Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam dalam Tempoh 9 Bulan

Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam

Assalamu’alaikum Wrmbth, Tempoh 9 bulan mengandungkan anak adalah sangat berharga.

Penting bagi puan mengisinya dengan amalan yang baik.

zikir Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam
Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara. Wanita yang solehah akan mengasuh anaknya sejak dari dalam kandungan lagi

Hari ini kita berkongsi tentangΒ amalan ibu mengandung seperti doa, pemakanan dan petua untukΒ melengkapiΒ keperluan si manja di dalam kandungan


Β Artikel ini terdiri dari 10 bahagian. Klik pilihan anda sekarang untuk terusΒ melompatΒ ke bahagian tersebut

  1. 16Β PilihanΒ Surah Amalan Ibu Mengandung DariΒ Al QuranΒ Serta Kelebihannya
  2. Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Dan Sunnah
  3. Antara amalan ibu mengandung yang wajar dielakkan
  4. Doa Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya
  5. Tips Memilih Pakaian Yang Terbaik Semasa Hamil
  6. Cara Mengatasi Alahan Mengandung Seperti Loya / Morning Sickness
  7. Doa Mudah bersalin Untuk Bacaan Dalam Bahasa MelayuΒ 
  8. Pantang Larang Makanan Semasa Ibu Mengandung
  9. Tanda Awal Untuk Kesan Kehamilan
  10. Petua Untuk Amalan Ibu Hamil Supaya Mudah Bersalin

Β 
Kita jaga tuntutan luar dan dalam ya. Ibu dan ayah melakukan amalan rohani yang membantu anak yang lahir baik akhlaknya.
Pada masa yang sama kita berusaha memberikan khasiat dan zat nutrisi terbaik dari Set Mengandung Shaklee Lengkap.

Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Dan Sunnah

Amalan berpuasa dapat membantu anak dalam kandungan supaya lebih kuat hatinya. Bacaan surah surah tertentu juga mempunyai kelebihan untuk bayi dalam kandungan.



amalan ibu mengandung trimester pertama set mengandung shaklee
Β 
Mari sama sama kita amalkan tips tips terbaik menurut neraca islam untuk amalan ibu mengandung



  1. Melazimkan diri membaca Al-Quran
  2. Melazimi baca buku ilmiah seperti Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
  3. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  4. Makan makanan yang baik, pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal
  5. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  6. Rajin menguntumkan senyuman
  7. Sering berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  8. Banyakkan berdoa kepada Allah swt
  9. Rajin berpuasa sunat (digalakkan suami & isteri berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
  10. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk memudahkan proses kelahiran
  11. Tidak terlalu tertekan atau stress
  12. Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt
  13. Rajin solat wajib di awal waktu dan perbanyakkan solat sunat seperti solat dhuha dan tahajjud
  14. Kerap membasahi lidah dengan berzikir
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ia umpama taman taman syurga
Β 
Ok, selepas 15 petua terbaik amalan ibu mengandung menurut islam, kita pergi pula kepada perkara yang patut dijauhi ibu mengandung
Β 

Amalan Ibu Mengandung Yang Patut Di Elakkan


Ok, saya pasti ramai ibu mengandung di luar sana mempunyai keinginan mengidam berbeza.
Alhamdulillah, suami yang memahami akan cuba memenuhi setiap permintaan isteri dengan sebaik mungkin.
Β 
Asalkan mengidam tersebut tidak membawa mudarat kepada kesihatan ibu dan anak.
Β 
Antara amalan ibu mengandung yang wajar dielakkan
Β 
  1. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah swt
  2. Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami
  3. Elakkan makanan yang berbisa / tajam seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
  4. Elakkan percakapan yang negatif seperti mengumpat
  5. Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
  6. Jauhi amalan khurafat
  7. Suami harus menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri
  8. Tutup aurat dengan sempurna
  9. Jauhi makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram
KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATAS



Doa Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya

Β 



Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :



1)Β Doa mendapatkan keturunan yang baik (QS. Ali Imran 38)

Surah Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38mempunyai potongan doa ibu hamil yang sangat bagus dilafazkan semasa kehamilan.Β 



“Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi’uddu’aa”


Ertinya:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.


