Masa adalah harta kita yang paling bernilai, kerana masa yang kita ada adalah sangat terhad.
Kita boleh buat banyak duit, namun kita tidak akan boleh menghasilkan masa. Apabila kita memberikan orang lain masa kita, bermakna kita telah berikan sebahagian daripada hidup kita, yang mana tidak mungkin kita akan dapatnya kembali.
Masa kita adalah hidup kita.
Oleh sebab itu, hadiah yang terhebat yang kita boleh berikan kepada seseorang adalah masa kita.
Allah berfirman, “Demi masa manusia itu dalam kerugian.” (QS Al-Asr: 1).
Setiap hari manusia kehilangan masa yang sangat berharga dengan sengaja atau terpaksa.
Ramai yang merungut tidak mempunyai cukup masa untuk menguruskan hal-hal urusan kehidupan mereka akibat mempunyai pelbagai komitmen yang perlu diselesaikan.
Namun kadang-kadang sebenarnya masa itu telah dicuri oleh si pencuri masa samada diri sendiri, orang lain dan keadaan.
Berbual kosong terlalu lama, kedatangan tetamu yang tidak diundang dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas adalah contoh-contoh bagaimana masa anda telah dicuri.
Untuk mengatasi keadaan ini berikut adalah beberapa tip untuk mengawal masa anda:
1. Miliki dan pakai jam tangan
Untuk mengawal masa anda hendaklah mempunyai alat pengukur masa yang anda boleh semak bila-bila masa sahaja anda kehendaki, apa kah masanya sudah tiba atau sudah berakhir.
Jam tangan adalah alat yang paling sesuai digunakan untuk tujuan itu.
Oleh itu memiliki dan memakai jam tangan adalah satu keperluan bagi memudahkan anda memeiksa dan mengawal masa anda.
2. Gunakan planner untuk mengawal masa
Senaraikan tugas atau aktiviti yang anda perlu lakukan dan rekodkannya dalam planner (organizer atau diari) mengikut tarikh dan masa ianya akan dilaksanakan atau disiapkan.
Buat semakan setiap hari bagi memastikan diri anda sentiasa maklum tentang aktiviti yang dijadualkan.
3. Senarai “Things to do today”
Sediakan senarai “Things to do today” (to-do list) atau senarai apa yang perlu dilakukan hari ini.
Dalam menyediakan senarai ini hendaklah memberi keutamaan kepada aktiviti yang utama dan penting.
Jika tidak, anda akan membuat aktiviti yang sia-sia dengan membuat aktiviti yang tidak penting dan meninggalkan aktiviti yang penting dan perlu diselesaikan dengan segera.
4. Tentukan masa
Tentukan masa mula kerja dan siap bagi sesuatu aktiviti agar anda akan lebih komited.
Jika ini dilakukan masa tidak akan dibazirkan. Misalnya jika anda ke Pusat Membeli Belah tetapkan masa katakan dua jam untuk memilih dan buat bayaran.
Jika tidak ditetapkan masa anda mungkin akan asyik dan terlajak masa melawati pusat membeli belah tersebut, malah kadang-kadang berakhir dengan tidak membeli apa-apa.
5. Jangan bertangguh
Benjamin Franklin pengasas Negara Amerika Syarikat berkata, “Never leave that for tomorrow which you can do today “ yang bermaksud, jangan tinggalkan sesuatu untuk esok yang sebenarnya boleh disiapkan hari ini.
Kerja bertangguh menyebabkan aktiviti atau kerja anda akan tertunggak, menambahkan beban untuk hari esok.
Ini adalah satu pengurusan masa yang buruk.
6. Amal konsep tiga dalam satu
Orang yang bijak menguruskan masa dapat melakukan beberapa aktiviti dalam satu masa.
Misalnya jika anda hendak ke kedai tidak perlulah belegar-legar begitu lama mencari pakir kereta yang terdekat. Tidak mengapa kereta anda dipakir agak jauh.
Amalan ini mempunyai tiga manfaat:
- Pertama jimat masa mencari tempat pakir kerana tempat pakir yang jauh selalu kosong.
- Kedua berjalan dari pakir ke kedai anggaplah sebagai suatu senaman kerana anda sibuk tidak banyak waktu untuk bersenam.
- Ketiga, sambil berjalan anda boleh berwirid atau zikir dan tak perlulah anda duduk di waktu yang khas untuk berzikir. Jadikan ini satu amalan anda akan jimat masa, sihat dan jiwa akan tenang.
7. Menafaatkan masa menunggu
Semasa berurusan di bank atau hospital anda dikehendaki mengambil nombor giliran dan terpaksa menunggu sehingga satu jam.
Masa menunggu ini dapat anda menafaatkan untuk aktiviti yang ringan seperti membaca buku atau kitab agama.
Jika anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang kadang-kadang memakan masa sehingga berjam-jam, masa ini anda boleh menafaatkan untuk mendengar ceramah-ceamah agama melalui pemain CD kereta anda yang anda tidak berkesempatan mendengarnya di rumah.
Dengan cara ini masa berlalu tidak sia-sia.
8. Jangan jadi “ Perfectionist”
Pembaziran masa juga boleh berlaku bila anda cuba menjadi seorang “perfectionist” iaitu membuat segalanya dengan sempurna.
Berhentilah menjadi seorang perfectionist kerana ianya akan menyebabkan aktiviti-aktiviti anda yang lain tergendala disebabkan telalu menumpu kepada satu aktiviti terlalu lama.
Buanglah pemikiran perfectionist dan jangan terlalu obsess untuk membuat sesuatu terlalu tepeinci dan khusus. Akhirnya nanti masa anda terbuang dan aktiviti lain tegendala.
9. Katakan tidak
Jika anda seorang yang sibuk dan bukan seorang pengurus masa yang baik “katakan tidak” kepada apa-apa tanggungjawab tambahan atau sukarela.
Kerana niat anda yang baik itu akan menyebabkan ianya menjadi fitnah bagi diri anda kerana tidak mampu melaksanakannya atas sebab kekangan masa.
Penutup: Patuh adalah kunci kepada segala-galanya!
Apa-apa pun perancangan atau peraturan yang anda tetapkan tidak akan mendatangkan hasil yang positif sekiranya anda tidak mematuhinya.
Tiada guna jika anda menghabiskan banyak masa mencari dan mendownload apps produktiviti yang terbaik jika anda tidak dapat mengikutinya.
Anda adalah boss bagi diri anda. Andalah yang perlu mengawal diri anda.
Akhir sekali, pernahkah anda makan katak?
…..
Artikel ini dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman Bin Mat Yasin, Seorang pakar dalam bidang taksiran hartanah yang kini menetap di Batu Gajah, Perak. Semoga apa yang dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman ini memberi manfaat dan input berguna kepada semua pembaca. Syukran Jazilan.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum,
Mohon kebenaran Tuan untuk saya mengambil point-point penting daripada blog Tuan untuk dijadikan perkongsian bersama rakan2 sekerja yaa. Terima kasih.
Wassalam,
Boleh silakan. Tiada masalah
bahasa indonya ane kurang ngerti ,baku soalnya :(
kumpulan arti kata
Sangat bermanfaat sekali, “jangan jadi Perfectionist”, saya paling suka dengan pernyataan itu.
Kunjungi balik ya di http://updatebusanamuslim.blogspot.com/