Sahabat. Seribu orang kawan belum sama taranya dengan nilai seorang sahabat.
Begitulah ibarat tingginya nilai seorang sahabat. Mencari sahabat sejati umpama mencari mutiara di pasiran. Ia amat berharga tetapi sukar ditemui.
Adakah anda mempunyai sahabat baik? Jika ada, anda patut bersyukur kerana dikurniakan sahabat. Jika anda belum mempunyai sahabat, berusahalah mencarinya.
Ahli bijak pandai pernah menyatakan bahawa “Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak mencari sahabat dan orang yang paling lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dimilikinya.”
Pernah dengar lagu Sahabat dari Najwa Latif? Hayati liriknya.
Itulah gambaran sikap dan sifat seorang sahabat. Sahabat itu ialah insan yang sentiasa bersama kita sama ada kita suka ataupun duka.
Ketika kita senang, ramai kawan akan berada di samping kita, tetapi apabila dilanda kesusahan di situlah kita dapat melihat seseorang itu benar-benar sahabat kita ataupun sekadar nama.
Sahabat yang baik tidak menyebarkan keburukan kita
Sahabat yang baik ialah orang yang tahu tentang kelemahan kita tapi akan berbicara tentang kelebihan kita pada orang lain. Ketika orang lain berbicara buruk tentang kita,dia yang menyokong kita dan bercerita tentang kebaikan kita.
Berhati-hatilah mencari sahabat kerana jika tersilap mencari sahabat,sahabat itulah musuh paling berbahaya kerana dia sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan kita.
Terdapat satu cara bagi menguji sahabat sama ada dia benar-benar sahabat yang baik ataupun sebaliknya.
Apabila kita ingin mengambil seseorang menjadi sahabat, ujilah sahabat kita dengan membuatnya marah. Kemudian, suruhlah orang lain bertanya padanya tentang kita dan rahsia kita.
Sekiranya dia masih lagi memperkatakan perkara baik tentang kita dan masih lagi menyimpan rahsia kita,maka ambillah dia sebagai sahabat.
8 Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya
1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah
Ya, inilah kunci utama mengekalkan persahabatan.
Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah, kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.
2. Jangan menjadi api
Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan, adakalanya timbul salah faham yang mengakibatkan pergaduhan.
Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air.
Mengalah bukan bererti kita kalah.
3. Tanam sifat saling percaya
Dalam perhubungan persahabatan, adakalanya ada pihak ketiga yang cuba memporak perandakan hubungan anda.
Jangan bertindak melulu.
Percayalah sahabat anda kerana anda lebih mengenalinya berbanding orang lain.
4. Sentiasa berbincang
Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk bertenang.
Setelah menenangkan diri, berjumpalah dengan sahabat anda dan berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku.
Dengar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda menjatuhkan ‘hukuman’.
Mungkin berlakunya salah faham atas sebab masalah dalam komunikasi antara anda berdua.
5. Carilah orang tengah yang mampu membantu
Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang mampu membantu anda dan sahabat anda menyelesaikan salah faham.
Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih orang, orang tengah mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat anda.
6. Luangkan masa bersama
Masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri.Namun,carilah waktu dan luangkan masa bersama-masa. Tidak perlulah sampai menonton wayang, bersiar –siar atau sebagainya.
Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri masing-masing ketika ada waktu terluang.
7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya
Memang tiada manusia yang sempurna. Kadangkala kekurangannya menguji kesabaran kita.Contohnya,sahabat kita memang seorang yang panas baran.
Kadangkala tanpa sebab yang pasti kita dimarahinya.Bersabarlah.
Terima sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia menerima kekurangan kita. Manusia ni tiada yang sempurna kan?
8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang
Carilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang mahupun ketika ditimpa kesusahan. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari.
Mesti anda pernah dengar kan?
Carilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan kesusahan bersama kita.
Penutup
Hidup terlalu sunyi tanpa seorang sahabat.
Seorang sahabat boleh menjadi seseorang yang amat penting dalam hidup kita.
Agama kita juga menganjurkan kita bersilaturrahim. Ikatan persahabatan juga boleh disemarakkan lagi dengan saling memberi hadiah.
Kehidupan para ulama salaf juga penuh dengan perkara seperti ini.
Mereka saling memberi hadiah, sekecil apapun bentuknya, kadangkala ada yang hanya berupa kurma yang belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dan tumbuhan yang wangi harumnya.
Sabda Rasulullah,
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”
Tertapi kadang-kadang sahabat juga boleh menikam kita dari belakang.
Bila terkena dengan sahabat baik kita sendirilah yang akan memberikan rasa paling sakit dan perit dihati. It’s feel torn apart inside.
Pernahkah anda dikhianati sahabat?
Atau anda sudah menemui seorang atau lebih sahabat yang sangat baik dan bermakna kepada anda?
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua. Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga
Tinggalkan Komen Anda..
