Bagaimana Mengelak Rasa Keliru Untuk Membuat Pilihan Pasangan Hidup?

membuat pilihan

Pernah tak anda alami perasaan keliru untuk membuat pilihan?

Tatkala hati anda teguh dengan satu pilihan, tiba-tiba hadir pula pilihan lain yang membuatkan anda ragu-ragu dengan keputusan anda.

Hati menjadi bolak-balik. Fikiran pun menjadi tidak tenang.

Di kiri menyayangi anda, di kanan juga sama. Ah, pasti keliru untuk membuat pilihan kan?

Pilihan yang datang itu membawa dua tujuan.

Sama ada yang datang itu sebenarnya pilihan yang tepat ataupun yang datang itu sebenarnya hadir untuk menguji kekuatan anda dan pilihan anda.

Pasti sedikit sebanyak hati kita merasa goyang kerana ini soal yang sangat besar, kerana separuh dari hidup kita bergantung kepada pilihan calon hidup yang yang tepat.

Padah membuat pilihan yang salah!

Jangan sampai tersalah orang dalam membuat pilihan teman hidup.

Berkahwin dengan orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak berkahwin sama sekali.

Kerana seumur hidup waktu kita terbuang bersama orang yang salah. Orang yang tidak akan dapat bersama kita  dalam mencipta bahagia.

Bagaimana Ingin Membuat Pilihan Yang Tepat Supaya Kita Tidak Tersalah Langkah?

1. Istikharahlah

Beristikharahlah dan mintalah petunjuk dari Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Mohonlah pada Allah supaya hati kita dibimbing dan dihalakan pada orang yang betul tepat buat diri kita.

Petunjuk dari istikharah juga tidak semestinya berdasarkan mimpi sahaja.

Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi dalam bentuk ketenangan hati terhadapnya, dimudahkan urusan dengannya dan sebagainya.

Tapi istikharah juga kadangkala boleh menyebabkan hati semakin keliru, sila baca artikel ini untuk pemahaman lanjut


2. Dia mampu membimbing ke jalan yang lebih baik

Pilihlah insan yang mampu membawa anda menjadi insan yang lebih baik.

Pilihlah insan yang mampu menegur anda untuk kebaikan dan mempunyai pegangan agama.

Jika ketua keluarga tidak mempunyai pegangan agama, pasti sukar baginya untuk mengemudi bahtera perkahwinan kan?

Sebolehnya, pilihlah yang tidak merokok.


3. Pilihlah orang yang mampu bersusah – payah dan berkongsi kesenangan bersama kita.

Bak kata orang tua, β€˜mencari teman ketawa itu mudah,tetapi mencari teman menangis itu yang sukar’.

Fikirkan kembali adalah insan yang anda pilih itu sentiasa berada di sisi anda di saat anda susah mahupun senang.

Jika dia hanya mampu menjadi teman di kala anda senang, pastinya dia bukanlah pilihan yang terbaik.


4. Dia serius dalam perhubungan

Setiap hubungan pastinya mempunyai matlamat.

Setiap perhubungan pastinya ingin diakhiri dengan perkahwinan.

Sekiranya dia tidak mempunyai matlamat yang jelas dan sekadar ingin bermain-main, dia bukanlah pilihan yang terbaik.


5. Dia mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga anda

Berkahwin bukan sahaja bermakna kita bersatu dengan orang yang kita kahwini, malah kita juga bersatu dengan keluarganya.

Jika dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga kita terutamanya kedua ibu bapa kita, pastinya sesuatu hubungan itu akan menjadi sukar tanpa restu keluarga.

Jika dia tidak mempunyai usaha untuk menambat hati keluarga anda, lebih baik anda berfikir semula tentang pilihan yang anda lakukan.


6. Rasa tenang apabila berfikir tentangnya

Apabila mendengar namanya, hati terasa tenang.

Apabila dia bersama anda, anda berasa selesa dan terasa waktu seperti tidak berjalan.

Ketika memikirkannya, anda pasti akan tersenyum. Itulah salah satu tanda yang dia adalah pilihan yang tepat.

Yang paling penting, tanyalah hati kecil anda. Apa yang terdetik di hati anda itulah sebenarnya pilihan anda kerana hati kita tak pernah menipu.

Buatlah pilihan yang bijak kerana tersalah mengorak langkah, kita mengkin akan menyesal di kemudian hari.


7. Istisyarah – meminta pendapat orang lain

Ramai diantara kita yang terlupa perkara yang satu ini, iaitu Istisyarah.

Istisyarah adalah kita meminta pendapat orang lain.

