Membongkar Misteri Dajjal

misteri dajjal
misteri dajjal

Sedikit fakta – fakta dan dalil – dalil  tentang kemunculan Dajjal yang diperolehi dari sebuah buku yang bertajuk “Membongkar Misteri Dajjal” karya Muhammad Nuraini Maarif. Segala yang tercatat di sini adalah cebisan daripada isi kandungan buku ini.

Berikut adalah kronologi perjalanan kehidupan Dajjal dari sumber hadis Nabi dan himpunan kata-kata para nabi yang ditemui oleh Muhammad Isa Daud (Pengarang Buku Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda)

“Dia (Dajjal) dilahirkan dengan penuh keanehan (penampilan fizikalnya) hasil pengaruh jin atau syaitan (menurut sesetengah pendapat ulama kelahirannya adalah hasil pencantuman benih manusia dan jin).

Misteri Manusia Yang Bernama Dajjal

Dia lahir sekitar zaman Nabi Sulaiman A.S. (menurut pendapat Iman Al-Barzanji), dibesarkan tanpa ibubapa (dia dibawa pergi dari  ibubapanya setelah ramai mengesyaki keganjilannya dan diletakkan di bawah peliharaan seorang pendita di sebuah biara). Dia hidup terpisah dari keluarga.

Kemudian dengan ketentuan Allah, tanah kelahirannya ditimpa bencana akibat kemaksiatan yang berleluasa; namun atas sifat Rahman dan Rahim Allah, dia diselamatkan dari bencana kemusnahan itu dan dibawa tinggal di sebuah pulau di Laut Yaman serta hidup bersama makhluk Allah bernama Jassasah.

Ketika dia mula dewasa, dia bebas keluar dan kembali ke pulau itu; dia mengembara sekitar benua berhampiran atas dorongan Allah untuk mencari kebenaran (menjadi janji Allah, setiap makhluk berakal lagi mukalaf akan didatangkan kalimah Al-Haq sebagai saksi dan hujah untuk berhadapan dengan-Nya di padang Masyar kelak).

Bertemu dengan para nabi antaranya Nabi Harun A.S., Nabi Harun A.S. dan Nabi Isa A.S. Namun dia tidak juga mahu menerima kebenaran.

Dajjal dipasung dan terbelenggu

Dia kembali ke pulau tempat tinggalnya setelah puas melihat kehidupan manusia dengan pelbagai pengetahuan baru.

Apabila tiba saja ke pulau asalnya itu, dia ditangkap oleh Jassasah dan dipasung kerana telah lahir nabi akhir zaman, Muhammad S.A.W. (berdasarkan maklumat yang terhimpun dari lebaran purba). Dia tetap dipasung di situ serta diberi makan selayaknya.

Dia bertanya mengapa diperlakukan begitu?

Maka kata Jassasah; “Telah lahir seorang nabi yang ummi yang membawa rahmat ke seluruh alam dan ditahan segala bentuk fitnah..” lalu Jassasah memperincikan kisah kehidupan Nabi S.A.W. yang ummi itu.

Sungguh Dajjal tidak percaya dan mengatakan Jassasah adalah makhluk yang dengki di atas kelebihan yang ada pada dirinya. Maka dengan izin Allah, Dajjal menerima kunjungan Tamin Ad-Dari ketika di dalam pasungan [ Hadis dari Fatimah Al-Qais].

Hasil pertemuannya dengan Tamin Ad-Dari maka dia mengesahkan kata-kata Jassasah namun segala-galanya sudah terlewat kerana dia telah menjadi insan yang ingkar (kafir) seperti Iblis yang menolak perintah sujud kepada Adam A.S.

Pasungan Telah Delerai dan Dajjal Terbebas

Pasungan dan ikatannya tererai ketika kewafatan Rasulullah S.A.W. dan dia meninggalkan pulau itu dengan niat tidak akan kembali lagi, bimbang akan dikenakan pasungan kali kedua (berdasarkan maklumat yang terhimpun dari lebaran kitab purba).

Kemudiannya dia bebas mengembara (riwayat Ibnu Huzaimah di dalam ‘At-Tauhid dan Ath-Thabrani dalam Al-Muj’am’) dan mengembangkan segala fitnahnya.

