Bukan Senang Nak Memaafkan Orang Dengan Ikhlas!

memaafkan orang
Memaafkan orang dengan iklas bukan senang | I’ll be fine by BlackJack0919

Bukan senang nak maafkan orang, perkataan MAAF itu sendiri pun sukar untuk kita ungkapkan apetah lagi untuk memaafkan.

Tapi, adakah anda tahu dengan memaafkan seseorang anda akan dapat sesuatu yang agak sukar untuk anda perolehi di dunia realiti sekarang.

Apakah ia?

— KETENANGAN.

Di dalam kehidupan seharian, kita terlupa satu perkara.

Bahawa kita sering melakukan dosa dan tiap kali kita melakukan dosa, yang memaafkan dan mengampunkan kita itu — ALLAH.

Pencipta kita.

Jadi, bagaimana kita boleh terfikir untuk tidak memaafkan manusia yang melakukan dosa kepada kita sedangkan Allah pun mengampunkan dosa-dosa kita terhadapNya?

Kadang-kadang bila seseorang minta maaf kepada kita, kita senang mengungkapkan ‘okay, saya maafkan awak’.

Lebih-lebih lagi zaman teknologi canggih macam sekarang ini, hanya perlu meminta maaf dan memaafkan melalui mesej, whatsapp, bbm, wechat dan lain-lain.

 

Nampak Senang Bukan?

Tapi, adakah perkataan ‘saya maafkan awak’ itu lahir dari hati yang tulus ikhlas?

Adakah ia benar-benar terbit dari hati kecil kita yang realitinya terluka dek kerana perbuatan insan yang meminta maaf itu?

Senang cerita macam ini lah, kalau kita buat salah dekat orang, kita mesti nak orang itu memaafkan kita kan?

Takut-takut kalau tak sempat minta maaf, letih jugak nak cari orang itu di padang mahsyar nanti untuk minta maaf.

Tapi, kalau kita nk orang maafkan kita, kita mesti ikhlas dalam meminta maaf.

Percaya lah cakap saya, kalau kita minta maaf pun tak ikhlas dari hati, nescaya orang yang memaafkan itu pun akan jadi tak ikhlas dalam memaafkan.

Kepada yang memaafkan, anda kena ingat, bila anda memaafkan orang yang berbuat salah kepada anda, anda akan rasa tenang.

Tenang setenang-tenangnya.

Berdendam takkan dapat bawa kita kepada ketenangan hidup, sebab kalau kita berdendam dan tak mahu maafkan orang yang berbuat salah kepada kita, kita akan hidup dengan penuh rasa benci dan marah.

Bila dalam diri penuh rasa benci dan marah, semua benda-benda baik akan sukar kita perolehi dalam kehidupan.

Sebab itu lah kalau kita perhatikan, orang yang tidak ikhlas memaafkan ini dia akan rasa tak puas hati dan masih ada rasa benci terhadap si pelaku salah.

Maafkan lah orang yang berbuat salah kepada anda walau seteruk mana anda disakiti. Memaafkan itu sifat terpuji.

INGAT, HANYA ORANG YANG KUAT SAHAJA YANG AKAN MEMAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH KEPADANYA.

Walaupun hakikatnya memang susah nak maafkan orang, tapi kalau kita maafkan, kita tak rugi apa-apa pun.

Tak guna duit kita walau sesen pun.

 

Biasakan Diri Untuk Memaafkan Orang

Sebelum tidur, cuba biasakan diri untuk meminta maaf kepada orang sekeliling dan memaafkan orang yang telah menyakiti kita.

In shaa Allah, ketenangan lah yang akan kita dapat.

Kadang-kadang, kita perlu memaafkan orang, bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri.

Memaafkan tak akan membuatkan kita hina walau sedikit pun, meminta maaf takkan menjatuhkan harga diri kita walau sedikit pun, kerna kita tahu akan hakikat bahawa manusia akan sentiasa melakukan kesilapan dalam hidup.

Belajarlah untuk memaafkan untuk kita memperoleh ketenangan. Sesungguhnya, pemaaf itu sifat orang beriman. :)

Artikel telah dihantar ke Inbox kami oleh Noorihan Noorudin ( blog ). Semoga memberi manfaat yang besar kepada pembaca semua.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

25 thoughts on “Bukan Senang Nak Memaafkan Orang Dengan Ikhlas!”

  1. Saya dah maafkan orang yang paling saya sayang tapi dia dah maafkan saya ..Saya nak tahu macam mana nak tahu dia layan kita macam dulu balik ke tidak .

