Kenapa begitu sukar untuk membentuk tabiat yang baik?
Mengapa sangat susah untuk kekal istiqamah dalam membuat perubahan?
Bagaimana anda boleh meneruskan niat baik anda untuk melakukan perubahan walaupun nampak seperti tiada hasil?
Persoalan-persoalan ini sering menganggu kita.
Kita ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya, tetapi niat murni kita itu selalu tersekat.
Kita selalu gagal tanpa punca.
Anda dan saya.
Kenapa Kita Selalu Gagal Untuk Berubah ke Arah Perkara Baik?
Kita semua mempunyai harapan dan impian.
Setidak-tidaknya, kebanyakan orang mempunyai kemahuan yang sama.
Contohnya adalah seperti kita mahu badan kita nampak menarik dan sihat, mahu menghafaz al-Quran, mahu menulis buku, mahu lebih dihormati oleh keluarga dan rakan.
Secara keseluruhan, ini adalah perkara-perkara yang baik.
Cantik sebenarnya bila kita mempunyai matlamat dan mengetahui apa yang kita mahu. Ia memberikan kita arah dan tujuan.
Bagaimana pun, kadangkala harapan dan impian itu sendiri yang akan mensabotaj kita daripada menjadi lebih baik.
Bagaimana? keinginan.
Keinginan atau nafsu akan mengumpan kita untuk ‘menggigit lebih besar daripada apa yang kita mampu kunyah.‘
Anda akan faham apa yang saya maksudkan:
- Anda berazam untuk mengingat semua surah dalam al-Quran. Anda menghafal berterusan sepanjang hari pada hujung minggu. Selepas pergi kerja pada hari isnin, anda langsung tidak kembali menghafal selepas itu.
- Anda terinspirasi dengan kisah travel kawan-kawan yang menjelajah negara lain, maka anda pun mula menulis plan rancangan untuk travel ke seluruh dunia. Pada akhirnya anda hanya ‘lemas’ dalam semua butiran perancangan dan berakhir dengan duduk dirumah sahaja.
- Anda termotivasi dengan rancangan The Biggest Loser. Anda pergi ke gim, buat latihan all-out sehingga otot anda cedera dan mengambil tempoh tiga bulan untuk pulih.
Apa yang selalu terjadi, kita membiarkan motivasi dan kemahuan yang sedang membuak itu mendorong kita menjadi kalut untuk menyelesaikan keseluruhan masalah atau keinginan dengan sekali hadap sahaja..
… berbanding bermula dengan langkah kecil sebagai suatu rutin harian.
Saya tahu. Perkara ini bosan.
— impian yang ingin kita capai adalah sangat berbeza dengan tindakan yang akan membawa kita ke sana.
Tidak ramai orang yang mampu terus membuat perubahan besar sekali gus.
Tidak ramai orang mampu istiqamah.
Oleh itu bagaimana untuk kita kekal istiqamah dan konsisten dalam membuat perubahan?
Saya gembira anda bertanya.
Mari saya jelaskan.
Kita Harus Tetapkan Impian Yang Besar, Tetapi Mesti Mulakan Dengan Langkah yang Kecil..
Apabila kita benar-benar ingin berubah untuk perkara lebih baik, kita harus bermula dengan langkah yang kecil.
Cuba bayangkan tabiat-tabiat ini:
- Anda memberus gigi.
- Anda memakai tali pinggang keledar.
- Anda menggigit kuku.
Kelakuan ini cukup kecil sehinggakan kita langsung tak terfikirkannya. Kita melakukannya secara automatik.
Mereka adalah kelakuan-kelakuan kecil yang membentuk tabiat kita secara berterusan.
Jadi masuk akal atau tidak, jika saya katakan cara terbaik untuk memulakan sesuatu adalah dengan membuat perubahan kecil terlebih dahulu.
Yang mana otak kita boleh cepat belajar dan mengulangi secara automatik.
Lama-kelamaan, kita akan top-up kemajuan kita sehingga mencapai apa yang kita inginkan, tanpa rasa lelah dan sukar.
