Berubah: Step By Step atau Secara Mendadak?

berubah
Meniti tangga untuk berubah

Bagaimana berubah ke arah lebih baik?

Ramai yang ingin berubah dan mengajak orang lain untuk berubah.

Maksud saya disini, berubah menjadi untuk lebih baik dari sebelumnya. 

Dulu malas solat, kepada rajin untuk berjemaah.

Dulu buka aurat, kepada menjadi seorang yang amat menjaga aurat.

Bila hati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah.

Hati kita masih peka dan lembut  untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan.

Namun yang selalu menjadi persoalannya adalah; berubah secara total mahu pun secara beransur – beransur?

Ada yang berpendapat perubahan perlu dilakukan secara beransur-ansur agar tidak berlaku kejutan.

Bayangkan jika dulu kita selalu melepak dengan kawan-kawan kita sekarang ini kita tidak mahu lagi berkawan dengan mereka atas alasan tidak mahu membuang masa.

Tentu perasaan mereka akan terguris bukan?

Ada juga yang menempelak bahawa jika ingin berubah itu harus secara menyeluruh, total, dan semaksimum mungkin, kerana maut itu bila-bila sahaja.

Bimbang ajal menjemput sebelum sempat bertaubat.

Kedua-dua pendapat tersebut boleh diterima.

 

Melakukan Perubahan Tidaklah Semudah Yang Kita Bayangkan atau Harapkan

Lebih sukar lagi bagi perkara-perkara besar yang akan menentukan corak hidup dan masa depan kita, perubahan itu akan terasa berat dan sukar.

Untuk persoalan ini, sebenarnya  kita seharusnya melihat skop atau dari sudut apakah yang kita ingin lakukan perubahan itu.

Sudut ini terbahagi kepada dua, iaitu:

  • Berubah dari sudut penampilan
  • Berubah dari sudut  perangai/gaya hidup.

Untuk sudut penampilan, kita boleh berubah sepenuhnya tanpa perlu step.

Sebagai contoh:

Jika dahulunya kita seorang yang berpakaian tidak menutup aurat, bila berubah ni kita boleh memakai pakaian yang sepenuhnya menutup aurat.

Tetapi bagi sudut perangai dan gaya hidup ni, nak tak nak, memang perubahan itu perlu dididik sedikit demi sedikit, kerana ia sudah berdarah daging dalam diri.

Ia diibaratkan jika dari dulu kita menconteng sikit demi sedikt dinding yang luas sehingga pada suatu masa kita nak padam balik contengan tu, pasti kita tak mampu kita nak padam balik semua sekaligus.

Tetapi kita boleh padam sedikit demi sedikit,  sehingga contengan itu dapat kita padam bersih semuanya skali.

Keduanya boleh kita simpulkan seperti kita dan kereta.

Nak tukar kereta senang jer, hari ini kita boleh pakai Proton esok boleh bergaya dengan BMW.

Namun untuk mengubah cara pemanduan itu yang sukar, mustahil dalam masa sehari.

Memang, melakukan perubahan ini merupakan satu perjuangan. Anda dijemput membaca artikel berkenaan disini

Yang paling penting samada perubahan kite tu step by step or  skaligus, adalah dengan mohon kekuatan daripada Allah moga perubahan diri kita ni tidak ditarik balik.

Berubah memang sukar.

Tetapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.

“rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…”

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

46 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
insan yang lemah
insan yang lemah
3 tahun yang lalu

saya betul2 nak berubah..kembali ke jalan Allah..sy tak tau mana silapnya..bila sy dijalan yang benar sy sentiasa ditarik ke jalan yg salah..sy tinggal dgn fmly mrtua..mereka sntiasa mengejar duniawi..kdg sy dah bosan dgn semua ni..pd ms ttntu pabila sy xikut kata mereka..mereka sntiasa bcerita tentang sy dekt keluarga yg lain..sy jd ttekan..sy xde kawan..sy dduk rumah..nak kemana2 sendri tak boleh..klu sy nk keluar tenangkn hati sendirian tak boleh..sy btul2 nak berubh..tp kenapa ssh sgt..sy nk ikut perintah Allah..sy xnak buat dosa lg. sy tkt..tlg lah sy..sy buntu..sy sgt tkt dgn dosa2 sy yg lalu..tak da sapa yg dpt bntu sy..

