Sungguh ujian itu indah .
Disebalik, tubuh yang berdiri,
Disebalik kaki yang melangkah,
Disebalik bibir yang mengukirkan senyum,
Dihatinya tersimpan rasa kosong,
Sungguh hijrah itu manis,
Sungguh kembali kepada fitrah itu mendamaikan,
Namun pernah kah kau dengar,
Bahawa bersama hijrah itu kau akan ditemani,
Satu teman yang setia iaitu ujian.
Satu demi satu ujian mengetuk,
Datangnya silih berganti,
Hingga hati yang teguh mula rapuh,
Saat itu hanya Allah memahami,
Akhirnya kau tersedar bersama ujian itu,
Hadirnya hadiah,
Bernama hikmah,
Kekuatan, ketabahan , kecekalan dan kesabaran
Yang kau pinta darinya kini ada bersamamu,
Segalanya lahir dari ujian dariNya.
Kini kau tersenyum,
Benar kasihNya berbeza berbanding kasih umat,
CaraNya teristimewa,
Membuat kau rasa dihargai.
Subhanallah, nukilan buat diri dan sajabat, sekian lama menyepi, ingin rasanya ke, bali berkongsi, hijrah.
Saat hati terdetik, luhur rasanya jiwa.
Pernah rasa?
Mulut orang, ujian hati semuanya dirangkum menjadi satu warkah cinta yang terpahat dijiwa, dibawa kemana-mana agar ia mampu menjadi pertahanan saat jiwa mula rasa rebah.
Saya. Menulis jiwa saya. Menulis berkongsi perjalanan meraih kasih dan cintaNya.
Dan saya diuji dengan apa yang saya tulis.
Contohnya, saya dah move on, Allah kirimkan ujianNya, sebab nak uji apakah benar saya betul dah move on.
Saya yakin denganNYa, Allah uji keyakinan saya padaNYa.
Dulu, saya tak mampu bersangka baik, sekarang Alhamdulillah setelah Allah benar-benar membuktikan kasih sayangNya, kenapa tidak untuk berbaik sangka saat Allah mula menguji?
Hijrah itu perlukan istiqamah.
Naqibah tanya,
Kenapa nak masuk bulatan gembira?
Akak, hijrah itu perlukan istiqamah, dan istiqamah itu payah, jiwa perlukan isi, something Allah uji dengan rasa kosong
***
Ingat satu ni,
Bila mana Allah bagi hidayah kat kita, Allah akan tuntun hati kita pada kebaikan.
Percayalah, rasa itu indah sangat saat kita mula menyedarinya.
Allah itu tidak menguji melainkan DIA rindu dan mahu kita bergantung hanya padaNYa.
Alhamdulillah, saya doakan anda, doakan saya juga. Moga dalam kasih sayang Allah selalu. Wallahualam.
Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada Norliyana Zulkifli. Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah =)
Tinggalkan Komen Anda..
Subhan Allah .. Blog ni betul-betul memberi inspirasi apatah lagi untuk orang-orang yang baru nak memaknai makna hijrah . Good job ukht ! :))
Hijrah mudah utk disebut namun perjalanannya penuh ujian…. cabaran….diri ini hampir rebah….dgn setiap ujian yg dtg silih berganti…. mencabar kesabaran, menggoyah keyakinan…. Allahuakbar…. namun kasih sayang allah itu sungguh besar….setiap kesusahan,kecewa,derita,kepedihan,kesakitan… itu ada hikmah yang lebih maniss… diri ini semakin mantap,bijak menilai….dan lebih yakin,teguh dengan mengenalimu YA ALLAH…Allah tak pernah menghampakan hamba2 nya….DIA lah tempat kebergantungan setiap hamba2nya….diberi ujian kerana Allah sangat sayang kita…manusia sahaja selalu lupa,leka…dan tertipu …tidak tahu menilai ….
Hijrah i2 tanda pengorbanan kita padaNYA tanda sayangnya kita padaNYA tanda kita ini hambaNYA patuh pd perintahNYA dn pengakhiran hijrah i2 mendamaikan jiwa.se2tengah hambaNYA perlu brhijrah dr 1 tmpt ke 1 tmpt yg lain (be2rapa kali)dsbbkan ketenangan masih xmuncul tiba(xdpt dirasa).yg dh rasa ketenangan bla brhijrah Insyaallah i2lah jln trbaik tuk hidup kita.wallahuallam…sama2 lah kita bersangka baik setip petunjuk sajianNYA tuk kita yg terpilih.bersyukur i2 salah 1 jln ketenangan jgk.maaf jika komen sy difahami sy ikhlas hanya nk kongsi apa yg sy pernah lalui sblum ne n sehinggalah ke hari ne.pa yg trtulis ne pn..peringatan n bekalan sy pd hari ini n masa akn dtg.wasalam…
setelah membaca artikel ini,diri saya jadi semakin siap dan mantap untuk berhijrah. Semoga hati ini akan lebih berlapang dada dalam setiap menjalani cobaanya
Manusia harus berhijrah dari masa yang kelabu ke masa yang lebih baik. Dengan hijrah akan kita temui cahaya iman di dalam hati.
Allahu,
salam alaik,
saya berkongsi dan akan terus berkongsi,penulisan ini lahir dari sebuah perjalanan hijrah hamba Allah ini sendiri, lalu Allah ilham kan idea untuk berkongsi rasa hijrah itu..
moga hati2 kita istiqamah sentiasa.
:)
Ya, Ujian Allah tanda DIA ingat dan sayang pd hambaNYA, Ujian Allah tanda DIA mahu kita kembali kepadaNYA, ujian Allah tanda kita beruntung kerana menjadi pilihanNYA…..
Subahanallah…terima kasih atas perkongsian. Saya juga baru merangkak untuk berhijrah. Sama-sama kite berdoa moga Allah s.w.t tetapkan hati kite ke jalan yang diredhaiNYA. Amin.