    Reply
  2. Salam nk tnya..kita sudah btul2 minta maaf di atas penipuan tentang hal keputusan peperiksaan tapi keesokkan sy sudah beritahu hal yg sbnr dan sy btul2 minta maaf tpi dia btul2 marah smpai menghina sy sngt2..adakah tanggugjawab sy yg btul2 ikhlas minta maaf sudah selesai disebabkan dia tidak memaafkan sy ataupun tidak??dan adakah kesalahan sy ni terlalu besar untk susah dimaafkn??

    Reply
  3. Hidup adalah ujian untuk semua….memaafkan mudah, melupakan sukar….inilah ujian-NYA…istiqamah belajar melupakan…i-Allah.

    Reply
  4. ketika saya memaafkan kesalahan seseorang, saya berharap dengan saya maafkan dia akan membuat dia menjadi lebih baik dan sayapun insha Allah menjadi lebih baik. dan lebih bersabar.
    adapun bila satu saat , dia melakukan hal serupa (terulang lagi) membuat kesalahan… saya tetap memaafkannya, tetapi dalam dirisaya.. bersikap lebih hati hati terhadap dia, menghindari kemungkinan dia lagi2 melakukan hal serupa.

    ini semisal terkait urusan utang ber utang yang kadangkala da orang yang gemar sekali berutang, berjanji akan membayar .. namun ketika waktunya membayar, seribu alasan dibuat dan kadangkala marah kepada sipenagih.

    untuk yang seperti ini.. saya kasih maaf.. tetapi mohon maaf saya tak akan kasih lagi dia berutang. bukan karena dendam saya, namun agar dia dapat berlaku lebih baik dalam hidupnya.

    Reply
  5. Assalamualaikum … Bagaimana saya nak memaafkan diri saya & mencari keredhaan Allah swt supaya hati saya tenang & redha. Terimakasih

    Reply
    • Wassalam,

      Perbanyakkan istigfar dan mendekatkan diri dengan Allah (solat), insyaAllah hati akan menjadi tenang.

      Reply
  6. Assalamualaikum, saya Nurul.. Saya sebenarnya ada sikit masalah dengan housemate saya.. saya marah pada salah sorang hosemate saya kerana dia buat saya cemburu.. teman lelaki saya duduk berdekatan dengan rumah dia, jadi dia cakap yang dia akn ajak teman lelaki saya untuk keluar bersama tanpa mengajak saya.. saya tahu itu gurauan, dan saya hanya pendam sahaja.. tapi keesokan harnya , perangai dia buat saya makin geram dan saya termarah dan menaikkan suara saya pada dia.. saya tahu salah saya, tapi saya ego untuk menegur dia .. saya perlukan masa.. tapi dia perli saya di status, palau saya, ajak housemate yang lain palau saya jugak, saya tak faham.. selama ni bila dia badmood, marah saya .. saya masih tegur dia .. baik lagi dengan dia .. tapi bila saya dia buat macam tu.. saya jadi tak ikhlas nak maafkan dia dan minta maaf pada dia .. tolong saya .. apa yang perlu saya buat.. saya perlukan jawapan segera

    Reply
    • wslm nurul….ikhlaskan ati..pandng dari sudut positif,maybe nurul je ase di pulau,hakikatnya xpn…tegur n berbaik dgn dyorg mcm biase,anggap mcm xda pe2 jd…dlm ms y sm nurul bole mintk mf kat kwn2…cuma satu je nurul,jgn d sebbkn lelaki kite kaum hawa nie nk bermusuh…andai laki tu ikhlas berkwn xkn ad sikit pn ase utk dy sakitkn hati nurul…maybe nurul bole slowtalk dgn housemate supaya x bergurau berlebihan…tp bg sis jgn gado sesama hawa sbb lelaki…kite perempuan…ad harge diri,air muke n maruah..xkn nurul nk lelaki tu ketawa sbb kebodohan kite bergaduh sesama hawa kndi sebbkn dy…thinkz positif..byk lagi y nurul kn tempuh lps nie…

      Reply
  7. Dulu saya tak kisah apa pun orang buat saya tetap diam dan baik … tetap jugak tolong dan tidak penah ada niat untuk dapat kan apa … dan maafkan walaupun orang buat saya sampai terduduk … tapi lepas saya bersalin hati saya jadi marah dan dendam sampai sekarang pun saya tak mampu nak buang …