Saya ada sahabat yang selalu amik berat tentang saya terima semua perangai saya ,saya bersyukur sangat memiliki kawan seperti diee , harap korang semua pandai pilih kawan jangan tersalah pilih kawan tau ?✨?,umur 13,girl
Macam mana dah ada sahabat tapi semua penting kan sahabat baruu saya diorang abaikan saya hmm saya darja 5 saya nak cari sahabat sejati sampai besare macam tuinn tak pernah adaa
Yuk Gabung di Bolayo.com
Minimal deposit 50ribu
Bonus Member 30%
Bonus Harian 5%
Aman & Terpercaya
hanya di bolayo.com
Whatsapp kami
+6282321807397
Terima kasih atas info. Mohon share info di albaraqah.info
Hidup ini memerlukan seorang sahabat atau lebih.Tapi saya tak pernah mempunyai sahabat kerana sifat saya pendiam dan kurang sosial.Saya sedih dan setiap malam saya menangis dan meminta kepada allah untuk memberikan saya seorang sahabat pun jadilah.Dan allah mempertemukan saya dengan dua orang sahabat yang baik dengan saya malangnya saya tidak langsung menghargai mereka dan kenangan manis bersama mereka.Dan kini saya yang bersekolah di tempat lain dan duduk di asrama merasakan waktu saya begitu kosang dan disia-siakan begitu saja tanpa seorang sahabat yang ingin mendekati saya.Saya sedih dan saya seorang lemah tanpa seorang sahabat pun di sisi.Bolehkah spe-sape yang berada di web ini memeberikan nasihat kepada saya dan memberikan kata-kata semangat kepada saya.JIka tidak pun,cuba byangkan kehidupan saya yang sentiasa berseorangan ini.Langsung berjalan bersendirian ketika semua orang mempunyai geng-geng mereka.Berbual-bual dengan gembira.Dan ada teman untuk bercakap.BIlaada hari rabu,waktu koko mereka ada kumpulan masing-masing untk menjalankan aktiviti koko tapi saya tiada.Saya sendiri terasa pada waktu itu ingin menangis tapi saya sabar kan saja.Dan duduk sendirian dengan menahan rasa sedih dan protect diri sendiri dengan membaca buku atau ovel dan saya sendiri sering dijolokan dengan panggilan nerd atau kera sumbang.Saya berharap pencipta blog memberikan sedikit kata-kata kepada saya mengenai sahabat dan hidup ini..assalamualaikkum
Saya jga sejak dulu impikan seorang sahabat…gelaran sya kat skolah “kera sumbang”…pendiam, dduk sndri,ke kantin sendiri..saya doa pda Allah beri lah sya seorang sahabat yg boleh sllu ada untuk sya…sllu temani sya..setelah lma ,bkn tak ada teman ,ada tapi tak ada yg tetap…sya dapat fahami dn rasakan smua tu yg awk rasa…smga saja kita di temukn dgn shabat sejati..Amin ya Allah…
hingga kini masih tanda tanya,,sya tak layak ke ada sahabat atau dia dah ada tapi cums sya yg tak sedari kehadirannya ???….Allah bantu aku…
insyallah … jgn mudah putus asa mncari seorng sahabt … bkn mudh untuk mencri sahabt yg blh trima kekurngan kita .. allah sentiasa ada dgn kita … be strong oky … allah nk uji kita setakt mne kita kuat … insyallah oneday jmpa sahabt yg baik N menerima kekurgan dan keburukn kita … biase lah mulut manusia mne kita blh tutup
Hi, jom contact saya [email protected] mana tahu boleh kawan. Ps: saya perempuan
Berapa umur ?
Sahabat yg jujur adelah yg trbaik
betul tu?✨
Pd mulanya sy mpunyai seorg sahabat yg mana skrg usia pshabatan kami mcecah 15 thun.. sy amat myanyangi shbt sy dielah shbt dielah kluarga sy yg amat mengambil berat ttg khidupan sy… yg x pernah jemu mbantu mnolong sy dlm sgala hal sy.. yg byk mnasihati sy..yg tlalu byk prihatin ttg khidupan sy..sy teramat myanyagi sy.. die lah shbt sy dunia akhirat.. sy x tahu ape akn tjadi pd sy jika sy khilangan seorg sahabat spt dia… krn sy amat myayangi die… sy x sgup khilangan sahabat spt die… dan pd tahun lepas sy btemu dgn seorg insan yg juga blh digelar sebagai seorg shabat…dan skrg sy mpunyai dua org sahabat yg amat penting dlm hdop sy… sy byk mdpt kasih syg dr mereka iaitu dua sahabat sy…SAYA SYG KEDUA2 SAHABAT SAYA…. TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA TLH MBERI SY INSAN SPT MEREKA DLM HIDOP SY… Aamiin…
lagu habat dari najwa latif,mmg sangat menjiwai….
Tq admin.artikel ne mgingatkn sy pd sahabat lama.mmg best dgr lagu sahabat dr nyanyian najwa latif.liriknya yg mmg wat kite tertarik menarik kau mmg de bom.he..sahabat prnh beri sy hadiah yg sy anggap paling istimewa xprnh sahabat lain beri pd sy.smpai skg n sampai nafas sy terhenti bru sy tinggalkn.ye…Subahanallah..sahabat hadiakn sy buku solat n vcd(cara2 mendirikn solat fardhu n solat2 sunat).ne pn sahabat bg gune org tengah.admin..sahabat mcam ne bolh diketegorikn sahabat pe ye? sy msi lg lebel dy sbgai sahabat misteri.cam biskut pn de…huhuhu…pe2 pn sy xlepas myebut namanya dlm doa.Ya Allah..sekiranya sahabat ne adalah jodohqu Engkau prmudahkanlah niat n pertemuan kami semula.berilah rahmat n berkat pd hubungan kami yg dh lama terjalin sbagai sahabat sehati sejiwa.Amin..
LOL *_*