
Sering terjadi kadang-kadang orang tidak mahu berkawan dengan anda atau kawan anda menjauhkan diri dari anda.
Benarkah begitu?
Seperti ada seseuatu yang tidak kena dengan persahabatan anda sehingga anda seakan tidak disenangi oleh kawan-kawan anda.
Banyak sebab sebenarnya sesuatu persahabatan itu boleh retak.
Salah satu sebab adalah ianya mungkin berpunca dengan cara anda menggauli kawan-kawan anda.
Mungkin ada perkara yang anda terlepas pandang.
Memang sukar untuk menjaga hati semua pihak, namun sekurangnya apabila kita mengurangi kesilapan yang kita lakukan, kita boleh memberikan yang terbaik kepada semua orang.
Perkara-perkara yang anda mungkin terlepas pandang iaitu;
1. Sedia dihubungi
Sebagai kawan pastikan anda sentiasa boleh dihubungi. Jika anda mahukan kawan anda perlu beri masa anda untuk mereka.
Jangan selalu mengelak.
Sebaliknya pula jika kawan anda sibuk anda perlu bersabar dan jangan mengkeritiknya.
2. Sentiasa rai dan sokong kejayaannya
Bila kawan anda mencapai kejayaan ucapkan tahniah dan raikan kejayaannya sebagai tanda sokongan atas kejayaannya.
Berilah sokongan dengan penuh ikhlas tanpa ada rasa irihati atas kejayaannya.
Ini akan membuat dia berbesar hati kerana kejayaannya dikongsi bersama kawan-kawannya.
3. Layanilah kawan anda sebaiknya.
Bila kawan anda menemui anda layanlah ia dengan sepatutnya.
Jangan mencari alasan untuk mengelak. Buatlah ia rasa diterima dan selesa semasa berada bersama anda.
Jika anda buat endah tak endah kepadanya, itu pasti akan mengecilkan hatinya. Mungkin dia tidak akan menghubungi anda lagi.
4. Tanyalah tentang dirinya
Semasa berbual tanyalah hal-hal tentang dirinya sebagai tanda anda ingin mengenali dirinya dengan lebih rapat lagi.
Namun elakkan dari memonopoli perbualan dengannya sehingga tiada ruang untuk dia bebicara.
Jadikan perbualan itu sebagai perbualan dua hala yang seimbang.
Bila masing-masing telah mengenali dengan mendalam maka hubungan akan menjadi lebih rapat.
5. Sentiasa bersikap positif
Semua orang tidak suka kepada orang yang cerewet.
Oleh itu jangan selalu bersungut tentang kekurangan kawan anda. Bersikap positiflah kerana tidak ada insan yang sempurna dalam dunia ini.
Kita mempunyai banyak saat-saat sukar yang ingin kita kongsi bersama namun janganlah sampai ianya menjadi suatu sungutan yang bepanjangan yang akhirnya membuat kawan anda bosan dan menjauhkan diri dari anda.
6. Cara mengekalkan persahabatan adalah sedia menolong
Seorang kawan yang baik sangat mengenali satu sama lain dan ia dapat mengesan kesusahan dan keperluan kawannya sebelum ia diminta.
Jadilah orang yang pertama datang menghulurkan tangan membantu kawan anda.
Sudah tentu anda akan disayangi sebagai seorang yang penting dalam hidupnya melebihi saudara maranya.
7. Elakkan konflik
- Jangan berbincang menenai isu-isu sensitif seperti politik atau agama dengan kawan anda kecuali anda pasti kawan anda mempunyai pemikiran yang sama mengenai isu tesebut.
- Jangan cerita apa-apa yang negatif tentang kawan anda , tentang isterinya atau anak-anaknya. Jika ada orang cuba bercerita tentang keburukan kawan anda segeralah anda tukar tajuk pebualan anda.