Analogi pendekatan ini sama seperti belajar berenang:
Bila kita terus terjun ke air yang dalam sebaik sahaja kita mendapatkan ransangan motivasi, kita hanya akan gagal, dan lemas dengan cepat.
Kita memerlukan lebih banyak rangsangan motivasi apabila tabiat baru kita semakin ‘lemas’.
Tetapi, bila kita mulai berenang di air yang cetek terlebih dahulu, pasti perlahan-lahan akan kita akan pergi ke air yang lebih dalam.
Sehingga sampai ke titik di mana kita boleh berenang sendiri sama ada bermotivasi atau tidak.
Kita sudah selesa dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada diri kita. Ia sudah bersemadi dengan tubuh kita. Ia sudah menjadi kepercayaan kita.
Nampak?
Beri Tumpuan Kepada Gaya Hidup, Bukan Kepada Perubahan Hidup
Sering kali kita taksub dengan membuat perubahan yang mengubah hidup.
Tetapi untuk mencapai sesuatu yang mengubah hidup, anda terlebih dahulu harus menukar gaya hidup.
Cuba wujudkan tabiat-tabiat kecil terlebih dahulu.
- Mengingat 30 juz al-Quran adalah satu perubahan hidup, menghafaz 10 ayat baru setiap hari adalah gaya hidup yang baru.
- Menerbitkan sebuah buku adalah satu perubahan hidup, menulis 5 muka surat setiap hari adalah gaya hidup yang baru.
- Bangun Solat Tahajjud setiap malam adalah perubahan hidup, pastikan solat fardhu tepat pada waktu setiap masa adalah gaya hidup yang baru.
- Menurunkan berat badan 20kg adalah satu perubahan hidup, minum 8 gelas air masak setiap hari adalah gaya adalah hidup yang baru.
- Ingin menjadi muslimah yang sebenar-benar soleh adalah perubahan hidup, menjaga pemakaian (aurat) dan tutur kata adalah gaya hidup yang baru.
Nampak perbezaannya?
Mempunyai matlamat hidup adalah perlu kerana ia menunjukkan arah hidup, tetapi kadangkala ia juga ‘menipu kita’ dengan menyasarkan apa yang tak mampu dikendalikan.
Langkah kecil – rutin harian kecil yang diulangi secara berterusan – inilah yang akan membuatkan apa yang kita hendak capai menjadi realiti.
Saya tahu ini kelihatan hampir tiada makna pada mulanya.
Tetapi tabiat kecil sebenarnya boleh memberikan kemajuan yang luar biasa dengan cepat.
Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
— Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Istiqamah — walaupun adakalanya amalan tersebut nampak kecil, tetapi kebaikan yang dilaksanakan secara istiqamah itu akan memberikan impak tabiat yang baik kepada pelakunya secara berterusan.
Nampak?
Islam itu agama yang mudah sebenarnya.
Penutup: Tips Untuk Kekal Istiqamah
Bertahan dalam perubahan yang baik sememangnya sukar.
Ini sudah tentu kerana pada asasnya jiwa manusia selalu dibayangi oleh hawa nafsu.
Sebenarnya ada 2 elemen yang menyukarkan kita untuk istiqamah bertahan dengan perubahan baik, iaitu nafsu (syaitan) dan Mazmumah, iaitu kelemahan diri kita sendiri.
Namun jangan bimbang, dengan strategi yang kita bincangkan diatas, InsyaaAllah kita akan dapat membuat kemajuan dan menjadi seorang muslim yang produktif.
Ini adalah beberapa peraturan ringkas tapi berkesan untuk kekal dengan perubahan yang ingin kita lakukan:
- Bermula dengan sesuatu sangat mudah untuk anda. Ia mesti menjadi begitu mudah sehingga anda tidak boleh mengatakan tidak. Pastikan ia tidak sukar langsung.
- Anda perlu meningkatkan pencapaian perubahan tersebut setiap hari, tetapi dengan cara yang sangat kecil.
- Walaupun selepas meningkatkan pencapaian perubahan tersebut, pastikan semuanya kekal mudah. Jika perlu, pecahkan kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah.