Dia bertemu dan hidup dengan manusia silam serta mengajar mereka dengan pelbagai ilmu dan meninggalkan pelbagai tanda/monumen aneh;

– sebagai manusia misteri dalam tamadun Mayan – Jurubina sebenar Piramid Mayan

– sebagai Shi Huangdi (Maharaja Pertama China) – pembina Tembok Besar China, Piramid dan formasi patung  perajurit Terracotta

pembina Piramid Giza dalam tamadun Mesir Purba (logiknya, mengapa para arkeologi tidak berupaya menemukan bukti-bukti penggunaan teknologi dalam pembinaan sesuatu monumen hebat seperti itu)

–  pembina bongkah batu misteri Stonehenge(batu-batu tersebut disusun sedemikian adalah di atas sumber mata-mata air yang tidak terbit, kita sedia maklum bahawa kemarau panjang selama 3 tahun akan berlaku pada waktu munculnya Dajjal)

– Malah lebih mengejutkan, Merlin adalah Dajjal yang menyamar di alam manusia.  (Berdasarkan isi kandungan lain dalam buku ini).

Dia juga memberitahu para pengikutnya bahawa dia akan kembali satu hari nanti; dan kini dia diam dan berada di alam jin, bergaul dengan mereka demi memanjangkan usianya serta menjarakkan tempoh dan saat kemunculannya (pendapat penulis).

.

Realitinya ;

– Piramid dibina untuk memuatkan stargate (pintu gerbang yang menghubungkan alam manusia dengan alam jin)

– Adalah mustahil bagi tamadun terdahulu untuk memiliki pengetahuan yang hanya ditemuikan oleh ilmuan Islam pada abad ke-5 Masihi

– Kesemua watak yang dimainkan oleh Dajjal dalam tamadun terdahulu (Lord Pacal, Viracocha, Tutankhamun dan Shi Huangdi) sebagai wakil tuhan atau anak tuhan matahari. Penjelmaan Dajjal dalam tamadun ini adalah dalam bentuk manusia tua yang berjanggut.

– Dia menjanjikan kemunculan semula sesudah kematiannya (sebenarnya kembalinya dia ke alam jin) sebagai penyelamat di akhir zaman.

Dia hanya akan keluar setelah semua rancangannya tidak berjalan seperti dijangka. Dalam keadaan marah, dia mengatur saat kemunculannya ke alam dunia (hadis riwayat Muslim dan Ibnu Hibban dalam As-Shahih).

Dia menimbulkan huru-hara dunia dengan mencetuskan Perang Dunia melalui proksinya Iluminati dan Freemasons dan muncul ketika saat kemunculannya dinantikan di Khurasan (riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim di dalam ‘Al-Mustadarak’)

Apabila ia muncul di dalam bentuk penyamaran dengan wajah seorang pemuda – mirip wajah seorang penyelamat yang kini digambarkan oleh penganut Kristian dan mengaku dirinya sebagai nabi – Isa al-Masih.

Semua penganut Kristian dan Yahudi memang menanti kemunculan ‘The Messiah’.

Maka mudahlah dia menghimpunkan kaum Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan penganut Kabbalah di bawah nama ajaran baru – New Age, atheis, penganut ajaran kultus (cult) dan sebahagian besar umat Islam yang fasik.

Tidak ketinggalan juga, mereka yang terpengaruh dengan ajaran liberal dan modenersim (kajian penulis, bahkan hampir seluruh penghuni bumi terpengaruh dengan Dajjal.

Selama dia hidup, dia berusaha untuk mempengaruhi seluruh penduduk bumi; muslim – mukmin tulen yang saya gambarkan di dalam bab ‘Keajaiban Surah Al-Khafi’).

Dia berkuasa selama 40 hari. (riwayat Muslim dari an Nawwas)

Dia mula berkuasa dan menguasai setiap penjuru bumi. Dia meluaskan pengaruh dan tipu dayanya (hadis) dan berjuang menentang umat Islam.

Namun umat Islam tetap kuat di bawah kepimpinan Imam Mahdi. Ketika umat Islam dikepung, Nabi Isa A.S. pun turun dan menamatkan kepungan itu lalu mengejar Dajjal dan membunuhnya. “ (Walahu’alam)

Inilah himpunan kisah Dajjal yang saya (penulis) tulis mengikut kronologi bersumberkan dari hadis Nabi, teks lama himpunan Muhammad Isa daud dan hasil penelitian serta kajian saya sendiri (penulis) sendiri dengan penuh sedar.

Saya berdoa semoga bahan-bahan ini tidak termasuk dan tergolong dalam manipulasi cerita-cerita Israiliyyat.

Semoga usaha ini beliau mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.  Ini adalah hanya sedikit kandungan yang terkandung. Bagi meningkatkan lagi pemahaman, diharap dapat membacanya sendiri daripada buku ini.