Nur asiffa
Nur asiffa
3 tahun yang lalu

Dulu saya teruk sgt.. sy byk buat org sakit hati. Skrg sy cuba ubah diri sy perlahan2 tpi org tk penah nmpk perubahan sy. Kekadang sy penat dgn hidup ni. Sy penah berdoa supaya Allah tarik nyawa sy sbb sy terlalu penat kena tuduh mcm2. Kalau bunuh diri berdosa plk. Jdi sy minx supaya nyawa sy ditarik la. Daripada dulu sampai skrg sy terlalu byk menangis sampai oneday sy nangis dgn menahan dada yg terlalu sakit. Jadi sbb tu laa sy cuba bce article yg mne bole meningkat kn semangat sy blik. Awak rse kelakuan sy tu teruk ke?

Hazwani Husna
Hazwani Husna
3 tahun yang lalu

assalamualaikum, saya ingin bertanya jika kita seorang yang betul betul pemalas sampai tidak mahu bergaul dan bercakap dengan manusia adakah perkara itu boleh berubah? sehinggakan segala pekerjaan yang dilakukan pun rasa tidak berguna.

Last edited 3 tahun yang lalu by Hazwani Husna
Adilla
Adilla
3 tahun yang lalu

Saya suka baca blogger awak . Thankyou sebab dah banyak bagi ilmu ☺️

Seri Aisyah Binti Amrizal
Seri Aisyah Binti Amrizal
4 tahun yang lalu

Saya hendak berubah tetapi saya tidak tahu bagaimana.Saya nak berubah untuk kawan²,keluarga,dan allah.saya nak semua sayang saya……saya tak tahu bagaimana untuk keluar daripada kelakuan penipuan,maksiat,dan tinggalkan solat dan kebencian terhadap orang lain saya ingin pergi ke jalan allah tapi saya tak tahu bagaimana..abang tolong saya untuk berubah?

Muhammad Firdaus Bin Ridzuan
Muhammad Firdaus Bin Ridzuan
Reply to  Seri Aisyah Binti Amrizal
3 tahun yang lalu

Saya Muhammad Firdaus Bin Ridzuan Saya ingin nak berubah menjadi baik sebab selama ni Saya dah banyak sangat mencuri Dan ambil barang orang lain sampai sekarang tak Ada orang nak kawan dengan Saya Saya betul betul nak berubah nak jadi baik macam dulu Saya nak berkawan balik dengan kawan syaa yang dah putus tu Saya nak berubah abang tolong saya boleh

Sazlie_Saz
Sazlie_Saz
4 tahun yang lalu

Saya ingin berubah untuk diri ini.. Tetapi kenapa susah sangat?? Apa yang perlu saya lakukan???

Hani
Hani
Reply to  Sazlie_Saz
4 tahun yang lalu

nak berubah memang susah, tapi ingat satu dalam hidup ni, kita hidup untuk Allah, hidup untuk dapat syurga Allah. Hidup ni sementara. Percaya dekat Allah, sekali kita dah ada niat untuk berubah, teruskan jangan putus asa. Slow slow, in shaa Allah, Allah pandang walau kecil mana pon usaha kita :) I pray the best for you.

najwan
najwan
4 tahun yang lalu

saya ingin berubah menjadi lebih alim dan menurut perintah allah

Farid
Farid
4 tahun yang lalu

Ingin jadi macam semua yang berjaya

sanih
sanih
5 tahun yang lalu

sangat berguna dn memberikan mfaat kpd semua..

eyfaa
eyfaa
5 tahun yang lalu

baguss. ?