- Sentiasa mengingatkan diri kita dengan niat asal dan re-charge semangat kita dengan zikir mengingati Allah.
Apa yang terpenting, mulakan langkah pertama.
Akhir sekali adalah kita perlu memohon kekuatan daripada Allah agar segala perubahan ke arah kebaikan yang kita lakukan diberi kekuatan pertolongan.
Semoga hati kita terus diberi kekuatan untuk istiqamah.
YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII ‘ALAA DIINIKA WA ‘ALAA THOO’ATHIK.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.
Semoga memberi manfaat kepada semua.
Sila tinggalkan pandangan anda.
Jika terdapat pandangan atau masalah yang anda hadapi mengenai perkara ini, sila tinggalkan pada ruangan komen di bawah.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum..terima kasih keatas artikel ini.. bermaanfaatnya ia kepada saya
amin amin.. semoga kita semua selalu kiat dan tabah dan semangat kearah istiqamah.. tunai kerana Allah SWT.. amin
Assalamualaikum! Terima kasih banyak di atas komen Anda.
Saya gembira mendengar artikel ini memberi manfaat kepada Anda. Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan, ketabahan, dan keazaman untuk istiqamah dalam setiap perjuangan kita, semuanya kerana Allah SWT. 🌼
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana artikel ini dapat memberikan sedikit manfaat dan panduan kepada Anda.
Semoga dengan niat yang tulus dan usaha yang ikhlas, kita semua dapat melakukan perubahan positif dalam diri dan mendapatkan redha dan rahmat dari-Nya. Allahumma solli’ala sayyidina Muhammad.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk memberikan komen yang bermakna. Semoga Allah sentiasa memberkati kita dengan hidayah dan kefahaman yang mendalam. Amin. 🌸
Selamat meneruskan perjalanan mencari ilmu dan kebenaran!
Terima kasih ustaz dengan penerangan ini. Semoga Allah mengurniakan kita semua istiqomah selamanya Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.
Assalamualaikum,
Terima kasih di atas kata-kata yang baik dan doa Anda. Saya hanyalah perantara untuk menyampaikan ilmu. Semoga Allah SWT menerima usaha kita dan memberi taufik serta hidayah kepada kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.
Semoga selalu dalam lindungan Allah. 🌼
Terima kasih kpda ustaz yg berilmu ini. kerana memberi ilmu Kpda yg tidak berilmu menjadi berilmu. #insyaallah
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Terima kasih di atas kata-kata yang baik dan positif. Sebagai seorang penyampaian ilmu, tujuan saya hanyalah untuk berkongsi apa yang saya ketahui dengan harapan dapat membantu orang lain. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kita dengan ilmu yang bermanfaat dan membimbing kita pada jalan yang lurus. insyaallah
Jangan ragu untuk bertanya jika ada lagi perkara yang ingin Anda ketahui. Semoga ilmu yang diperoleh membawa manfaat dan mendekatkan kita kepada pencipta kita.
Selamat meneruskan perjalanan mencari ilmu dan mendekatkan diri kepada-Nya! 🌸
Adakah patut saya mengikut fikiran saya atau tidak
Soalan mengenai sama ada perlu mengikut fikiran sendiri atau tidak memerlukan pertimbangan yang mendalam. Sebelum membuat keputusan, pertimbangkan beberapa aspek berikut:
1. Adakah tindakan atau keputusan yang ingin Anda ambil selaras dengan niat dan tujuan yang baik? Adakah ia mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain?
2. Adakah Anda mempunyai ilmu dan informasi yang cukup tentang perkara yang sedang Anda pertimbangkan? Kadang-kadang, mendapatkan nasihat atau keterangan tambahan boleh membantu membuat keputusan yang lebih baik.
3. Tanyakan pada diri sendiri adakah keputusan yang ingin diambil berasaskan emosi semata-mata atau ada pertimbangan logik di sebaliknya? Walaupun emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, penting untuk memastikan keputusan tidak diambil semata-mata kerana emosi yang sementara.