2)Β Doa Nabi Yunus A.S.



Doa yang sunat dibaca oleh ibu hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 :Β surah al-Anbiya’ ayat 21




β€œTiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”



Β 

3) Doa Memohon Anak Anak Yang Soleh & Solehah



β€œTuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”



4. Doa Memohon Anak Soleh (QS. Ali Imran 35-36)

Memiliki anak soleh dan solehah tentu menjadi impian hampir setiap orang tua muslim.Β 



Ini kerana doa anak yang soleh dan solehah tidak akan putus kepada kedua orang ibu bapanya walaupun selepas mereka meninggal dunia.


Hal inilah yangΒ mendorong para ibu mendoakan anak anak mereka, bahkan sejak dari anak di dalam kandungan lagi / dalam rahim.



Anda yang ingin berdoa agar mendapat anak soleh dan solehah dapat membaca potongan ayat dalam surat AliΒ Imran 35-36, yang berbunyi:





“Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii,Β Innaka antas sami’ul alim”
Β 





Ertinya:

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”




5. Doa memohon keturunan yang menenangkan hati (QS. Al Furqan 74)



Memiliki keturunan yang dapat menjadi penenang hati tentu menjadi idaman pasangan suami isteri.Β 



JikaΒ menginginkan hal sama, cik puan boleh amalkan potongan surat Al-Furqan ayat 74 yang berbunyi:



β€œRabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyyaatinaa qurrata a’yuniw waaj’alnaa lilmuttaqiinaΒ imaaman”


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:Β 



“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:Β 



Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.



(Al-Furqaan 25:74)


Doa seorang ibu untuk kebahagian anaknya sepnajang hidup



7. Doa agar anak rajin solat dan bertakwa (QS. Ibrahim 40)



Salah satu kayu aras yang mengukur ketakwaan seorang penganut agama Islam adalah solat yang dia lakukan seharian.



Jika puan inginkan seorang anak yang bertakwa sekaligus tidak pernah meninggalkan kewajiban solatΒ dapat membaca QS.Β 


Di dalam surah Ibrahim ayat 40, amalkan membaca ayat ini sejak mengandungkan anaklagi mudah mudahan anak anak kita akan menjadi orang yang istiqamah mendirikan solat:



β€œRobbij’alnii muqiimash sholaati wa min dzurriyatii robbanaa wa taqobbal du’aa”


“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.



Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :

β€œApabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.”



(Hadis riwayat Ibn Sunni)

KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATAS



Tips Memilih Pakaian Yang Terbaik Semasa Hamil

Dalam pelbagai fesyen pakaian untuk ibu mengandung, apa yang paling penting semestinya ianyaΒ 


  • Menutup aurat (Wajib)
  • SelesaΒ 
  • Dan boleh dipakai lagi selepas hamil. (Menjimatkan)

 


Tidak kira sama ada puan memilih untuk memakai blouse, kemeja dan jubah abaya, penting bagi kitaΒ memastikan pakaian kita menutup aurat dengan sempurna.
Di sini kami sertakan 3 tips pemakaian untuk ibu mengandung iaitu busana, pakaian dalam dan kasut.

Menarik kan?Β 


1. Pakaian (Busana muslimah & Tudung)


Semasa hamil terutama selepas trimester ke 2 dan 3, perubahan tubuh badan yang dialami tubuh ibu sangat pesat.
Bahagian dada dan punggung akan menjadi lebih besar sebagai persediaan untuk melahirkan anak dan menyusukan anak. PilihlahΒ 


  • Pakaian yang longgar kerana ia lebih sejuk dan selesaΒ 
  • Pakaian yang tidak mencengkam di bahagian pinggang.Β 
  • Pakaian yang longgar di bahagian depan (potongan baju mengandung).
  • Gaun wanita mengandung adalah lebih selesa apabila kandungan membesar.
  • Pakaian yang mempunyai kemudahan untuk menyusukan anak (nursing)

 

