Bagaimana Mengelak Rasa Keliru Untuk Membuat Pilihan Pasangan Hidup?

membuat pilihan

Pernah tak anda alami perasaan keliru untuk membuat pilihan?

Tatkala hati anda teguh dengan satu pilihan, tiba-tiba hadir pula pilihan lain yang membuatkan anda ragu-ragu dengan keputusan anda.

Hati menjadi bolak-balik. Fikiran pun menjadi tidak tenang.

Di kiri menyayangi anda, di kanan juga sama. Ah, pasti keliru untuk membuat pilihan kan?

Pilihan yang datang itu membawa dua tujuan.

Sama ada yang datang itu sebenarnya pilihan yang tepat ataupun yang datang itu sebenarnya hadir untuk menguji kekuatan anda dan pilihan anda.

Pasti sedikit sebanyak hati kita merasa goyang kerana ini soal yang sangat besar, kerana separuh dari hidup kita bergantung kepada pilihan calon hidup yang yang tepat.

Padah membuat pilihan yang salah!

Jangan sampai tersalah orang dalam membuat pilihan teman hidup.

Berkahwin dengan orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak berkahwin sama sekali.

Kerana seumur hidup waktu kita terbuang bersama orang yang salah. Orang yang tidak akan dapat bersama kita  dalam mencipta bahagia.

Bagaimana Ingin Membuat Pilihan Yang Tepat Supaya Kita Tidak Tersalah Langkah?

1. Istikharahlah

Beristikharahlah dan mintalah petunjuk dari Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Mohonlah pada Allah supaya hati kita dibimbing dan dihalakan pada orang yang betul tepat buat diri kita.

Petunjuk dari istikharah juga tidak semestinya berdasarkan mimpi sahaja.

Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi dalam bentuk ketenangan hati terhadapnya, dimudahkan urusan dengannya dan sebagainya.

Tapi istikharah juga kadangkala boleh menyebabkan hati semakin keliru, sila baca artikel ini untuk pemahaman lanjut


2. Dia mampu membimbing ke jalan yang lebih baik

Pilihlah insan yang mampu membawa anda menjadi insan yang lebih baik.

Pilihlah insan yang mampu menegur anda untuk kebaikan dan mempunyai pegangan agama.

Jika ketua keluarga tidak mempunyai pegangan agama, pasti sukar baginya untuk mengemudi bahtera perkahwinan kan?

Sebolehnya, pilihlah yang tidak merokok.


3. Pilihlah orang yang mampu bersusah – payah dan berkongsi kesenangan bersama kita.

Bak kata orang tua, ‘mencari teman ketawa itu mudah,tetapi mencari teman menangis itu yang sukar’.

Fikirkan kembali adalah insan yang anda pilih itu sentiasa berada di sisi anda di saat anda susah mahupun senang.

Jika dia hanya mampu menjadi teman di kala anda senang, pastinya dia bukanlah pilihan yang terbaik.


4. Dia serius dalam perhubungan

Setiap hubungan pastinya mempunyai matlamat.

Setiap perhubungan pastinya ingin diakhiri dengan perkahwinan.

Sekiranya dia tidak mempunyai matlamat yang jelas dan sekadar ingin bermain-main, dia bukanlah pilihan yang terbaik.


5. Dia mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga anda

Berkahwin bukan sahaja bermakna kita bersatu dengan orang yang kita kahwini, malah kita juga bersatu dengan keluarganya.

Jika dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga kita terutamanya kedua ibu bapa kita, pastinya sesuatu hubungan itu akan menjadi sukar tanpa restu keluarga.

Jika dia tidak mempunyai usaha untuk menambat hati keluarga anda, lebih baik anda berfikir semula tentang pilihan yang anda lakukan.


6. Rasa tenang apabila berfikir tentangnya

Apabila mendengar namanya, hati terasa tenang.

Apabila dia bersama anda, anda berasa selesa dan terasa waktu seperti tidak berjalan.

Ketika memikirkannya, anda pasti akan tersenyum. Itulah salah satu tanda yang dia adalah pilihan yang tepat.

Yang paling penting, tanyalah hati kecil anda. Apa yang terdetik di hati anda itulah sebenarnya pilihan anda kerana hati kita tak pernah menipu.

Buatlah pilihan yang bijak kerana tersalah mengorak langkah, kita mengkin akan menyesal di kemudian hari.