4. Jika Anda seorang Muslim dan berada dalam keraguan, Anda boleh mengerjakan solat istikharah untuk memohon petunjuk dari Allah SWT.
5. Kadang-kadang, mendapatkan perspektif atau nasihat dari orang lain yang berpengalaman atau yang Anda percayai boleh membantu memberikan pandangan yang lebih luas dan objektif.
Ingatlah bahawa dalam hidup, tiada keputusan yang 100% sempurna. Yang paling penting adalah kita membuat keputusan dengan niat yang baik, dengan ilmu yang cukup, dan dengan harapan agar keputusan tersebut akan membawa kebaikan.
Semoga Anda diberikan kejelasan dan petunjuk dalam membuat keputusan.
Assalamu’alaikum ustaz.. alhamdulillah… Saya baru belajar…semoga saya istiqomah dan …mcm saya bisa amal dengan istiqomah ?
Alhamdulillah. Semoga diberikan kekuatan!
Waalaikumsalam,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi Anda keinginan untuk belajar dan keazaman untuk istiqomah dalam amalan.
Istiqomah, atau konsistensi dalam beramal, memang salah satu cabaran terbesar dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu Anda istiqomah:
1. Niat: Pastikan niat Anda jelas dan tulus untuk Allah SWT. Dengan niat yang kuat, insya’Allah, Anda akan mendapati diri Anda lebih mudah untuk istiqomah.
2. Mulakan Dengan Yang Ringan: Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya amal yang paling dicintai oleh Allah adalah amal yang dilakukan secara istiqomah walaupun sedikit.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
3. Buat Jadual: Membuat jadual atau rutin harian boleh membantu Anda mengingatkan tentang amalan yang ingin dilakukan.
4. Bersama Sahabat yang Soleh: Berkawan dengan mereka yang mempunyai semangat yang sama untuk beribadah dan beramal dengan istiqomah. Mereka boleh memberi semangat dan dorongan.
5. Selalu Muhasabah Diri: Luangkan masa untuk merenung dan menilai diri. Jika ada kelemahan, cari jalan untuk memperbaikinya.
6. Minta Pertolongan dari Allah: Sentiasa berdoa agar Allah memberi kita kekuatan dan keistiqomahan dalam amalan. Solat Istikharah juga boleh membantu dalam membuat keputusan.
7. Jangan Putus Asa: Jika Anda tergelincir atau terlalai, jangan berputus asa. Ingatlah bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. Bangkit semula dan teruskan usaha Anda.
Semoga dengan usaha dan doa, Anda akan mendapat keistiqomahan dalam amalan Anda. Ingatlah, setiap langkah kecil yang kita ambil dengan ikhlas, insya’Allah, akan mendapat ganjaran dari-Nya.
Semoga Allah SWT memudahkan perjalanan Anda. Aamiin. 🌸
Baru paham,camni rupanya konsep istiqomah ni.Sangat bermanfaat dan mujarab
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kefahaman kepada kita. Istiqomah memang prinsip yang penting dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya. Ia melibatkan kesungguhan, ketabahan, dan konsistensi dalam beramal, terutama dalam menjalani kehidupan yang redha oleh Allah.
Saya gembira jika penerangan tersebut memberi manfaat kepada Anda. Jangan ragu untuk bertanya atau berkongsi lagi jika ada sebarang perkara yang ingin diperdalam atau dikongsi. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan kekuatan untuk istiqomah dalam setiap langkah kehidupan kita. Aamiin. 🌼
Ye. Saya suka bercita² tinggi sampai saya sendiri tak mampu nak lakukan. Terima kasih atas tips. Saya akan Cuba amalkan.
Alhamdulillah, mempunyai cita-cita tinggi adalah satu kelebihan kerana ia dapat memotivasi kita untuk berusaha lebih keras. Namun, kadang-kadang, kita mungkin merasa terbebani jika jarak antara impian kita dan realiti terlalu jauh. Yang penting adalah menemukan keseimbangan antara memiliki aspirasi dan juga mengenali keupayaan serta batasan kita pada masa tertentu.
