tersebut, kerana mungkin ia iri hati selama ini atas sebab silap faham.
Yang penting kita harus selalu berlapang dada.
salam sy ada masalah satu tempat kerja sy selalu di tegur jika melakukan kesalahan tetapi orang yang menegur saya tu bukan bos tiada pangkat jawatan sama sama dia cakap kerja dalam team so sy kena satu kepala dng diorg masalah nye sy x boleh sependapat dengan diorg sebab diorang suka mengutuk orang cerita hal orang hingga sy pon jadi bahan mereka kutuk tapi bila mereka lakukan kesalahan yang sama yang sy lakukan mereka cakap xpe xde ape bila sy slah di besar besarkan padahal mereka pon buat kerja x sempurna mana tolong sy memang sedang sakit hati sekarang sy jauhkan dri dari mereka sebab sy x suka cara mereka dan agak terasa kerana mereka bercakap buruk tentang sy di belakang
Memang ada orang sebegitu, saya tidak nafikan. Saya juga pernah berhadap dengan situasi sama dengan pihak puan.
Jadi jalan terbaik saya rasa seperti yang puan lakukan, hindarkan diri dan fokus kepada diri sendiri.
thank you very much atas artikelnya saya senang membaca ini sungguh seronok lah subhanaAlloh
Semoga memberi manfaat sedikit sebanyak kepada tuan.
ini lah dunia yang serba fanah hmm semuga Keimanan selalu Bersama Kita Amin Yaa robb
sedang alami,.tak salahlah tindakan saya mengelak diri dari dia..artikel yg bermanfaat
Alhamdulillah.