7. Istisyarah – meminta pendapat orang lain

Ramai diantara kita yang terlupa perkara yang satu ini, iaitu Istisyarah.

Istisyarah adalah kita meminta pendapat orang lain.

Sebagai contoh, ibu bapa.

Mengumpul maklumat dan pandangan pada situasi yang sedang kita hadapi. Dalam konteks kita sekarang, situasi mahu memilih pasangan.

Dengan bertanya mereka yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa dan keluarga, atau yang mereka yang kita yakin (seperti ustaz), insyaaAllah mereka akan dapat memberikan pencerahan dan panduan kepada kita dalam membuat pilihan.

Bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontra setiap pilihan.

Dari situ kita menilai dan menimbang.


 

Penutup

Dalam soal ini, sangat penting untuk kita memperhalusi pilihan kita.

Saya bukan ingin menakut-nakut anda tentang perkahwinan, tetapi ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk membuat pilihan yang terbaik buat diri kita.

Biasanya, sebelum berumah tangga, kebanyakkan kita semua seakan terdesak untuk segera menikah.

Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semua keburukan sudah diketahui dan terbuka.

Memang tiada orang yang sempurna, tetapi kita semua mempunyai hak untuk menentukan siapa yang paling sesuai untuk kita.

Kerana selepas perkahwinan, kita mesti merima setiap apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.

Oleh itu jangan terlampau terburu-buru, bertenang dan buatlah keputusan dengan pertimbangan yang sesuai.

Yang paling penting adalah kita sentiasa menjaga dan memperbaiki diri sendiri dari masa ke semasa.

Kerana lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat. Itu janji Allah terhadap hambaNya.

Mungkin sesetengah dari pembaca semua mempunyai pengalaman atau kaedah tersendiri dalam menentukan pilihan?

Bagaimana pandangan anda mengenai masalah membuat pilihan ini? 

Setiap komen dan perkongsian pendapat yang ditinggalkan anda semua amatlah kami hargai.


Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua. Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

50 thoughts on “Bagaimana Mengelak Rasa Keliru Untuk Membuat Pilihan Pasangan Hidup?”

  1. Assalamualaikum….
    Saya nak share sikit,,
    2 tahun sya bercinte dg seseorg yg 8 tahun lbh tua dr pd saya… saya berharap unt dapat segere menikah… sebab umur juga dah sama2 dewasa….
    Status sya janda 30,dah bf saya mash bujang 38…. 2 tahun kami harungi bersama..blm pula ada kejelasan unt menikah…pelbagai alasan dia katakan bhkan tak logic… saya selalu ternanti2 bila dia nak minang saya???

    Sedangkan di sisi lain…ada juga bujang(29) yg betul2 ingnkan saya,gak mahu berpacaran sebab takut mnjadi zina… dia berkata akan menanti saya,menanti keputusan ..jika saya tidak jd menikah dg bf saya (38) dia mahu mnerima saya…dan segere d peristrikan saya… dan kami mmpunyai tujuan hidup yg sama…pemikiran yg sejalan….
    Sedanhkan dg bf (38) kami terlalu banykkk perbezaan….
    Mohon penjelasan…
    Saya sudah lakukan istikharah… mna kiranya yg patut saya pilih..????

    Reply
  2. Sy sedang mngalami ujian spt itu.lelaki yg sy kenali disatu majlis ilmu yg selama ni sy percayakan ternyata tidak berani mengotakan janji.sekadar bermain kata2.biarpun tahu dia berkeluarga tapi kasih sy bkn berteras kehendak hati.sy simpati setelah mengetahui dia menghidap leukemia.sy tau sy boleh membantunya.malah harapan sy besar buat keluarganya.sy ingin masuk kedalam kluarganya dgn cara baik.sy perkemaskan nawaitu dan persiapkan mental fizikal ke arah itu.tapi ternyata..Allah mungkin tidak memberikan sy begitu.sy serahkan pd kehendakNya skg.tidak tau nasib diri

    Reply
  3. sekarang ni saya dlm
    keadaan keliru dalam membuat keputusan untuk masa depan saya . Baru-baru ini saya dapat tawaran IPG , tapi saya tidak berminat dengan subjek yang ditawarkan dan menjadi guru sekolah rendah . Saya berminat untuk menjadi guru sekolah menengah dan mengajar dengan subjek yang saya minat . Oleh itu , saya membuat pilihan untuk menolak tawaran itu dan memilih jalan yang saya minat iaitu harus mengambil bidang pendidikan di unversiti nanti . Adakah keputusan yang saya buat ni adalah tepat untuk diri saya atau salah ?