- Janganlah terlalu sibuk dengan kawan anda sehingga dia menjadi rimas. Berilah ruang kepadanya dan hubungilah dia dimasa yang sesuai. Jika tidak dia mungkin tidak akan menghubungi anda lagi kerana merasa terganggu dengan kehadiran anda.
- Elakkan mengadakan urusan perniagaan, jualan atau apa sahaja yang melibatkan kewangan. Jangan pinjamkan kawan anda wang kecuali anda bersedia menghalalkannya jika ia gagal melunaskannya. Jika tidak anda mungkin bersengketa dengannya jika ia gagal melunaskan apa yang dipinjam.
Penutup: Mengekalkan Persahabatan Itu Sukar
Persahabatan itu lebih sukar daripada matematik.
Lebih rumit daripada fizik. Lebih susah daripada biologi.
Tapi ia tidak sebosan sejarah kerana ia penuh dengan chemistri.
InsyaaAllah, bila kita berusaha untuk menjaga ukhuwah dan ikatan silaturrahim antara sahabat, pasti kita akan dikurniakan dengan kebaikan dan dilimpahkan rahmat oleh Allah.
Persahabatan yang baik itu adalah satu kurnia istimewa. Ia merupakan salah satu jalan yang membuka pintu rezeki kita. Merupakan asas pembinaan ummah yang kuat.
Oleh itu berusahalah sebaik mungkin untuk menjaga tali persahabatan yang telah terjalin. Semoga Allah redha dengan kita.
Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah
Artikel ini dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman Bin Mat Yasin, Seorang pakar dalam bidang taksiran hartanah yang kini menetap di Batu Gajah, Perak.
Semoga apa yang dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman ini memberi manfaat dan input berguna kepada semua pembaca. Syukran Jazilan.
terima kasih ianya agak membantu saya untuk sentiasa betoleransi dengn sahabat
macam mana pula kalau seorang sahabat berubah sebab seorang lelaki. dan dia memberi alasan untuk berjauhan dengan alasan terasa dah lama tapi pendam. disebabkan alasan itu saya rasa bersalah dan pada hari ini baru saya dapat jawapan yang tepat. dia berubah seorang lelaki. pernah saya bergaduh kerana saya menegur perubahan dia. tapi dia menafikan perubahan itu.
Mohon share ye
haha..saya sangat suka akan caranya ini
haha..saya sangat suka
Helo, saya harap tuan/puan dapat membantu saya.
Saya seorang yg pendiam tetapi saya cuba semahunya menjadi sahabat yg baik kepada sesiapa saja. Sayalah yg akan mulakan perbualan, bertanya khabar, berjenaka, selalu memberi galakan kepada sesiapa, selalu murah senyuman, tidak suka mengkritik atau mencari salah org, ataupun suka beri komen negatif, atau banyak mulut hal org lain.
Namun yg hairannya, sekejap saja org lain akan menjauhi saya, bercakap bahawa saya tidak pandai berkawan, dan lebih menyakitkan hati, mereka akan memberi muka hodoh seperti mencemuh saya walhal saya tidak pula buat apa-apa kesalahan, cuma pendiam dan suka melayan diri sendiri dengan memikirkan hal kerja atau lebih fokus kpd kerja dn tidak suka membebel dan membuang masa.
Pada saya, apabila bercakap banyak, kita tidak dapat fokus kpd kerja dan akan membuat silap. Akan tetapi rakan sekerja pula berpendapat bahawa saya ini sombong walhal saya yg selalu menegurnya dgn bertanya khabar siap dgn senyuman.
Bagi mereka saya ni macam org yg tidak peramah! Pada pendapat saya, merekalah lebih teruk, lebih buruk kerana pada mulanya boleh berlakon macam terlalu baik, terlalu murni, tiba-tiba dgn sekelip mata boleh berubah perangai dan menuduh saya tidak pandai buat kawan!
