Bagaimana Untuk Cemerlang Di Bulan Ramadhan

Ramadhan
Ramadhan

 

Jika kita belum cukup bersedia untuk Ramadhan, ini adalah 10 Tip untuk mencapai kecemerlangan dalam ramadhan

1. Laparkan Kejayaan

apa-apa pun target anda pada diri sendiri, pastikan anda akan mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada target anda itu.

Jangan jadikan kegagalan sebagai pilihan anda pada Ramadhan kali ini, tanamkan keinginan dan laparkan kejayaan.


2. Tetapkan Matlamat 

Apabila kita menetapakan matlamat kita pada Ramadhan kali ini, tetapkan matlamat yang tinggi!

Allah S.W.T telah menetapkan matlamat yang tinggi kepada kita semua, iaitu Syurga Firdausi, Insyaallah.

Kita tidak boleh hanya menetapkan matlamat, tetapi berusaha untuk mencapainya.


3. Bina Keyakinan Pada Ramadhan Kali Ini 

Jangan mendengar kepada mereka yang cuba menjatuhkan atau mengkritik terhadap perubahan yang cuba kita lakukan.

Juga jangan kecewa pada diri sendiri bila kita gagal untuk mencapai matlamat jangka pendek.


4. Buat Apa Yang Kita Suka Buat

Pilih amalan yang paling gemar kita lakukan dan tingkatkan ia pada Ramadhan kali ini.

Samada membaca Al-Quran, memasak/memberi makan, Qiamulail atau Bertahmid dan berzikir memuji Allah.

Lakukan amalan ini lebih dibulan Ramadhan.

Nabi Muhamad S.A.W mahukan amalan ini berterusan walaupun ia kecil.


5. Kaji Kejayaan

Bukan hanya sekadar mengkaji, tetapi belajar daripada mereka yang lebih berilmu.

Ia akan merangsang dan memotivasikan untuk kita menjadi lebih baik.

Contoh terbaik adalah Nabi Muhamad S.A.W dan para sahabat.

Baca kisah tentang mereka, insyaallah kehebatan dan kecekalan mereka akan memotivasikan kita.


6. Bersahabat Dengan Orang Bagus

Tidak dinafikan bahawa orang yang bergaul dengan kita akan mempengaruhi diri kita samada untuk menjadi baik mahupun buruk.

Jika kita ingin berjaya, berkawanlah dengan orang berjaya.

Tabiat baik mereka akan berjangkit kepada kita dan Insyallah ia akan memotivasikan kita dengan lebih baik lagi


7. Berusaha Sehabis Daya

Mengambil serius tentang pencapaian kita dan dijadikan sebagai keutamaan.

Insyaallah pada Ramadhan kali ini kita cuba untuk lebih fokus pada perubahan yang ingin kita lakukan, kerana kita tidak tahu mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita.


8. Bersedia Mengubah Rancangan 

lazimnya jadual harian kita akan berubah semasa bulan Ramadhan.

Sekurang-kurangnya cuba untuk mengubahnya dan hindari tabiat lama kerana ini adalah bulan untuk perubahan.

Ia bermaksud bukanlah kita harus mengubah rutin harian semuanya sekali, tetapi menyesuaikan rutin itu mengikut kesesuaian dan keselesaan kita.

Juga, jangan buat perkara yang mundur ke belakang atau memadatkan rutin harian kita kerana tiada siapa yang dapat menjangka bila hal kecemasan boleh berlaku.


9. Ingatkan Diri Kita Tentang Hakikat Kejayaan Yang  Kita Capai 

Ini ada beberapa cara.

Antaranya adalah dengan pergi kepada seseorang yang boleh sentiasa mengigatkan kita, atau kita boleh mengingatkan diri kita sendiri.

Ingatkan diri kita tentang amalan kita pada bulan ini dan kita mungkin tidak berpeluang seperti ini lagi.


10. Jangan Berputus Asa 

Syaitan sentiasa membuatkan kita berputus asa atas perkara yang baik, tetapi pada bulan ini, syaitan dibelenggu.

Oleh itu, Kita hanya bertarung dengan diri sendiri – Jangan anggap kita tidak mampu lakukan!

Jika kita seorang yang beriman kepada Allah, jangan berputus asa, Berbuatlah perkara baik sehingga ke hujung bulan Ramadhan, walaupun mungkin kita penat seketika, tetapi jangan berputus asa!


Semoga Allah memberi keampunan kepada kita, Semoga Dia menjadikan Ramadhan kali ni penuh dengan rahmat dan semoga kita berjaya menjadikan Ramadhan kali ini paling berjaya dan produktif untuk diri kita! Amin..

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
Misteri Lailatul Qadar, Malam Penuh Kemuliaan di 10 Hari Terakhir Bulan Ramadan Al-Mubarak | Satu Johor
5 tahun yang lalu

[…] adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan, duduk dalam masjid untuk […]

trackback
Memaksimumkan 10 Malam Ramadhan Terakhir – SYED IBRAHIM SYED AHMAD
7 tahun yang lalu

[…] adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan, duduk dalam masjid untuk […]

husna husnul
husna husnul
12 tahun yang lalu

nice…!
btw..nk jadikan pic diats tu as profile pic tuk fb saya boleh? :)