    Reply
    • Apa yang terbaik adalah buat solat istikharah.

      Tetapi sebagai bekas graduan IPG dan mempunyai ramai kawan-kawan dari Univ (course pendidikan), saya sangat rekemen untuk pergi ke IPG kerana banyak kelebihannya.

      Ya saya pun dulu seperti anda, tidak mahu jadi guru sekolah rendah, tetapi sekarang ini perasaannya sudah lain. Saya bersyukur jadi guru sekolah rendah setelah tahu realiti sebenar sekolah menengah dari kawan-kawan.

      Tangga gaji tetap sama, tapi beban kerja berbeza.

      Apa pun pilihan di tangan anda..

      Lakukan istikharah dan dengarlah nasihat ibu bapa atau orang berpengalaman..

      Reply
  4. Saya ada masalah bekas kekasih saya dtg kembali selepas 7 tahun. Dulu dia pernah minta getback tetapi saya tidak mahu. Saya yang tinggalkan dia, dan saya taknak getback sebab takut dia akan marah saya selepas itu. Sekarang ni bekas kekasih saya dah berkahwin setahunm Tetapi dia masih mengingati saya. Saya taknak dia sakitkan hati isteri dia. Dan saya menjadi keliru.

    Reply
  5. Assalammu’alaikum, sy juga keliru,. sy mempunyaj bf yg 20 thn tua dr sy, and dia seorang yg bekerjaya, berharta, mampu, dia duda.. Bf sy ne baik dgn ibu bapa saya, baik dgn semua keluarga saya.. Tapi sb dia bekerjaya jd masa utk sy kurang, bila sy di abaikan saya akan merindui bekas suami sy, dan bekas suami sy baik orgnya.Banyak masa utk sy, .cuma dia tidak mempunyai kerja yg ttp.. dia ada ajak rujuk semula jadi sy keliru.. hubungan bekas suami dgn family sy x bgus.. dr perkahwinan hingga penceraian ibu bapa and bekas suami x bertegur.. mereka seperti bermusuh.. ibu bapa sy x suka bekas suami, mereka x bg kami rujuk semula.. sy keliru kenapa sy masih merindui bekas suami sedangkan sy sudah punya teman lelaki.. dlm masa sama sy juga merindui kekasih.. blh kh sorang manusia mencintai dua insan dlm satu masa?, bf ajak nikah bln 10 ne.. sy keliru sama ada rujuk semula dgn ex atau nikah dgn bf..

    Reply
  6. Assalamualaikum..saya keliru sebab dah bersama dia selama 4 tahun.Tapi sering juga buat hal.selepas itu saya contact balik dengan ex rasa tenang and rindu dekat dia..Tapi saya fikir juga sebab dia hadir balik Dalam hidup ini.Memang jujur dia selalu buat penghibur Hati Dalam hidup..Tapi saya keliru adakah Masih sayangkan dia sebenarnya.

    Reply
  7. Assalamualaikum … entah apa yg saya nak katakan di sini hati sangat celaru , runsing , dia yg cntakan saya dan berhasrat ingin menghalalkan saya. , dalm masa yg sama , hati masih was was dgn nya sebab hati saya lebih pada seorang tentera , ia bukan sebab harta mahupun rupa ataupun pekerjaan tapi sebabkan itu juga sebahgian dari cita cita saya , hmm harap jangan kecam yaa luahan hati dari seketol hati)

    Reply
  8. Assalamualaikum…..sy skrg nie tgh mghadapi situasi nie,sy sbnrnye seorg janda…ad sorg llki y jauh lebih muda dari sy,bkenalan x lame tp dye ckp da jatuh syg dkt sy n ad hasrat nk mghalalkn sy..cume sy msih blom beri kata putus,dan dlm mase y same kwn llki sy y dulu dtg dkt sy mnyatakn hasrat y same,cme maslhnye dye suami org..sy xnk amek hak org,wlaupown isteri dye izinkan dye mnikah lg…dua2 llki nie serius dgn ap y dorang ckp…y si suami org nie smpai ckp lepas selesai smua bncana covid 19 nie abes,dye nk dtg mminang…yg si llki muda plak,klau boley taon nie jgk dye nak dtg mminang…dua2 buat sy resah…sy keliru…xtau ap y sy ptut buat,slain dri mminta y tbaik dariNYA…Kirenye tuan sudi berikan sy pandangan y dpt mmbntu sy dlm mmilih….

