• Skip to secondary menu
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

AKU ISLAM

Demi Allah, jangan bersedih!

  • Home
  • Penulis
  • FAQ
 
Home > Renungan Mukmin > Mengapa Allah Mendatangkan Bahagia Sesaat dan Derita Berpanjangan?

Mengapa Allah Mendatangkan Bahagia Sesaat dan Derita Berpanjangan?

Dikemaskini pada 7 May, 2018  

derita
derita

Kebahagiaan  datang hanya sesaat, tetapi mengapa penderitaan datang itu dirasakan sangat lama dan berterusan hadir dalam setiap saat hidup kita?

Sebenarnya dalam pedihan ada pengalaman berharga.

Dalam kepahitan ada kesembuhan yang menguatkan.

Dalam kekacauan sekali pun ada ketabahan dan usaha untuk keluar dari semua masalah itu.

Kehidupan ini adalah seperti satu pakej sebenarnya..

Bahagia dan menderita itu saling membelakangi, seperti dua sisi duit syiling.

Bila kebahagiaan datang, penderitaan ada pada sisi sebelah lagi yang tertutup.

Tetapi pada saat penderitaan itu datang, bahagia juga berada di sisi sebelah lagi yang tertutup.

“Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan”

— QS. Al-Insyirah: 6

Hanya orang yang bijaksana akan dapat melihat sisi syiling itu dari  sudut syiling itu berdiri, dapat melihat keduanya.

Lupakan penderitaan, berjuanglah untuk mengubah keadaan dengan sepenuh tenaga untuk “membalikkan” keadaan.

Mereka yang memiliki sense of humor dapat melihat sesuatu dari sudut  yang indah.

Menjadikan kesedihan menjadi gelak tawa. Membuat air mata kepedihan menjadi air mata bahagia.

Tiada harapan yang bersinar lebih terang di kala kegelapan, melainkan harapan yang dipancarkan oleh keimanan kita kepada Allah SWT.

Keimanan kita.

Ya, itulah dia harapan yang akan menyuluh jalan keluar di kala kelemahan dan derita.

Mahukan kebahagiaan, maka marilah pada Tuan Punya Kebahagian, iaitu Allah.

Maka yang penting adalah doa, keimanan yang mantap, berusaha dan jangan putus asa dalam mencari kebahagiaan!

Ujian adalah lumrah.

Tetapi jangan berputus asa.

Usaha dan usaha lagi.

Yakin kepada Allah SWT.

Berputus asa samalah dengan kita tidak lagi meyakini-Nya.

Sebab itu, Allah amat membenci mereka yang berputus asa.

Rahmat Allah sudah sangat luas.

Justeru di manakah ruang kita hendak berputus asa kepada-Nya?

Kita langsung tiada alasan untuk berputus asa hakikatnya.

Artikel Berkaitan:

JANGAN TERLEPAS ARTIKEL!

Terima notifikasi bila kami menerbitkan artikel terbaru. PERCUMA!

Join 6,381 other subscribers

5
Tinggalkan Komen Anda

3 Comment threads
1 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
4 Comment authors
Terbaru Terdahulu Paling disukai
fnn

terbaik….

Suka0Tidak Suka  Balas
7 tahun yang lalu
Jailene

I never thought I would find such an everyday topic so entrallhing!

Suka0Tidak Suka  Balas
7 tahun yang lalu
mr.sAm

ok xkn pernah never say die!!!

Suka0Tidak Suka  Balas
7 tahun yang lalu
Admin (Muhamad Naim)

yup..

Suka0Tidak Suka  Balas
7 tahun yang lalu

Primary Sidebar

Follow Kami di Twitter & Facebook

Follow @BlogAkuISLAM

Aku Islam

Artikel Popular

  • Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap)
    Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap)
  • Panduan Cara Solat Dhuha (Lengkap & Mudah Difahami)
    Panduan Cara Solat Dhuha (Lengkap & Mudah Difahami)
  • Cara Solat Sunat Taubat (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Sunat Taubat (Panduan Lengkap)
  • Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
    Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
  • Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat
    Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat
  • Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
    Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
  • Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
    Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
  • 7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat
    7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat
  • Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha
    Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha
  • Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)
    Cara Solat Jamak & Qasar (Panduan Lengkap)


akuislam.com© ditulis dengan ♥ di Malaysia

Ikuti kami di Facebook / Twitter

wpDiscuz