    Reply
  8. Assalamualaikum sye ni ponah mrah seseorang ni tapi bila sye dah mintk maaf kat die die mrah sye balik dah banyk kali dah sye pujuk die maaf kan sye tpi die ni keras ati tak nak maaf kan sye2 maaf kan die dari iklas ati sye ni sye bukan nak mintak die bayr pun kat sye cume sye nak maaf kan sye tu je die cakp ati die terluke dan masih lagi marah kan kat sye lagi sye tahu sye buat slah kat die tpi die nk keras kan ati juga tak bleh nk maaf kn sye klau die maaf kan sye alhamdulillah kerje sye jdi senang nj die tak maaf ka sye2 jadi susah ati nk pikar kn masalh je sampai sekrng juga die tak nak maaf kan sye lagi sye dh cube banyk kali

    Reply
    • Waalaikumusalam.. Saya berada dalam situasi nie..
      Saya sedar banyak salah.. Dan saya pun kerap buat salah yang sama sampai dia jadi marah, tak maafkan saya… Walaupun pujuk macam mane sekali pun..

      Reply
  9. saya nak tanya klau saya dh mintak maaf kat org tu ttpi saya still tak tenang dan selalu ingat dia mcm mana? adakah dia tidak memaafkan saya atau pun apa?

    Reply
    • hidup mmg utk d uji…Setiap ujian yg dtg jgn lari dr Allah trs cr Allah…Maafkn dgn seikhlas hati selapng hati,Supaya rse kecewa rse sakit ati x kn tmibul…Forgiveness n foget:)

      Reply
  10. Saya pernah disakiti berulang kali dengan orang yang sama. Tapi lepas dia minta maaf dia cakap ‘lepas saya bentak kau kau jangan marah pada saya’. Dia selalu mengeluh, hina saya, tiap dia dapat nilai jelek dia selalu marah marah dengan saya. Tiap dia butuh saya baru dia nak minta maaf. Macam mana cara maafkan orang macam tu?

    Reply
  11. assalamualaikum… sy pernah disakiti bkn skali tp berulang kali dgn org yg sama….sy x tahu knp mudah sgt sy menerima dia dan percaya kn dia wpn dh berkali dia sakiti sy…. sekarang sy tekad utk melupakan dia…tp…sy blm mampu utk melupakan dia…???????? wpn sy th dia berbahgia sekarang dgn yg lain…sy memujuk hati sy supaya memaafkn dia walaupn dia tidak pernah meminta maaf… sy mahukan ketenangan…tapi sy blm dapat ketenangan itu ???????????????????? sudah hampir 3 tahun lepas hidup sy sentiasa dibayangi dia…..

    Reply
    • dalam kisah hidup awak sama macam saya, yes still now kita tak dapat ketenangan itu. 4 years ago still saya terbayangkan wajah dia, tapi dia sudah bahagia dengan orang lain. Kita kena bertabah dan redha yang dia tiada lagi dalam kehidupan kita. ikhlaskan hati betul2 agar kita memaafkan seseorang tu.Better kita berjumpe and say ‘ aku maafkan kau dengan seikhlas hati aku yang apa telah berlaku semalam ini, aku harap dengan kemaafan aku ni, aku jumpe ketenangan dalam hidup aku selama ini’ sekian.

      Reply
    • hidup mmg utk d uji…Setiap ujian yg dtg jgn lari dr Allah trs cr Allah…Maafkn dgn seikhlas hati selapng hati,Supaya rse kecewa rse sakit ati x kn tmibul…Forgiveness n foget:)

      Reply
  12. saya pernah disakiti. saya ditipu dgn lelaki. pada mulanya dia kata dia ingin berpisah kerana sikap saya yang cepat marah & terlalu jujur sehinggakan saya tidak sedar bahawa saya telah menyakiti hati dia. dan saya mengambil masa untuk terima bahawa dia bukan la jodoh saya. akhirnya hati saya mula untuk terima dia sebagai kawan sahaja. setelah sebulan berpisah, baru saya tahu bahawa dia mempunyai hubungan dgn KAWAN BAIK saya. saya ulang KAWAN BAIK saya. hanya Allah sahaja tahu betapa hancurnya hati saya sehingga kini. saya cuba untuk pujuk hati saya untuk maafkan kesilapan mereka. tapi hati saya terlalu hancur untuk memaafkan mereka. saya tidak sangka bahawa lelaki yang saya percaya selama ini mempunyai hubungan sulit dgn kawan baik saya sendiri. sudah hampir 3 bulan saya cuba untuk merawat hati saya. saya cuba untuk buang rasa kecewa tapi setiap kali saya cuba, saya gagal kerana saya masih tidak mampu untuk melupakan kesilapan dia.
    Saya meminta jasa baik admin, apa lagi yang saya harus lakukan untuk pujuk hati saya supaya hilang rasa sakit hati ini? Saya sudah buntu & tidak tahu apa lagi yang perlu saya lakukan.