Adakah mereka hanya perlukan seseorg yg boleh bercerita dan melayan mereka dgn cerita? Org pendiam bukannya org jahat, kenapa begitu prejudis? Adakah mereka takut org pendiam akan melaksanakan kerja dgn lebih bagus kerana kami lebih fokus pada kerja?
Org yg banyak bercakap bukannya baikpun! Apabila sudah habis modal bercerita, mereka akan mengumpat hal itu, hal ini, dan bercakap hal org lain! Bukankah kita perlu jauhi topik-topik begitu? Akan tetapi ramai org pula sangat suka mendengar dan melayan cerita mengenai hal org lain. Cerita itupun bukannya betul, tapi yg ditokok tambah supaya lebih menarik dan akhirnya org lain yg jadi mangsa apabila cerita mereka dibesar-besarkan dan diagih-agihkan!
Saya telahpun berjumpa pelbagai jenis manusia. Ada yg baru kenal tetapi terus menyuruh saya meluangkan masa membantu mereka membuat kerja assignment kolej, wah bukan main lagi ingat hal diri mereka saja dan tidak ingat langsung yg saya bekerja dari awal pagi sampai lewat petang! Mereka sgt pentingkan diri mereka sendiri! Saya yg selalu menghormati masa org lain, perasaan org lain pula yg dituduh tidak pandai berkawan! Bayangkanlah rasa hati ini!
Mengapa bencikan org pendiam??
Slm nama sy huda. Sy dgn kwn sy mcm adik beradik. Klau bergaduh memang teruk sampai 2 atau 3 hr tk bertegur. Tp..hati sy msh syg kn lg…sy mengaku klau dia bt silap atau sy..sy yg dulu memintak maaf..dia adalah kwn bersefahaman..dia th sy ada masalah ke atau sy tkde masalah…ke. tp..dia byk tlg sy..dia adalah satu2 kwn sy sedunia. Terima ksh Nor Azura binti hussin
saya sangat setuju
saya sangat
setuju
saya ada kawan dorang mengajak saya makan bersama di luar tetapi saya mempunyai satu masalah iaitu famly saya tidak membenarkn sy makan di luar mungkin mereka bimbang jadi saya tidak ikut. satu hari saya temn seseorg kuar beli makanan cuma seketika dan saya blik…saya tidk tahu perbuatan saya membuat n sahabat saya marah adakah saya sahabat yang kejam dan tidak berguna
maaf,disini sy ingin mendaptkn pendpat atau cadangan,,sy ad seorang kawan baek…kmi sangat2 baek,,sehinggakan orng ramai menaggap kmi ni pasangan ahabat yg bahagia..keluarga msing2 pon sudah saling kenal rapat dan menagagap kmi masing2 anak sendiri..tetapi disebabkan sahabat sy ni jatuh kasih kepada sy..dan dia cukup cemburu apabila sy berkwan dengan lelaki sehinggakn dia mengaggap bahwa sy sudah melupakan dia,,kerana sudah ad kawan lelaki..sehinggakn sanggup ketepikan dia daripada lelaki tersebut…adakah sy besalah dlm hal ini..mmg betul sy ada berkwan dgn lelaki tersebut..tetapi entahla bg dia mgkin sy lupa dgn hubungan pesahabatn kmi..tetapi sy rasa sy pon ingin hidup seperti perempuan2 normal diluar sana..minta penjelasan adakah sy ni seorang sahabat yg kejam
Kita mcm mn pun berkahwin jugak klau seseorang teringin nk berumahtangga. Sampai bila kita hidup membujang. Kwn sahabat lama2 dia akan fhm..sahabat tiada memutus pun..