    Reply
    • Apa yang awak buat lepas tu….situasi kita sama…sekarang saya berbelah bagi..sebelum ni saya dah yakin dengan seorang lelaki yg jauh lebih muda dalam masa yg sama suami org yg saya bercinta sebelum sy kenal dah cerita pasal sy pada wife dia…n sekarang dia dalamm usaha nak sy kenal wife dia n berbaik…hampir satu tahun baru kami boleh mula berbaik n tiaada perasaan cemburu yg melampau…boleh x awak kongsi apa yg awak dah lakukan sekarang…

      Reply
  9. Hi.. Ni kisah saya. Lepas dua minggu saya putus tunang, ada seorang lelaki datang untuk berkenalan. Saya ingatkan berkenalan biasa saja tapi lama kelamaan dia kata dia sukakan saya dan nak hubungan yang serius dengan saya. Dia pujuk rayu saya untuk terima dia. Dia bersedia untuk menjadi seorang yang dapat menyembuhkann luka dalam hati saya. Tapi saya keliru. Hati masih belum boleh menerima sesiapa pun lagi. Dia terlalu mendesak sbb dia takut saya jadi milik orang lain. Saya cuma nak kebebasan. Saya taknak terikat. Saya nak memperluaskan pilihan saya. Cukuplah saya kena tipu sekali je dengan lelaki (bekas tunang saya). Tapi bila saya lari daripada dia, dia suruh kawan dia pujuk saya. Saya rasa terikat dgn dia dan susah untuk lari. Perlu ke saya just terima dia? sbb dia baik. Tapi… rasa cinta dalam hati saya tu masih belum ada.

    Reply
    • Jika dia baik terimalahh..Cuba awak selidik dulu latar blkg dia dan jika ada org yg dtg ketika kita sedih hargailahh dia..takut peluang kedua tidak akan dtg..Tanya lahh hati dan perasaan..Cuba laa beri peluang kpd lelaki yg baru itu sampai bila kita nk hidup dlm kesedihan kita perlu moveon dari kisah silam kita jgn biar ia menghantui kita.Kena kuat dan tabah biarlah org nk kata apa yg penting tu Kita nak cari yg terbaik dlm hidup kita…

      Reply
  10. Assalamualaikum,

    Input yang sangat berguna. Kebetulan saya sedang mencari solusi kerana buntu dgn pilihan jd saya terjumpa artikel tuan. Cuma permasalahan saya ialah buntu dengan pilihan kerjaya bukan jodoh. Saya cadang tuan tambahkan perkataan jodoh pd tajuk artikel atau tuan ubah artikel ke arah yang lebih bersifat menyeluruh (tidak hanya spesifik soal jodoh sahaja). Hehe

    Terima kasih

    Reply
  11. Assalammualaikum, saya anak sulung dalam keluarga. Keluarga saya adalah keluarga yang sederhana sahaja.Saya bercinta dengan kekasih saya selama 3 tahun dan sepanjang tiga tahun itu kekasih saya banyak tolong saya dari segi wang. Saya juga ada bersama sama dia , membantu business dia dari dia tidak ada apa apa sehingga dia mempunyai segalanya.Tapi sikap nya semakin berubah apabila masuk tahun ke tiga.Dia semakin kuat marah,percakapan nya tidak dijaga, perasaan saya bg dia adalah kedua sbb bila saya merajuk dia pujuk dengan wang.Saya tahu dia sayangkan saya. Saya mempunyai masalah dimana saya tak berapa berkenan dengn keluarganya. Ibu nya seperti menganggap saya menghabiskan duit anak nya nanti selepas kami berumah tangga. Dia terlalu pentingkan business dia sehingga mengabaikan saya.Dia juga terlalu ingin kan perhatian saya sehingga saya tidak boleh mengadu apa apa kerana saya hormat dia nak mengadu. Tetapi dalam tempoh dia abaikan saya, saya berkawan dengan seorang lelaki. Bukan niat saya ingin curang atau ingin memasang “scandal”. Saya jadi jatuh hati pada nya kerana sikap nya yang matang. Dia tidak lah sekaya kekasih saya sekarang.Dia berhasrat ingin berkahwin dengan saya walaupon umur dia dengan saya agak jauh.Penerimaan keluarga saya terhadap kekasih saya dulunya terlalu rapat tetapi setelah saya meluah kan apa yang terbuku selama ini kepada ibu saya.Dia semakin risau ingin lepaskan saya.Saya tahu ibu saya tidak mahu saya berpisah dengan nya kerana bg ibu saya , hidup saya akan senang jika berkahwin dengan nya.Tapi pada masa yang sama ibu juga takut saya tak bahagia. Perasaan saya berbelah bagi. Saya sayang kedua dua nya. Tiap malam saya menangis , pernah terdetik ingin bunuh diri dek kerana terlalu memikirkan soal ini. Saya pernah melakukan solat istikharah, tidak lama selang seminggu datang seorang lelaki yg umurnya sama dengan saya ingin berkenalan dengan saya. saya bingung . Saya pernah menyalahkan Allah kerana takdir saya begini. saya tak mampu nk menangis lagi.sayatakut saya membuat pilihan yang salah. Saya sedar saya berdosa kerana bersangka buruk terhadapNYA. Sehingga sekarang saya tidak ada apa apa keputusan yang tepat., perasaan saya berbelah bagi..saya tawakal dan hanya mampu berdoa.