Sebagai contoh, ibu bapa.

Mengumpul maklumat dan pandangan pada situasi yang sedang kita hadapi. Dalam konteks kita sekarang, situasi mahu memilih pasangan.

Dengan bertanya mereka yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa dan keluarga, atau yang mereka yang kita yakin (seperti ustaz), insyaaAllah mereka akan dapat memberikan pencerahan dan panduan kepada kita dalam membuat pilihan.

Bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontra setiap pilihan.

Dari situ kita menilai dan menimbang.


 

Penutup

Dalam soal ini, sangat penting untuk kita memperhalusi pilihan kita.

Saya bukan ingin menakut-nakut anda tentang perkahwinan, tetapi ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk membuat pilihan yang terbaik buat diri kita.

Biasanya, sebelum berumah tangga, kebanyakkan kita semua seakan terdesak untuk segera menikah.

Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semua keburukan sudah diketahui dan terbuka.

Memang tiada orang yang sempurna, tetapi kita semua mempunyai hak untuk menentukan siapa yang paling sesuai untuk kita.

Kerana selepas perkahwinan, kita mesti merima setiap apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.

Oleh itu jangan terlampau terburu-buru, bertenang dan buatlah keputusan dengan pertimbangan yang sesuai.

Yang paling penting adalah kita sentiasa menjaga dan memperbaiki diri sendiri dari masa ke semasa.

Kerana lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat. Itu janji Allah terhadap hambaNya.

Mungkin sesetengah dari pembaca semua mempunyai pengalaman atau kaedah tersendiri dalam menentukan pilihan?

Bagaimana pandangan anda mengenai masalah membuat pilihan ini? 

Setiap komen dan perkongsian pendapat yang ditinggalkan anda semua amatlah kami hargai.


Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua. Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

50 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Siti
Siti
1 tahun yang lalu

Terima kasih. Sangat berguna

Amy
Amy
1 tahun yang lalu

terlalu susah untuk membuat keputusan

Devi khusnawati
Devi khusnawati
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum….
Saya nak share sikit,,
2 tahun sya bercinte dg seseorg yg 8 tahun lbh tua dr pd saya… saya berharap unt dapat segere menikah… sebab umur juga dah sama2 dewasa….
Status sya janda 30,dah bf saya mash bujang 38…. 2 tahun kami harungi bersama..blm pula ada kejelasan unt menikah…pelbagai alasan dia katakan bhkan tak logic… saya selalu ternanti2 bila dia nak minang saya???

Sedangkan di sisi lain…ada juga bujang(29) yg betul2 ingnkan saya,gak mahu berpacaran sebab takut mnjadi zina… dia berkata akan menanti saya,menanti keputusan ..jika saya tidak jd menikah dg bf saya (38) dia mahu mnerima saya…dan segere d peristrikan saya… dan kami mmpunyai tujuan hidup yg sama…pemikiran yg sejalan….
Sedanhkan dg bf (38) kami terlalu banykkk perbezaan….
Mohon penjelasan…
Saya sudah lakukan istikharah… mna kiranya yg patut saya pilih..????

Siti Hasana
Siti Hasana
4 tahun yang lalu

Sy sedang mngalami ujian spt itu.lelaki yg sy kenali disatu majlis ilmu yg selama ni sy percayakan ternyata tidak berani mengotakan janji.sekadar bermain kata2.biarpun tahu dia berkeluarga tapi kasih sy bkn berteras kehendak hati.sy simpati setelah mengetahui dia menghidap leukemia.sy tau sy boleh membantunya.malah harapan sy besar buat keluarganya.sy ingin masuk kedalam kluarganya dgn cara baik.sy perkemaskan nawaitu dan persiapkan mental fizikal ke arah itu.tapi ternyata..Allah mungkin tidak memberikan sy begitu.sy serahkan pd kehendakNya skg.tidak tau nasib diri

Azwan Nikch
Azwan Nikch
4 tahun yang lalu

sekarang ni saya dlm
keadaan keliru dalam membuat keputusan untuk masa depan saya . Baru-baru ini saya dapat tawaran IPG , tapi saya tidak berminat dengan subjek yang ditawarkan dan menjadi guru sekolah rendah . Saya berminat untuk menjadi guru sekolah menengah dan mengajar dengan subjek yang saya minat . Oleh itu , saya membuat pilihan untuk menolak tawaran itu dan memilih jalan yang saya minat iaitu harus mengambil bidang pendidikan di unversiti nanti . Adakah keputusan yang saya buat ni adalah tepat untuk diri saya atau salah ?

