NIAT & CARA SOLAT SUNAT IHRAM (Panduan Lengkap)

solat sunat ihram

Ini adalah panduan mengerjakan solat sunat ihram

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan solat sunat ihram dengan betul.

Apa yang menarik:

Ejaan dalam rumi juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Maksud Solat Sunat Ihram

Solat sunat Ihram disunatkan kepada mereka yang mahu melakukan ihram, sama ada ihram haji ataupun umrah. Solat ini dilakukan selepas mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram. Solat sunat ihram dilakukan sebanyak dua rakaat sebelum memulakan ihram. Solat ini tergolong dalam solat-solat yang lebih utama dilakukan bersendirian.

Selepas melakukan solat ini, bakal haji berniat ihram haji mahupun umrah.

Daripada Ibnu Abbas r.a, daripada Umar r.a daripada Nabi SAW sabdanya:

Malam tadi, datang kepada aku oleh yang datang daripada Tuhanku, ketika itu Nabi sedang berada di al-‘Aqiq, bahawa engkau hendaklah solat di wadi yang berkat ini, dan katalah, umrah dalam haji. 

— Riwayat Bukhari

Maksud Ihram

Ihram bermaksud mengharamkan atau melarang. Ihram dalam ibadah haji ataupun umrah adalah keadaan yang ada pada orang yang sedang mengerjakan haji ataupun umrah bermula ketika berniat mengerjakannya dan berakhir ketika tahalul.

Ibadah ini dinamakan sebagai ihram, kerana orang yang mengerjakannya diharamkan melakukan beberapa perkara.

Pakaian Ihram bagi lelaki dan perempuan

Sila rujuk panduan lengkap mengenai IHRAM pada pautan ini: PANDUAN IHRAM: NIAT, TATACARA, MIQAT DAN PANTANG LARANGNYA

Niat Solat Sunat Ihram

Niat solat sunat ini adalah seperti berikut:

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِحْرَامِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal Ihrami Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Ihram

Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Ihram

  • Mulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Bacalah Surah Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan seperti al-Ikhlas untuk rakaat pertama dan an-Nas untuk rakaat kedua.
  • Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali dengan menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
  • Untuk rakaat kedua, bangun dengan membaca takbir, bacalah Al-Fatihah dan surah pilihan yang lain, diikuti dengan rukuk dan sujud.
  • Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam.

Cara Sunat Ihram dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain. Bacaan dalam solat ini tidaklah ditentukan. Oleh itu, bolehlah dibaca mana-mana surah yang disukai. Lakukanlah Solat Sunat Ihram dengan niat yang ikhlas sebagai persediaan untuk memulakan ihram bagi haji atau umrah.

Di bawah panduan melakukan solat sunat ihram secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat dimulakan dengan melafazkan niat

Berdiri tegak menghadap ke arah kiblat. Sunat melafazkan niat dalam bahasa arab:

Usolli Sunnatal Ihrami Rak’ataini Ada’an Lillahi Ta’ala


2. Kemudian, teruskan dengan mengangkat takbir

Angkat takbir sambil berniat solat sunat ihram dalam hati serentak:

Sahaja aku solat sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Taala.


3. Kemudian, bacalah doa Iftitah.

Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Jika dibaca, mendapat pahala.

doa iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin


4. Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


5. Kemudian, baca Surah al-Ikhlas

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-ikhlas.

cara solat taubat

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad 

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.


6. Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

rukuk solat
sujud

Rakaat Kedua

7. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


8. Baca surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


9. Selepas itu, baca Surah an-Nas

cara solat taubat

Qul a’uzu birabbin-nas. Malikin-nas. Ilahin-nas. Min syarril-waswasil-khannas. Allazii yuwaswisu fi sudurin-nas. Minal jinnati wan-nas.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

Pemilihan surah dalam rakaat kedua juga adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.


10. Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud.

rukuk solat
sujud

11. Kemudian bangun dari sujud dan terus lakukan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua

tahiyat akhir

12. Selesai tahiyat, solat diakhiri dengan memberi salam.

salam

13. Maka selesailah Solat Sunat Ihram tersebut.

Berniat Ihram Umrah Atau Haji Selepas Solat

Setelah selesai solat, maka pasanglah niat dalam hati untuk ihram umrah atau ihram haji.

Niat mengerjakan umrah

 Nawaitul ‘Umrata Wa AhramTu Biha Lillahi Taa’la 

Maksudnya:

Sahaja aku menunaikan Haji/Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala”

Setelah itu jemaah digalakkan untuk bertalbiah disepanjang perjalanan menuju ke Mekah.

ucapan talbiah

Labbaika Allahumma labbaik.