Nama saya ezzatul amira saya mempunyai kwn sahabat yang sangat baik namanya ialah aina nisrina, farah hani dan nadhirah. Dia orang rapat ngan saya. Kadangkala saya bergaduh ngan dia orang. Sebenarnya saya tak nk bergaduh ngan dia. Tapi entahlah pandai bergaduh macam itu.huhuhuhu
Nama saya Nasuha binti roslan saya mempunyai 3 sahabat iaitu Nara binti yusoff Nurin binti amran Dan Natasya binti sakarno kami bersahabat sejak umur 7 tahun kami sekolah rendah bersama , sekolah menengah bersama , university pun bersama ,Dan kami duduk rumah sekali kami tak pernah berpisah walau Ada halangan yang tiba kami pernah bergaduh 3 Kali Sahaja iaitu di sekolah renda maklumlah baru kecil saya sangat bersyukur kerana mendapat sahabat yangggggggggg…….. Sangatgggg……….prihatin padaku alhamdulillah
Hobby saya berenang sama seperti mereka saya nk jdi, doctor Haiwan itulah dari sayayaaaaaaa selamat bersahabat hohihihi
Dari Nara saya ialah sahabat nasuha saya nak pesan anda semua tentng seronoknya bersahabat kita meluahkan rasa sedih padanya
Aha Natasya sahabat nasuha , Nara Dan meow , meow tu sebenarnya Nurin hahaha dia tu pelik pelik Nama ialah betul apa Nurin katakantu sahabat seperti diary yang boleh meluahkan perasaan apa apa pun kami 4 orang takkan berpisah
Ia kami 4 orang takkan berpisah ku cintaaaaaa sahabatku
Mcm mane kalau kita nak jadikan dia kawan baik,tp dia cube larikan diri..? Setiap hari kita cuba untuk tackle hati dia..bantu dia..tapi dia tak nampak saya seperti kawan..
First, minta tolong kat allah .. sentiasa berdoa agar dibuka kan hatinya utk menerima kata sebagai sahabat kita bukan sahaja diwaktu senang tp diwaktu susah.
Ke-2, jangan pernah seseli mengungkit apa yang pernah kita buat kat dia .. kita buat kerana Allah dan sayang dia sebagai sahabat kita ..
Ke-3, beri lah dia hadiah .. ada dalam hadis x ingat yang mne .. kerana hadiah itu boleh membuatkan kita berkasih sayang.
Ke-4, jika benar2 dia x dapat menerima kita sebagai sahabat .. jalan terakhir adalah , sentiasa mendoakan kesejateraan dan kejayaan dia .. dimana pon dia berada .. bantu lah dia tanpa dia sedari ..
Percaya pada Allah .. sesungguhnya Allah maha mengetahui lebih dari apa yang kita sangkakan ..
Sayang pada sahabat jangan melebihi sayang kita kepada Allah ..
Jika itu berlaku Allah akan tarik balik dia ;)
Kalau berbincang dri sudut agama x salah biarpun pemikiran lain2..yg penting kita ada dalil dan hujah yg kuat dan mggunakn kaedah cara penyampaian yg btul..tpi klw kwn kita tu xnak dgr.. xpe,diam je la..yg pntg tugas kita dlm menyampaikan ilmu amat penting. Sbb klw kita x bagitau sapa lagi yg nak smpaikan kat kwn kita..
Saya juga mengaku mmg susah nak pertahankan friendship ni. haha sepanjang berkawan mesti ada halangan onak dan duri kuikui. mcm gitu ler, banyak kali saya kecil hati dgn kwn saya. Jujur saya katakan hati saya bak span tapi alhamdullilah sepanjang saaya bergaduh dgn dia tkpernah tkbaik balik. Dia lah kwn saya time susah senang, Sahabat baik even kitaorang selalu bertelagah, bergaduh, banyak kecik hati and mcm mcm lagi. Maka saya pun berhuhuhu
persahabatan adalah amat penting dalam hidup kita. islam suruh kita berkawan. kawan kawan dapat menolong kita ketika dalam kesusahan tetapi kena la pandai memilih kawan dan jangan cepat terpengaruh dengan gejala buruk daripada kawan. kawan kawan juga dapat membantu kita untuk mencapai impian kita
Bkn mudah ingin mngekalkn prsahabatan..tambah2 bila shabat yg melukai kita..