Dajjal
Dajjal

Bibliografi : Muhammad Nuraini Maarif (2009), Membongkar Misteri Dajjal , HR Publishing, Petaling Jaya

 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

17 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Tak perlu tahu
Tak perlu tahu
1 tahun yang lalu

Sila baca kembali sejarah silam.. tulisan anda sudah tersasar dari APA yg sudah tercatat….

Farid Ismail
Farid Ismail
6 tahun yang lalu

Maaf sekadar bertnya..Adakah pihak admin dh menerbitkan sambungan siri kedua buku ini.kalo sudah diterbitkan,harap dpt share info di mana boleh sy dptknnya..jujur sy ckp,selama 2 thn sy abiskan utk sy dptkan cerita dan gambaran sebenar siapa/apakh dajjal itu.budaya@org@gergasi@iblis@pertubuhan@haiwan..
tp Alhamdulillah sepanjang tempoh sy mencari ilmu bkenaan Dajjal ni,sy rasa segala psoalan sy terjawab hampir semuanya sebaik sy habis membaca buku ini..dan semua fakta yg diberikan disokong dgn bukti2 yg sgt solid dan genuine..Besar sungguh jasa pihak admin kpd Islam.saya teringin dan harap satu hari nnt sy dpt btemu sendiri dgn penulis buku ini.tahniah diucapkan kpd pihak admin..

yunus
yunus
8 tahun yang lalu

Kalau dibandingkan monumen tersebut dengan usia kelahiran kekasih Allah Muhammad s.a.w memang lah tak lojik..tapi admin menjelaskan monumen2 tersebut terbina sebelum kelahiran Muhammad..antara versi2 cerita dajjal ni salah satu nye versi yang admin terangkan mungkin umur dajjal sudah melangkau 6 ke 7000 tahun secara kasar dan versi yang lain nya 100 tahun sebelum kelahiran nabi musa yang lebih dikenali samiri yang menyesatkan kaum bani israel itu sendiri sewaktu nabi Musa keluar selama 40 hari bermunajat kepada Allah antara kesesatan yang dibawa dengan membina patung anak lembu yang boleh berkata2..yang ditulis oleh isa dawud..untuk pengetahuan kepada saudara yang musykil usia dajjal ini ditangguh kan oleh Allah sebagai ujian terbesar buat manusia akhir zaman dengan kekayaan dan kebijaksanaan pengaruh dan kuasa mempengaruhi dunia..

anonymous
anonymous
9 tahun yang lalu

noted

nurmaya sari
nurmaya sari
9 tahun yang lalu

subhanallah,,,,,,, mengeriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikan

Gus
Gus
10 tahun yang lalu

Kurang meyakinkan kalau dihubungkan dengan monumen rasanya sedikit ganjal, toh monumen-monumen tersebut sudah ada ribuan tahun sedangjan wafatnya nabi muhammad sekitar 1000+an yang lalu. Tema dalam artikel ini juga rasanya masih janggal dan banyak kekurangannya.

Puteri Diana
Puteri Diana
11 tahun yang lalu

Suke bile dapt menambh ilmu… Semoga Allah menyelamtkn kite serta ank cucu kite… Serta segala keturunn kite dari fitnh dajjal… Amin

talibramli
talibramli
12 tahun yang lalu

Kalau dibaca dalam web http://www.harunyahya.com
ada artikel yang menyatakan dajjal itu akan muncul di Rome..
bacalah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah Al-Khafi agar terselamat daripada fitnah dajjal

nabilah
nabilah
Reply to  talibramli
12 tahun yang lalu

betul tu :)

amirah izzati
amirah izzati
12 tahun yang lalu

Tumpang tanye . kat mane ea? dia jual buku tuu .
teringt sgt nk beli tapi xtahu kt mane.. hoho ^_^

Cindai
Cindai
12 tahun yang lalu

Pada hemat saya serta pengalaman saya kata kata anda serta pendapat anda adalah benar. Kalau di kaji kenapa jin itu menipu apabila di rasuk dan jua boleh menaikkan ilmu yang mana pesakit itu tidak tahu akan segala ilmu sihir, inilah puncanya. Bagi saya pula ini semua atas kesalahan manusia yang mana terlalu suka mencari ilmu serta meminta bantuan jin yang tidak tahu asal usulnya, akibatnya anak cucu ,anak isteri serta diri mereka itu menjadi mangsa akibat ilmu serta rakusnya manusia itu. Alhamdulillah jawapan anda adalah benar sesungguhnya saka itu adalah dajal di alam jin yang menyesatkan manusia.