Labbaika laa syariika laka labbaik.

Innal hamda, wan-ni’mata, laka wal mulk, laa syariika laka.

Maksud:

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.

atau

Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu. Sesungguhnya puji, nikmat, dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun bagi-Mu

Talbiah hanya tamat selepas jemaah memasuki masjidil haram dan melihat kaabah.

Perkara-Perkara Sunat Untuk Dilakukan Sebelum Berihram

Sebelum berihram digalakkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Taubat atas setiap kesalahan
  2. Mengerat kuku
  3. Membuang atau mencukur bulu ari-ari dan bulu ketiak.
  4. Mengandam dan merapikan misai, janggut dan rambut.
  5. Mandi sunat ihram jika keadaan mengizinkan.
  6. Berwuduk
  7. Memakai minyak wangi pada badan (bagi lelaki sahaja untuk tujuan kesegaran). Bagi wanita hanya boleh memakai bahan yang boleh menghilangkan bau badan yang tidak mendatangkan kemudaratan dan syahwat jika terbau.
  8. Memakai minyak rambut.
  9. Memakai kain ihram berwarna putih.

Lakukan perkara-perkara di atas sebelum berniat ihram.

Jika sudah berniat ihram, maka tidak boleh lagi memotong kuku, menggunting rambut, memakai minyak wangi, minyak rambut dan sebagainya.

Pantang Larang Semasa Ihram Talbiah

Berikut adalah beberapa larangan yang mesti dipatuhi semasa ihram:

  1. Menutup kepala atau sebahagian kepala bagi lelaki
  2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit ataupun sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju, sarung kaki, dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.
  3. Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita
  4. Memakai sarung tangan.
  5. Memakai bau-bauan sama ada pada badan, pakaian, makanan, minuman, atau menyedutnya ke dalam hidung.
  6. Bersetubuh.
  7. Melakukan perkara-perkara yang menaikkan nafsu syahwat seperti bercumbuan.
  8. Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
  9. Memakai minyak rambut di kepala ataupun janggut.
  10. Mencabut rambut dan kuku.
  11. Mengerat dan memotong kuku kaki ataupun tangan.
  12. Memotong, menebang, atau mencabut tumbuh-tumbuhan.
  13. Memburu binatang yang halal dimakan ataupun membinasakannya.

Penutup: Persamaan Manusia Dalam Ihram

Haji adalah program motivasi yang ditetapkan Allah SWT kepada para hambaNya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Dalam himpunan agung terbesar yang diadakan di dunia pada setiap tahun, Allah SWT memberikan peluang kepada manusia supaya bermuhasabah.

Di sini, segala darjat kebesaran, harta kekayaan, dan pengaruh politik sudah hilang nilainya.

Pakaian ihram adalah uniform wajib kepada setiap jemaah haji dan umrah.

Melalui pakaian seragam ini tiada siapa dapat menonjolkan atau menunjuk-nunjuk kekayaan hartanya atau ketinggian darjatnya.

Semua manusia adalah sama dari segi luaran, tetapi hanya takwa dan iman yang menjadikan mereka berbeza dan lebih tinggi daripada yang lain.

Semoga panduan ini memberi manfaat.

Wallahu a’lam.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

16 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Azlin Haji Ali
Azlin Haji Ali
1 bulan yang lalu

Terima kasih tuan atas ilmu yang dikongsikan. sangat2 membantu dan membimbing saya…

SAIFUL ANUAR BIN A. RAHMAN
SAIFUL ANUAR BIN A. RAHMAN
5 bulan yang lalu

Terima kasih atas perkongsian ilmunya.

Pn.nur
Pn.nur
6 bulan yang lalu

Good info..tq sir

Badriah
Badriah
8 bulan yang lalu

Assalamualaikum..
Alhamdulillah
Terimakasih atas informasinya sangat bermanfaat bagi kami.

Noraizan Sulaiman
Noraizan Sulaiman
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz…
Terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu.

Sazarina
Sazarina
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian ilmu. Minta halalkan ilmu yg dikongsi. Semoga mendapat keberkatan..

Asrina
Asrina
3 tahun yang lalu

Assalammualaikum Ustaz
Jika wanita, pakai ihram dari rumah… solat sunat boleh buat dirumah ke atau mcm mana ya ustaz..

Kamil Mohamad
Kamil Mohamad
4 tahun yang lalu

ALHAMDULILLAH SAYA KONGSI