Tanggungjawab Suami & Isteri Yang Wajib Dalam Perkahwinan

tanggungjawab suami terhadap isteri
Tanggungjawab suami

Apakah tanggungjawab suami dan isteri dalam sesebuah perkahwinan menurut Islam?

Dalam artikel ini, saya akan membantu anda mengetahui dan memahami apakah tanggungjawab-tanggungjawab wajib yang harus dipikul oleh suami dan isteri.

Saya juga akan menjelaskan mengenai tuntutan perkahwinan dan rahsia disebalik pernikahan.

InsyaaAllah saya akan jadikan panduan ini ringkas dan mudah untuk difahami.

 

Hukum Perkahwinan (Munakahat)

Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.

— Hadis riwayat al-Baihaqi

Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan..

.. mengikut lunas-lunas peraturan tertentu.

Justeru itu, Allah menjadikan makhluk-makhlukNya khususnya manusia, fitrahnya suka pada ketenangan atau sakinah dengan kehidupan beristeri dan mempunyai keluarga.

Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.

Hubungan suci seorang lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah dan dianjurkan oleh Rasulullah.

Rumah tangga yang dibina merupakan alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat yang diwakili oleh individu-individu yang menyokongnya.

Seandainya suasana sesebuah rumah tangga itu aman dan kasih-mengasihi antara satu dengan yang lain, maka insyaaAllah akan tenteram dan sejahtera masyarakat.

Perkahwinan ialah amanah untuk memikul tanggungjawab membentuk keluarga yang lebih besar

 

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri & Keluarga

Untuk menjamin keharmonian rumah tangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab suami dan isteri.

Suami sebagai ketua keluarga khususnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan anak-anaknya.

Antara tanggungjawab suami yang wajib adalah:

  1. Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal.
  2. Memberi nafkah batin termasuklah menggauli isteri dengan baik.
  3. Menyara anak-anak
  4. Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan
  5. Melindungi maruah keluarga dan harta benda
  6. Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan Allah
  7. Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna
  8. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga.

Suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak dan orang lain.

Mempunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa.

 

Tanggungjawab Seorang Isteri

Selain dari suami, isteri juga mempunyai tanggungjawabnya dalam sesebuah keluarga.

Antara tanggungjawab isteri adalah:

  1. Menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada di rumah. Misalnya tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram atau yang dibenci suami masuk ke dalam rumah.
  2. Patuh terhadap suruhan suami (selagi bukan perkara maksiat) dan sentiasa suka melayan suami zahir dan batin.
  3. Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
  4. Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan diri serta anak-anak.
  5. Menjaga amanah dan harta suami.
  6. Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri.
  7. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali dalam situasi darurat)
  8. Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di luar rumah. Ketika berada di khalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa menutup aurat.

 

Apakah Rahsia Dan Hikmah Perkahwinan?

1. Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul.

Firman Allah SWT maksudnya:

Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.

Surah ar-Ra’di ayat ke 38 


2. Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.


3. Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengan dia bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai.

Al-Baihaqi RA meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW yang maksud:

Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.

— Hadis riwayat ath-Thabarani (7643)


4. Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin.

Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.

Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW maksudnya:

Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku

— Hadis riwayat al-Iraqi (2/29)


5. Sebaik-sebaik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan.

Rasulullah SAW bersabda:

Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu bersetubuh/berumahtangga, hendaklah dia berkahwin, kerana ia paling menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah pemelihara (dapat mengekang keinginan nafsu syahwat) baginya

— Hadis riwayat al-Bukhari


6. Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.


7. Melalui perkahwinan, wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

 

Penutup: Realiti Sebenar Dalam Perkahwinan

Apabila berbicara tentang cinta dan rumah tangga, ramai diantara kita akan terbayang yang manis-manis sahaja.

Suami yang romantik, isteri yang lembut ibarat bidadari syurga, anak yang soleh dan solehan, bunga dan mawar harum yang menghiasi dan pelbagai lagi fantasi.

Namun sebenarnya rumahtangga bukan begitu…

Memang ada kemanisannya, tetapi rumah tangga adalah medan untuk berbakti dan beramal.

Cabaran-cabarannya luar biasa. Tanggungjawab yang hadir kadang-kadang terasa terlalu berat untuk dipikul diatas bahu.

Ujian-ujian yang mendatang, kadang-kadang menyesakkan dada hingga dunia terasa sempit dan sesak.

Suami bukan malaikat, Isteri bukan bidadari..

Cinta dan perkahwinan itu hadir bersamanya tanggungjawab.

Tanggungjawab untuk bersabar dalam alam rumah tangga dan tanggungjawab untuk mendidik anak isteri dengan ilmu yang benar.

Tanggungjawab-tanggungjawab ini semuanya nanti akan dihisab Allah di hari akhirat.

Setiap kita adalah pemimpin.

Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.

Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya.

Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya.

HR Bukhari 


Semoga panduan ini mempunyai peranan kecil dalam memberi pencerahan mengenai tanggungjawab suami serta tanggungjawab isteri dalam rumah tangga.

Rumah tangga Islam mempunyai misi, visi dan agenda.

Bukan bermakna perlu ditulis dan ditampal pada dinding rumah, tetapi suami isteri jelas ke mana hala tuju rumah tangga yang hendak dibawa.

Jika anda ada persoalan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

25 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zaidi
Zaidi
1 tahun yang lalu

Allhamduillah..panggajaran yang amat berguna pada sy yang ingin berumahtangga.

sesuatu
sesuatu
1 tahun yang lalu

saya ada isteri…tapi lepas dpt anak kedua kami… kami xpernah bersama… lebih 8bulan dah.bila ajak,ditolak..alasan xready tkot dpt anak lagi.. xkan sy perlu melanggan diluar pulak? apa erti perkhawinan elak maksiat klu mcm ni….

zahrah
zahrah
2 tahun yang lalu

Tentang jodoh pilihan keluarga atau pilihan sendiri ?? 

1) Pilihan mak ayah. Mmng Baik

2) Pilihan sendiri ni juga baik, Tetapi.. jika salah pilih. tak boleh juga… 

Sebelum mahu pilih suami, perlu tengok 2 perkara.
Yg pertama, beragama. Yg kedua, berakhlak.

Jadi, apa pandangan encik/puan ?? harap dapat membalas. Terima kasih !!

Anim
Anim
3 tahun yang lalu

Jika isteri tk tahu apa salah dia buat, si suami tknak bercakap.. Tiada komunikasi.. Anak pun dia buat tak tahu sahaja.. Pegang tidak tegur tidak..

Puan syaims
Puan syaims
4 tahun yang lalu

Saya seorg isteri Yang selalu tertekan …kadang Hati Rasa pedih sangat…suami saya bekerja..nafkah mkn minum pkai Kami anak beranak ckup..cuma sikap suami sering mengabaikan tgjwb dr segi mendidik Dan menjaga..sy tdk berkerja ..segalaa urusan hal rumah, anak² sy yg uruskan..baik ke sekolah, hal sekolah.,mendidik anak² semua sy…suami Pula bila ditegur gal agama ..marahkab sy..anak² tk solat…suami pn z solat…sy solat…selalu ajak..xpnh nk ikut..yg dia tahu..kerja cari duit…bawa.mkn..bawa jln²…sy letih

nisa
nisa
Reply to  Puan syaims
4 tahun yang lalu

sabar ye kak.. sabar itu indah..

Me
Me
Reply to  nisa
3 tahun yang lalu

Same situasi dengan Sy, bila ajak bincang, agih2kan tugas dia cakap Kita berkira. Dia pun ungkit kerja dia. Siapa bagi makan semua. Tapi, bila dia cuti kerja, tak de Bantu ape pun. Habiskan mase dengan Fon, game, movie, keluar ngan kawan2. Bila ditegur marah. Ape nak buat dengan org camni ye?

Ajak slow talk dia main2 Kan Kita. Boleh X keluar je rumah bawak anak2? Tanggungjawab dia bagi didikan Yang baik untuk anak2 Kan. Kalau X bagi boleh la Kita keluar jaga anak sendiri. Dari tgk bapak Yang bagi contoh X baik.

ida
ida
4 tahun yang lalu

saya mempunyai suami yg tidak bekerja lebih 3 bulan. makan minum saya ibu bapa saya yg tanggung..malahan juga makan minum suami saya.. suami saya beri saya nafkah pun sikit sangat..tidak mencukupi untuk saya dan anak saya.. sampaikan ibu bapa saya yg tanggung keperluan saya dan ank saya..and now ibu bapa saya telah pun hantar suami saya balik rumah parents nya..disebabkan ibu bapa saya tidak mampu lagi menanggung makan minum suami saya dan keperluan suami saya.. dah 4 bulan saya dan suami saya tinggal berasingan..adakah betul atau salah tindakan ibu bapa saya terhadap suami saya dan rumahtangga saya… dan salahkah saya sebagai isteri meminta cerai kepada suami saya.. kerana lalai bertanggungjawab sebgai seorang suami terhadap isteri dan anak.

Reen
Reen
4 tahun yang lalu

Saya mempunyai suami yang slalu lupa tanggung jawab terhadap anak Dan isteri. Suami slalu keluar rumah alasan kerja tetapi tidak berkerja sebenarnya berjalan-jalan macam orang bujang kerana bertembung dengan ahli keluarga semasa di luar. Nafkah tidak teratur. Ada duit tapi kedekut dengan anak isteri. Baru-Baru ini suami ada hubungan dengan pihak ketiga Dan lupa balik apabila anak2 Dan isteri sakit. Apa saya perlu buat saya sayang kan keluarga saya tetapi me mpunyai suami yang tidak bertanggungjawab. Perlu saya meneruskan atau tidak hubungan. Buntu susah nak ubah suami jadi lebih bertanggungjawab. Saya kasihan anak2 slalu mengeluh duduk rumah kerana ayah kerap kerja.

Reena
Reena
Reply to  Reen
4 tahun yang lalu

cerai je la. ko duduk sara diri sendiri dan anak. nak pening kepala buat apa lelaki tu tak guna. ko tak boleh ubah dia. tapi ko boleh ubah diri ko.

Syariana
Syariana
5 tahun yang lalu

Apakah istri boleh berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik lagi bagi dirinya apabila suaminya g taat beribadah dan gemar ngumbar kata talak

Reena
Reena
Reply to  Syariana
4 tahun yang lalu

kalau dah suami talakkan, jatuhla cerai walaupun secara tidak sengaja. pergi ko balik rumah mak ayah ko. bawa anak2 tu sekali.

iza
iza
5 tahun yang lalu

saya pernah berpisah gan suami saya.. dlm masa berpisah gan iddah suami sy mempunyai perempuan lain… x lama tue suami sy merayu untuk terima dia dan dia sggp utk menjaga sy n ubah kehidupan kami sebelum nie…. sy pun dah berkahwin semula gan suami sy…. tp sy nmpk perubhan dia … dia x rajin seperti sblum2 nie … blik pun sentiasa lewat byk habis pada pej…. kdg2 hati sy rasa curiga… sy x nak sejarah berulang lagi… ape perlu saya buat… bagaimana cara sy nak atasinya

Hamba Allah
Hamba Allah
Reply to  iza
5 tahun yang lalu

Dari ilmu saya dapat begini,,first bersabar dn sentiasa bersangka baik kerana semuanya itu dr Allah pasti Ada hikmahNya .yakinlah
Kedua perbanyakkan istghfar dn mengadulah kpd Allah kerana Allah yg membolak balikkan hati manusia.
Ketiga,perbaiki hubungan dengan Allah dn manusia.
Usahakanlah,moga berjaya..aamiin ya rab Al Alamiin.

Reena
Reena
Reply to  iza
4 tahun yang lalu

cerai je. pergi rujuk balik buat apa. lelaki tu memang tak guna. ko duduk je dengan mak ayah ko. buat bisnes dari rumah goreng pisang ke, buat karipap ke. lagi baik dari ko buang masa hayat tenaga dan emosi ko pasal lelaki tak guna ni.

mira
mira
5 tahun yang lalu

hikmah suami isteri melakanakan tanggungjawab bersama ?