    Reply
  12. assalammualaikum, saya pun buntu nak buat pilihan .. saya bercinta dgn seorang lelaki ni dia ada niat nak kawin dgn saya tapi belum sampai waktu lagi .. tiba hadir seorang lelaki lagi mmg niat nk halalkan , nak buat benda baik .. saya jadi terbelah bahagi rasa nk buat pilihan .. buntu sekrang ? lepas tu ada lagi sorang pulak mmg nk ajk kawin .. tahla nk pilih mcm mna .. saya beserah dkat allah ja ni ?

    Reply
  13. Hi, saya sebenarnya dah ada boyfriend and we have been together almost 5 years. Alkisahnya bermula bila saya skrg tengah intern & saya ada crush kat seorang staf lelaki ni. Niat saya pada mula hanya sekadar bergurau dgn kawan2 sahaja yg saya ada crush. Tapi tiba2 benda ni jadi serius dan crush saya mintak nom. Jadi, saya dan crush pulak dah contact almost sebulan. Crush saya selalu flirting with me. Dia selalu bertanyakan saya dah ada boyfriend atau belum dan saya jwb tidak haha. Jadi, sepanjang kenalan saya dgn crush buat masa skrg saya nampak dia mcm suka kan saya. Plus, he is so fine. Memang menepati ciri2 yg saya nak. Meanwhile my boyfriend pun baik, he knows everything bout me tapi sayangnya iman dia selalu goyah. Dia jarang solat. Dia selalu sentuh tgn saya. Dan saya bingung. Should i leave him bcuz of his attitude?

    Reply
  14. Asslmualaikm, sya Nora . Masalah yg saya sedang hadapi skrg ialah sya buntu harus memilih yang mana. Saya berkenalan dgan dia selama 9 thun, dan kami bertunang slama 6 hari, lalu diputuskan tali pertunangan oleh pihak lelaki tanpa persetujuan bekas tunang saya. Dan skrg sya sedang mengenali hati budi seseorang (5bulan) namun hati saya kerap berbelah bahagi dgan nya. Sya buntu. Ketika sya tanya diri sya , spa yg lebih mmbahagiakan sya, pasti nama bekas tunang sya. Bahkan keluarga saya yakin yg dia mampu menjaga saya. Tapi apa kan daya. Kptusan yg d buat bukan lah dari pihak kami, dan sejujurnya, kedua belah pihak sdh tidak mencapai kata sepakat atas bnyak konflik yg timbul. Apa yg harus sya buat? Sya benar2 buntu. Adkh sya teruskan perjuangan sebelum ini, atau melangkah dgan org yg baru di mana hati ini tdk yakin dgan nya.

    Reply
    • Apa yang terbaik lakukan solat istiqarah dahulu dan tanyakan pendapat orang yang lebih berusia.

      Pilihlah yang berakhlak mulia. Kerana perasaan cinta itu boleh datang dan pergi, tetapi akhlak dan budi yang baik pasti akan membahagiakan sampai bila-bila.

      Reply

Leave a Comment