Β Macam mana nak cari pakaian yang memenuhi syarat syarat diatas?Β 

 

Contoh jubah abaya a cut / princess cut yang dipakai oleh ibu hamil. Kredit gambar dari Tudunglabuhonline.com

 

Β 

 

Ini tips tambahan untuk puan. Pilih jubah abaya jenis A Cut atau princess cut. Jubah ini kembang di bahagian bawah pinggang dan memberi ruang untuk perut membesar semasa hamil. Jubah muslimah mesra ibu mengandung ini boleh di tempah disini.
Abaya jenis ini akan menutup aurat wanita hamil dengan sempurna. Bagi menutup dada, pakailah tudung bawal atau shawl labuh. Terdapat pelbagai fesyen tudung labuh di luar sana.

2. Memilih Pakaian Dalam Yang Sesuai

Pakaian dalam yang sesuai sangat penting bagi ibu hamil.

  • Pilih pakaian dalam bersaiz besar dan bercangkuk lebar dibahagian belakang dan bertali lebar dibuat dari kain kapas yang nipis semasa mengandung.
  • Bagi ibu yang merancang untuk menyusu badan pakai pakaian dalam yang boleh dibuka di bahagian depan.

3. Kasut Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil

Semasa hamil, berat badan ibu akan naik dengan cepat. Ini akan memberikan beban lebih kepada kaki dan lutut.Memburukkan lagi keadaan sekiranya makanan yang diambil ibu mengandung tidak mengandungi kalsium yang mencukupi.

Kesan jangka panjang, puan akan mengalami sakit badan dan kerosakan gigi kerana simpanan kalsium dalam badan berkurangan.

Kasut yang sesuai akan mengurangkan beban yang ditanggung ibu dan lebih selesa dipakai ke mana mana.

Tips untuk memilih kasut yang sesuai semasa hamil adalah seperti berikut

  • Pakai kasut bertumit rendah kerana ia sesuai untuk postur dan belakang anda dari memakai kasut bertumit tinggi atau kasut leper.
  • Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara.
  • Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai dirumah atau bersiar-siar.

KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATAS

 

16 Pilihan Surah Amalan Ibu Mengandung Dari Al Quran Serta Kelebihannya

Β 
Apa yang indah dengan agama islam, ia adalah cara hidup yang sempurna. Sejak dari kandungan lagi pelbagai amalan untuk anak didalam kandungan.
surah dan ayat al quran untuk ibu mengandung
Β 
Antara surah yang bagus untuk bacaan ibu dan ayah adalah seperti berikut
  1. Baca Baca Surah Al Fatihah Supaya terang hati dan kuat ingatan
  2. Baca Surah Maryam Supaya ibu bersalin mudah bersalin dan anak yang sabar dan taat
  3. Baca Surah Luqman supaya mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa
  4. Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak
  5. Baca Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati
  6. Baca Surah Yaasin bagi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  7. Baca Surah At-Taubah supaya membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat
  8. Baca Surah an-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah
  9. Surah al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu.
  10. Surah al-Imran ayat 38 untuk memohon anak yang baik.
  11. Surah al-Imran ayat 8-9 untuk memohon rahmat.
  12. Surah Ibrahim ayat 40 untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
  13. Surah al-Baqarah ayat 128 untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
  14. Surah Yassin ayat 22-23 untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
  15. Surah as-Sajdah ayat 7-9 untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
  16. Surah al-Furqan ayat 74 untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.



Cuba bayangkan, anak yang lahir nanti bukan sahaja sihat namun baik sifatnya. Indah akhlaknya.
Β 
Bukankah sejuk mata kita dan beruntungnya pasangan suami isteri yang memiliki anak yang soleh dan solehah.
Β 
Selain itu, banyak lagi amalan ibu mengandung yang dapat dilakukan supaya anak lebih sihat.
Β 
Contohnya bagaimana mengelakkan anak terkena demam kuning. Ya, memang seksa dan mencabar menjaga anak yang kuning.
Β 
Ada kawan baik saya anaknya mengalami demam kuning yang teruk, sehingga dua bulan lamanya.
Β 
Sentiasa perlu berulang alik ke hospital sehingga demam kuning reda.
Β 
Apa yang boleh suami isteri lakukan semasa tempoh kehamilan untuk mengurangkan risiko demam kuning yang serius?
Β 
Mari sama sama kita cuba amalkan tips dibawah.
KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATAS


Amalan Ibu Mengandung Untuk Mengelakkan Demam Kuning

Semua petua dan tips untuk mengelakkan di bawah di kumpul dari pengalaman ibu bersalin yang anaknya tak mengalami demam kuning selepas lahir.
Β 
Boleh cuba amalkan mana mana yang cik puan suka
  1. Menelan madu (tanpa air sudu atau meminum air madu Β sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis
  2. Minum susu kambing Β  satu cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  3. Mengamalkan meminum pati delima paling kurang ml sehari. saya beli pati delima guiisan dalam botol kaca tu.. Satu botol tahan 1bulan lebih.Β 
  4. Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  5. Mengamalkan memakan buah tin setiap Β hari.
  6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai Β bulan ke atas.
  7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
  8. Elakkan makan jeruk semasa mengandung
  9. Amalkan makan minyak habbatusauda.
  10. Minum air rendaman zafran
  11. Cuba amalkan makan buah kiwi sampai bersalin. Kandungan vitamin C dalam buah kiwi lebih tinggi daripada orange sunkist.
  12. Makan epal hijau setiap hari masa kandungan masuk 8 bulan sampai anda nak bersalin.
  13. Amalkan minum air kelapa pandan dalam tempoh sebulan sebelum bersalin
  14. Kerap makan masakan sendiri di rumah tanpa masukkan perasa MSG. Elakkan juga makan makanan segera
Β 
Kalau kena juga demam kuning,cuba amalkan tips mengurangkan demam kuning dibawah
  1. Elakkan makan makanan mengandungi kunyit, lada hitam dan halia selepas bersalin
  2. Banyakkan minum susu ibu. Lebih banyak dan kerap anak minum susu ibu lebih cepat demam kuning reda.Β 
  3. Jururawat dan doktor biasa akan menggalakkan anak di dedahkan pada cahaya matahari. Bukan secara terus ya. Seeloknya cahaya matahari diawal pagi
Β 
Jadi apa pendapat anda tentang artikelΒ amalan ibu mengandung yang baik diamalkan?Β 
Saya sangat berminat dengan perkongsian pengalaman anda semua. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Raffic
Raffic
2 tahun yang lalu

terima kasih dengan perkongsian pengetahuan. semoga Allah merahmati kita semua. Amin

hah
hah
4 tahun yang lalu

doa nabi Yunus adalah dari Surah Anbiya’ Ayat 87

RAZALI
RAZALI
4 tahun yang lalu

terima kasih atas perkongsian

Nana
Nana
4 tahun yang lalu

Sangat2 berguna ilmu perkongsian ni . Terima kasih

ummi
ummi
4 tahun yang lalu

Terima kasih untuk perkongsian yang bermanfaat ini.

Amalan semasa hamil

Siti
Siti
5 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian yg cukup bermanfaat ini. Moga kita semua perolehi ilmu yg berguna.

Mohd Ridhuwan Ab Rahman
Mohd Ridhuwan Ab Rahman
5 tahun yang lalu

Bgus, boleh cuba. Terima kasih

Mohd Ridhuwan Ab Rahman
Mohd Ridhuwan Ab Rahman
5 tahun yang lalu

Terima kasih, boleh cuba

Mazni Azmi
Mazni Azmi
8 tahun yang lalu

Alhamdulillah, semoga ibu ibu hamil dapat mengamalkan tips tips yang dikongsikan ini semasa mengandungkan anak anak soleh dan solehah.

Amin

GrandSmeta
GrandSmeta
8 tahun yang lalu

Semoga amalan di atas manfaat bagi para ibu hamil, agar kelak generasi berikutnya menjadi anak yang sholih-sholiha dan negeri ini akan dipenuhi oleh generasi Robbani, Qur’ani.Aamiin.