Azwan Nikch
Azwan Nikch
Reply to  Muhamad Naim
4 tahun yang lalu

Ok , Tq ☺️

Mar
Mar
4 tahun yang lalu

Saya ada masalah bekas kekasih saya dtg kembali selepas 7 tahun. Dulu dia pernah minta getback tetapi saya tidak mahu. Saya yang tinggalkan dia, dan saya taknak getback sebab takut dia akan marah saya selepas itu. Sekarang ni bekas kekasih saya dah berkahwin setahunm Tetapi dia masih mengingati saya. Saya taknak dia sakitkan hati isteri dia. Dan saya menjadi keliru.

Laraasmara
Laraasmara
4 tahun yang lalu

Assalammu’alaikum, sy juga keliru,. sy mempunyaj bf yg 20 thn tua dr sy, and dia seorang yg bekerjaya, berharta, mampu, dia duda.. Bf sy ne baik dgn ibu bapa saya, baik dgn semua keluarga saya.. Tapi sb dia bekerjaya jd masa utk sy kurang, bila sy di abaikan saya akan merindui bekas suami sy, dan bekas suami sy baik orgnya.Banyak masa utk sy, .cuma dia tidak mempunyai kerja yg ttp.. dia ada ajak rujuk semula jadi sy keliru.. hubungan bekas suami dgn family sy x bgus.. dr perkahwinan hingga penceraian ibu bapa and bekas suami x bertegur.. mereka seperti bermusuh.. ibu bapa sy x suka bekas suami, mereka x bg kami rujuk semula.. sy keliru kenapa sy masih merindui bekas suami sedangkan sy sudah punya teman lelaki.. dlm masa sama sy juga merindui kekasih.. blh kh sorang manusia mencintai dua insan dlm satu masa?, bf ajak nikah bln 10 ne.. sy keliru sama ada rujuk semula dgn ex atau nikah dgn bf..

Jie
Jie
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum..saya keliru sebab dah bersama dia selama 4 tahun.Tapi sering juga buat hal.selepas itu saya contact balik dengan ex rasa tenang and rindu dekat dia..Tapi saya fikir juga sebab dia hadir balik Dalam hidup ini.Memang jujur dia selalu buat penghibur Hati Dalam hidup..Tapi saya keliru adakah Masih sayangkan dia sebenarnya.

Pikah
Pikah
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum … entah apa yg saya nak katakan di sini hati sangat celaru , runsing , dia yg cntakan saya dan berhasrat ingin menghalalkan saya. , dalm masa yg sama , hati masih was was dgn nya sebab hati saya lebih pada seorang tentera , ia bukan sebab harta mahupun rupa ataupun pekerjaan tapi sebabkan itu juga sebahgian dari cita cita saya , hmm harap jangan kecam yaa luahan hati dari seketol hati)

Naaa
Naaa
Reply to  Pikah
4 tahun yang lalu

Situasi awak sama mcm saya

Luna maira
Luna maira
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum…..sy skrg nie tgh mghadapi situasi nie,sy sbnrnye seorg janda…ad sorg llki y jauh lebih muda dari sy,bkenalan x lame tp dye ckp da jatuh syg dkt sy n ad hasrat nk mghalalkn sy..cume sy msih blom beri kata putus,dan dlm mase y same kwn llki sy y dulu dtg dkt sy mnyatakn hasrat y same,cme maslhnye dye suami org..sy xnk amek hak org,wlaupown isteri dye izinkan dye mnikah lg…dua2 llki nie serius dgn ap y dorang ckp…y si suami org nie smpai ckp lepas selesai smua bncana covid 19 nie abes,dye nk dtg mminang…yg si llki muda plak,klau boley taon nie jgk dye nak dtg mminang…dua2 buat sy resah…sy keliru…xtau ap y sy ptut buat,slain dri mminta y tbaik dariNYA…Kirenye tuan sudi berikan sy pandangan y dpt mmbntu sy dlm mmilih….

anissp
anissp
Reply to  Luna maira
4 tahun yang lalu

Apa yang awak buat lepas tu….situasi kita sama…sekarang saya berbelah bagi..sebelum ni saya dah yakin dengan seorang lelaki yg jauh lebih muda dalam masa yg sama suami org yg saya bercinta sebelum sy kenal dah cerita pasal sy pada wife dia…n sekarang dia dalamm usaha nak sy kenal wife dia n berbaik…hampir satu tahun baru kami boleh mula berbaik n tiaada perasaan cemburu yg melampau…boleh x awak kongsi apa yg awak dah lakukan sekarang…