Adalah penting untuk mengingat bahawa setiap langkah kecil menuju cita-cita tersebut adalah sebuah kemajuan. Anda tidak perlu tergesa-gesa; yang penting adalah Anda terus bergerak ke arah tujuan Anda, walaupun langkahnya kecil.
Terima kasih kerana berkongsi perasaan Anda. Semoga dengan amalan tips yang diberikan, Anda dapat menemui jalan terbaik untuk mencapai cita-cita Anda dengan lebih realistik dan berkesan. Ingat, Allah SWT menghargai usaha dan niat kita, bukan sahaja hasilnya. Semoga Anda diberkati dalam setiap langkah Anda. Aamiin. 🌟
aslmkm . terima kasih diatas perkongsian anda . sy sgt hargai penulisan ini . alhmdulillah . pertama mcm yg dlm penulisan ini sebut . ingin mnjadi lebih baik . sy mulakan ubah cara solat dn mnmbah solat2 sunat juga mnmbah amaln surah . sy ingin brtny . mmg sy mnjadi penat . krana mnmbah byk terus perubahan . pertanyaan sy perlu ke utk sy tggal kn slh satu mcm di dlm penulisan ini tulis . supaya di mula kn dgn kcil2 dlu . syg klu sy tggalkn salah satu . mohon pendapat anda . terima kasih .
Waalaikumsalam,
Alhamdulillah, syukur atas keazaman Anda untuk meningkatkan amalan ibadah. Kesungguhan seperti ini amat terpuji dan semestinya mendapat pujian dari Allah SWT.
Adalah benar bahawa ketika kita ingin memperbaiki amalan kita, terutamanya jika peningkatan yang kita lakukan adalah signifikan, kita mungkin merasa penat atau terbeban. Ini adalah reaksi yang normal kerana kita sedang mengubah rutin dan tabiat kita.
Penting untuk diingat bahawa kualiti solat dan ibadah kita adalah lebih penting daripada kuantiti. Lebih baik untuk fokus pada solat wajib dan sunat yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan dan khusyuk daripada berusaha untuk menambah banyak amalan tetapi kita melakukannya dengan tergesa-gesa atau tanpa keikhlasan.
Sebagai saranan:
1. Mulakan Dengan Yang Asas: Fokuskan pada solat wajib lima waktu dengan penuh keikhlasan dan khusyuk. Pastikan Anda melakukannya dengan sebaik mungkin.
2. Tambah Amalan Secara Bertahap: Sekiranya Anda ingin menambah solat sunat atau amalan lain, lakukan secara bertahap. Contohnya, Anda boleh mulakan dengan solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat wajib, kemudian tambahkan solat sunat lain seperti Tahajjud atau Dhuha apabila Anda rasa sudah bersedia.
3. Kualiti Lebih Penting Daripada Kuantiti: Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, lebih baik untuk melakukannya dengan kualiti daripada hanya fokus pada kuantiti.
4. Jangan Berputus Asa: Sekiranya Anda merasa lelah atau terbeban, ambillah masa untuk berehat dan muhasabah. Anda boleh menyesuaikan amalan Anda mengikut kemampuan dan keupayaan Anda pada masa tersebut.
Ingat, Allah SWT melihat usaha dan niat kita. Tidak perlu terburu-buru; yang penting adalah ketulusan dan keikhlasan dalam setiap amalan.
Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada Anda dalam mengejar kecemerlangan ibadah. Aamiin. 🌼
Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Syukur alhamdulillah saya dpt membacanya. Semoga Allah SWT membalas budi baik tuan. Aamiin…
Waalaikumsalam,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana mempertemukan kita dalam perkongsian ilmu ini. Terima kasih di atas doa dan kata-kata baik Anda. Semoga Allah SWT juga memberkati Anda, memperluaskan ilmu Anda, dan menganugerahkan hidayah serta rahmat-Nya kepada kita semua. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🌼
Jika ada sebarang soalan atau perkara yang ingin diperdalam, jangan ragu untuk bertanya. Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya.