NIAT & CARA SOLAT SUNAT ISYRAQ (Panduan Lengkap)

Ini adalah panduan lengkap cara melakukan Solat Sunat Isyraq.

Panduan ini akan membimbing anda secara langkah-demi-langkah dengan mudah dan lengkap.

Apa yang menarik:

Panduan solat sunat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Semoga bermanfaat..

Apa Maksud Solat Isyraq?

solat sunat isyraq

Solat Sunat Isyraq adalah solat sunat 2 rakaat yang didirikan setelah matahari terbit meninggi, yakni selepas waktu tahrim (waktu larangan untuk solat). Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan satu lagi hari kepada kita untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila telah selesai melaksanakan Solat Subuh berjemaah supaya duduk berzikir kepada Allah SWT sehinggalah matahari naik, kemudian mengerjakan solat sunat dua rakaat.

Rasulullah SAW menyatakan pahala yang besar bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah tersebut, Baginda SAW bersabda:

Sesiapa yang melakukan Solat Subuh secara berjemaah kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia bersolat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala seperti pahala mengerjakan haji dan umrah. Berkata Rasulullah SAW “Secara sempurna, sempurna, sempurna”

— Riwayat Tirmizi

Waktu Solat Isyraq

Waktu Solat Sunat Isyraq adalah ketika matahari sudah terbit dan tingginya kira-kira segalah (3 meter), iaitu selepas Waktu Tahrim (waktu haram solat sunat). Dalam perhitungan moden: 1 jam 16 minit atau 1 jam 17 minit daripada bermulanya masuk waktu subuh.

Dalam erti kata lain, waktu ini adalah 16 atau 17 minit selepas masuk syuruq (terbit matahari). Waktu itu boleh dianggarkan bermula antara jam 7.15 pagi sehingga 7.30 pagi waktu Semenanjung Malaysia (waktu untuk Sabah dan Sarawak mungkin bermula lebih awal)

Tempoh solat ini adalah sangat singkat. (Lebih kurang 15 minit selepas syuruk sehingga masuk waktu Dhuha)

Nota

Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya  ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.

Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Maklumat mengenai Waktu Tahrim boleh dilihat pada pautan ini: Waktu Diharamkan Solat Sunat

Jumlah Rakaat Solat Isyraq

Bilangan rakaat Solat sunat Isyraq adalah dua rakaat sahaja.

Niat Solat Sunat Isyraq

Niat solat Isyraq adalah: أُصَلِّي سُنَّةَ الإِشْرَاقِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى (Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala)

niat solat sunat isyraq

 Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat isyraq dua rakaat kerana Allah Taala

Cara Mengerjakan Solat Isyraq

Ringkasan Cara Melakukan Solat Isyraq

  • Solat Isyraq dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja Aku Solat Isyraq Dua Rakaat Kerana Allah Taala”
  • Kemudian bacalah surah al-Fatihah. Setelah itu, bacalah surah-surah lazim seperti Surah al-Kafirun.
  • Seterusnya lakukan rukuk, sujud dua kali dan bangun semula untuk rakaat kedua dengan menjaga tuma’ninah.
  • Rakaat kedua dimulakan dengan takbir intiqalat. Kemudian bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim yang seterusnya seperti Surah al-Ikhlas.
  • Kemudian lakukan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir untuk rakaat kedua. Akhiri Solat Isyraq dengan memberi salam.
  • Selesai solat, sempurnakan solat dengan bacaan wirid dan doa selepas solat Isyraq.

Tatacara lengkap mengerjakan Solat Sunat Isyraq secara langkah demi langkah adalah seperti di bawah ini:

Doa Sebelum Mendirikan Solat Isyraq

Sebelum mendirikan Solat Sunat Isyraq, disunatkan untuk membaca doa ini terlebih dahulu:

 Al-ḥamdu lillāhilladzī aqālanā yawmanā hādhā wa-lam yuhlīknā bi-dhunūbinā 

Maksud doa:

“Segala puji bagi Allah yang telah memberikan hari ini kepada kami dan tidak membinasakan kami kerana dosa-dosa kami”

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Isyraq

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Isyraq dalam hati:

niat solat dhuha

 Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat Sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Bacalah Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain al-Kafirun


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


12. Seterusnya Membaca Surah Al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

  • Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.

13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

 SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Doa Solat Isyraq

Berikut adalah antara doa yang boleh dibacakan selepas selesai Solat Sunat Isyraq. Doa ini dipetik daripada Kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin, tulisan Syeikh Abdus Samad al-Falimbani.

doa solat sunat isyraq

Alhamdulillahillazi Ja’ala Yauma ‘Aafiyatan WaJaa Asy-syamsa Min Matla’ihaa, Allahummar Zuqni Khairo Haazal Yauma, Wadfa’ Annii Syarrohu. Allahumma Nawwir Qalbi Binuuri Hidaayatika Kama Nawwartal Ardho Binuuri Syamsika Abadan Abadaa Birahmatika Ya Arhamar-rohimin.


Maksudnya:

Segala puji kembali pada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.

Catatan

Boleh membaca apa-apa sahaja doa selepas Solat Sunat Isyraq. Doa-doa ini adalah panduan daripada para ulama.

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Sunat Isyraq

Terdapat beberapa kelebihan yang bakal diperolehi jika mengerjakan Solat Sunat Isyraq:

1. Diberi Pahala Haji Dan Umrah

Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah, setelah itu dia duduk sebentar sambil berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat sunat dua rakaat, baginya pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna

— Hadis riwayat al-Tirmizi

Selain daripada berzikir, masa tersebut juga boleh dipenuhi dengan membaca al-Quran, mendengar kuliah, bertistighfar dan berselawat sehingga matahari mulai terbit.

Setelah itu, barulah mengerjakan solat Sunat Isyraq sekitar 5 hingga 10 minit selepas matahari terbit dengan harapan agar memperoleh ganjaran orang yang melaksanakan haji dan umrah.

Solat Sunat Isyraq juga merupakan tanda dan bukti kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan pada hari tersebut.

Sehingga kita dapat menikmati suasana hening pagi dengan membesarkan, memuji dan mengagungkan Allah SWT menerusi Solat Sunat Isyraq ini.

2. Pahala Umpama Berjihad Di Jalan Allah

Kebiasaannya di awal pagi, ramai yang sibuk bertarung dengan kesesakan di jalan raya untuk pergi bekerja mencari rezeki untuk nafkah isteri dan anak-anak.

Jika niat betul, insyaAllah pahala umpama keluar berjihad di jalan Allah.

Sabda Nabi ﷺ :

memang jihad di jalan Allah itu hanya yang terbunuh (dalam perang) sahaja? Siapa yang bekerja untuk menghidupi orang tuanya maka dia berada di jalan Allah, siapa yang bekerja menghidupi keluarganya maka dia berada di jalan Allah, tetapi siapa yang bekerja untuk bermewah-mewah (memperbanyak harta) maka dia berada di jalan thaghut

— Riwayat ath-Thabrani

Soal Jawab Berkaitan Solat Isyraq (FAQ)

Berikut disenaraikan beberapa soal jawab lazim isu berkaitan Solat Isyraq:

Apa Itu Solat Isyraq?

Solat Sunat Isyraq adalah solat sunat 2 rakaat yang didirikan setelah matahari terbit meninggi, yakni selepas waktu tahrim (waktu larangan untuk solat)

Apakah Tujuan Solat Isyraq?

Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan satu lagi hari kepada kita untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.

Waktu Solat Isyraq

Solat Sunat Isyraq dilakukan ketika matahari sudah terbit dan tingginya kira-kira segalah (3 meter), iaitu selepas waktu yang diharamkan solat.

Dalam perhitungan moden: 1 jam 16 minit atau 1 jam 17 minit daripada bermulanya masuk waktu subuh.

Dalam erti kata lain, waktu ini adalah 16 atau 17 minit selepas masuk syuruq (terbit matahari)

Berapa Rakaat Solat Isyraq?

Bilangan rakaat solat ini adalah dua rakaat sahaja.

Apakah Hukum Mengerjakan Solat Isyraq?

Hukum mengerjakan Solat Isyraq adalah sunat.

Kelebihan Solat Isyraq

Sesiapa yang mengerjakan Solat Isyraq dijanjikan pahala sebesar mengerjakan umrah dan haji secara sempurna. Selain itu, menurut riwayat ath-Thabrani sesiapa melakukan Solat Isyraq dikurniakan pahala seumpama berjihad di jalan Allah.

Apakah Beza Antara Solat Isyraq Dan Solat Dhuha?

Terdapat khilaf di kalangan ulama mengenai kedua-dua jenis solat ini.

Menurut Imam Ghazali solat Isyraq berbeza dengan solat Dhuha. Solat sunat Isyraq bukanlah solat sunat Dhuha. la adalah solat tersendiri yang habis waktunya setelah ia mencorong dan naik matahari.

Perbezaannya adalah dari segi waktu. Waktu solat isyraq bermula daripada terbitnya matahari sehingga naik setinggi satu tombak. Waktu ini disebut Dhahwah (ضحوة)

Waktu Dhuha pula bermula daripada matahari setinggi satu tombak sehingga waktu istiwa’ (matahari tepat di atas langit).

Demi Matahari dan cahayanya yang terang-benderang. Dan bulan apabila ia mengiringinya. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata. Dan malam apabila ia menyelubunginya dengan gelap-gelita.

— Surah Asy-Syams, ayat 1 hingga 4

Selepas selesai waktu solat ini dan telah masuknya waktu dhuha, kita boleh mengerjakan Solat Sunat Dhuha pula. Solat Sunat Dhuha terkenal sebagai amalan pembuka rezeki dan membuatkan hati kita tenang sepanjang hari.

Diharapkan panduan ini dapat membantu anda belajar Solat Sunat Isyraq dengan mudah.

Anda juga boleh meninggalkan komen pada ruangan di bawah jika ada apa-apa persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut.

Nota Rujukan:

  1. Kitab I’anah ath-Thalibin — Syaikh Abu Bakar Bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi
  2. Kitab Nihayah az-Zain fi Irsyad al-Mubtadi’in — Syaikh Abu Abdul Mu’thi, Muhammad Bin Umar Bin Ali Nawawi al-Jawi
  3. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
  4. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
  5. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
  6. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
  7. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
  8. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
  9. Anugerah Allah Dalam Solat Rawatib — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

334 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Anna M
Anna M
13 hari yang lalu

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah ruangan Aku Islam telah banyak membimbing dan menjadi tempat rujukan, banyak membantu orang seperti saya yang jahil bab solat, hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik saudara Muhamad Naim di atas usaha yang baik ini. Jazakallah Khair.

Faiza
Faiza
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Adakah wanita yang berjamaah solat subuh di rumah, kemudian melaksanakan solat sunat Isyrak mendapat kelebihan yang sama, iaitu pahalanya sama seperti seperti mengerjakan Umrah ?

Terima kasih Ustaz

Kaspa
Kaspa
3 bulan yang lalu

Terbaik

Zamri Bin Hamjah
Zamri Bin Hamjah
4 bulan yang lalu

Assalamualaikum, selepas solat subuh berjemaah di masjid dan pulang terus ke rumah. Soalannya ialah bolehkah kita melakukan solat sunat Israk di rumah?

Abdul Rahim Bin Rashid
Abdul Rahim Bin Rashid
10 bulan yang lalu

Ada kekeliruan jika anda mengatakan waktu solat isyraq selepas 1 jam 16 minit selepas subuh sebab waktu itu berubah mengikut musim, lebeh tepat jika anda hanya bubuh berapa minit selepas waktu syuruk.
Terima kaseh.

Kamsani Adam
Kamsani Adam
10 bulan yang lalu

Mudah utk buat rujukan. Terbaik.

Azhar bin Shari
Azhar bin Shari
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad wa’ala Ali Saiyidina Muhammad Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah Allahumma Aamiin
Soalan saya boleh tak bg masa atau anggaran waktu sunat Isyrak yg boleh dimulakan jam berapa hingga jam berapa dlm anggaran? terima kasih mohon pencerahan 🙏

Azhar bin Shari
Azhar bin Shari
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah Allahumma Aamiin terima kasih pencerahan 🙏 yg amat jelas.

Wan
Wan
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya mahu tanya 3 soalan
Soalan 1
Boleh ke saya hanya berselawat ke atas nabi dulu sebelum masuk waktu israq(kiranya lepas habis sembayang subuh, saya berselawat sambil tunggu waktu israq)
Soalan 2
Boleh ke saya qada solat sementara menunggu masuk waktu israq.
Soalan 3
Kalau saya baca “Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallah-il ‘Azhim” sahaja sementara menunggu masuk waktu israq.

Wan
Wan
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Solat qadha ada waktu larang ke? Boleh senaraikan bila waktu larangan?

Azizah binti Ab Rahman
Azizah binti Ab Rahman
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum.. Sy solat subuh di rumah dan menunaikn solat isyraq di rmh jg.. Bole ke begitu

Jamain
Jamain
1 tahun yang lalu

Nak tanya. Boleh tak sembahyang sunat israq dilakukan di rumah setelah berwirid dan baca quran setelah tiba waktunya.