    Reply
  13. Ya Allah..memang susah utk aku menghapuskan dendam dalam hati aku ni..
    First time aku jadi pendendam ni mase aku darjah 4.Sebabnye-sorang makhluk Allah ni suke2 hati die je nak malukan aku depan satu kelas.Bukan tu je,malah die ni boleh pulak tarik tudung sekolah aku ni kat depan satu kelas sampai menampakkan aurat aku..Sebabnye aku pakai tudung tak lipat sisi tudung.Dan makhluk Allah ni merupakan guru disiplin kat sekolah tu.Ape jadahnye jadi guru disiplin bile perangai macam Setan.Aku gelarkan cikgu tu Cikgu Aishah Mak Lampir.Memang muke die ade iras2 Mak Lampir,sebijik!
    Akhirnye aku secara officiallynye menjadi Sang Pendendam.Sekarang umur aku 24 tahun.Aku bile dah berdendam ngan seseorang tu,alamatnye sampai kat Padang Masyar pun aku takkan maafkan.Kau melutut,cium kaki aku pun aku tak heran lah!
    Bile aku tahu ade seseorang ni mengumpat ,citer buruk pasal aku memang die secara automatiknye masuk dalam list ‘dendam’ aku.
    Muka aku ni nampak je macam baik,naif tapi sebenarnye dalam hati aku ni hanya Allah je yang tahu.Aku ni memang la pendendam tapi taklah sampai aku ade hasad dengki atau nak menjahati dieorang.Aku just dendam senyap2.
    Aku pun tak tahu nak buat macam mana utk menghapuskan dendam ni..suggestion please~

    Reply
  14. assalamualaikum..
    sy pernah di sakiti…sy memaafkan dia..tp dia ulang perbuatan dia mnyakiti hati sy..sy rsa d perbodohkn..lpas tu sy cuba memaafkn dia tp hati mcm ikhlas xikhlas..ehm..

    Reply
  15. assalamualaikum . saya dah buat kesilapan yang paling besar dalam hidup saya n kehilangan impian saya .. saya telah buat coach saya kecil hati dengan perangai saya . saya telah ingkar dgn janji janji saya pada coach saya untuk memberi sepenuh tumpuan semasa training tapi perkara yang tidak dirancang oleh keluarga saya untuk pergi bercuti ,saya terpaksa ikut family saya and tidak pergi training . dan saya telah dibuang dari team . sudah beberapa hari saya tidak berasa nak mkn n tidur tak lena dengan apa yang dah berlaku sekarang .. saya ingin berjumpa dgn coach saya tapi saya takut dia tidak memaafkan kesilapan saya ini .. apa yang patut saya buat untuk meminta maaf pada coach saya ?

    Reply
  16. Salam…saya rasa susah sangat melupakan hinaan isteri lain suami saya kepada saya dan perbuatan dia yang mennyentuh fizikal saya dan fitnah2 dia ke atas saya yg merosakkan nama baik saya.

    Sebelum ni saya tak ada masalah memaafkan kesalahan sesiapa kepada saya tapi kali ni sgt sukar utk saya memaafkan.

    Bagaimana utk saya melupakan segala hal yang menyakitkan itu dan bagaimana saya nak menghilangkan dendam yg ada. Saya rasa saya sangat berdendam dgn dia.

    Saya tak bboleh maafkan dia langsung.

    Reply
  17. Saya buat kesilapan yang terlalu mengaibkan saya beberapa hari lalu. Saya rasa kalau perkara ni tak terbongkar, sampai bila pon saya takkan bertaubat. Saya mengkhianati seorang perempuan. Saya masih berhubungan dengan teman lelaki dia yang jugak bekas teman lelaki saya. Dia tidak boleh terima situasi tu. Sejak benda tu terjadi, hati saya menjadi tidak tenang. Lebih lebih lagi bila saya seikhlas hati memohon maaf, dia jawap “i will never forgive you”. Saya tidak lalu makan dan saya sentiasa mahu menangis fikirkan kejadian tu. Saya terlalu percaya kan kata kata bekas teman lelaki saya sehingga makan diri sendiri. Sekarang saya yg tidak berasa tenang atas kejadian ni. Saya terasa dihantui perasaan bersalah yang sangat tinggi. Apa lagi cara yg boleh saya lakukan bagi memohon maaf dari dia?

    Reply

Leave a Comment